Tuesday, June 14, 2011

Bukan Salah Daudsu, tapi salah....


Daudsu minta maaf. (Bukan Salah Awak, Daudsu, tapi salah.....roll ke bawah kalau nak tahu...)
Keluar paper, Daudsu minta maaf pasal tandukan tak sengaja.
Kebanyakan orang yang aku jumpa ulas, bila tengok paper/ surat khabar tu:
Aku : Kesian dia, mesti stress. Aku tau dia tak sengaja.
Kawan aku dan mak dia : Kesian dia....
Tiga budak sekolah (adik kawan aku salah seorangnya), masuk kedai, tertengok tajuk paper tentang 'Daudsu minta maaf': Serentak berkata dengan muka penuh emosi ' Kesian dia'.
Kesimpulan: Bukannya Daudsu sengaja nak biar kelantan kalah. Siapa la kita ni untuk mengukur jarak bola tu dalam keadaan genting (samaada bola tu masuk gol atau terlepas jaring gol). Kalau Daudsu tak tanduk pun.....
Cuba ingat kembali, siapa dibelakang dan di sekeliling Daudsu masa bola tu tiba kat depan pintu gol tu?
Jawapannya: Pasukan Terengganu disekeliling Daudsu, kalau pun bola tu terlepas dari tandukan Daudsu, gerenti la bola tu tetap di tendang oleh pasukan Terengganu yang dok berkerumun di sekeliling Daudsu.
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Jangan salahkan takdir... Jangan salahkan Tuhan....
Tapi salahkan....
Manusia ngok ngek yang pasang mercun bunga api bagai, yang kasi kecoh stadium yang menyebabkan masa ditambah 4 minit. (Jika orang yang memasang 'menatang' ni orang Kelantan, sedarlah, anda adalah pesalahnya). Hope you'll be driven by guilt!!!!

Ingin baca berita 'Daudsu minta maaf-kosmo online' klik di link tajuk itu.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

dah x der semangat kesukanan la....tgk pun geleng kepala nie ke budaya kiter?

YONG JIAO XIU said...

yeah, orang kita mmg dah memalukan kita. Hari tu masa perlawanan gan Indonesia, tempat dia mmg bagus lah. takde sorg pun bawak mercun atau wat benda yg memalukan pihak indonesia. Yg malaysia lagi teruk perangainya. memalukan betul...