Friday, June 17, 2011

SMT Mahkota - Regim Mahkota


Ingat lagi tak e-novel famous ni? Agak-agak masih ada yang mencari tak?
SMT Mahkota - novel pasal budak perempuan kacukan Melayu Jepun yang menyertai sekolah sukan kerana ingin mendekati abang berlainan ibu.
Cerita penuh semangat kesukanan dan kekeluargaan. Rasa macam cerita Jepun sudah... Novel ni memang kelakar tahap tak ingat. Boleh duduk sebaris dengan cerita Budak Setan 1(Ahadiat Akasyah) Hmm mungkin lebih kelakar kot. Kisah budak perempuan tomboy- Yui Ito atau nama melayunya Yuhanis Omar.
Kelakar bila Yui menceroboh asrama lelaki untuk mengejutkan abangnya. Bertambah kelakar bila dia membaling/buat lipatan judo dengan membaling roomate abangnya ke lantai apabila lelaki itu sedar dari tidur dan melihat ada seseorang yang asing dalam biliknya. Tukang penambah perisa cerita, si taiko yang kaki buli yang cuba membuli Yui tetapi kekadang dia turut kena buli dengan Yui.
Eh, sebenarnya bukan aku nak cerita pasal ni, TAPI NAK BUAT PENGUMUMAN KEPADA YANG MANA PEMINAT NOVEL SMT MAHKOTA NI, YANG NOVEL NI SUDAH BERADA DI PASARAN SEJAK 2010 LAGI! Dengan nama baru REGIM MAHKOTA. Sesuai la untuk pelajaar sekolah daripada depa dok baca novel cinta memanjang. Cuba hilangkan stress and hiburkan hati dengan lawak nakal budak sekolah ni.
Yang dok cari kat kedai mana nak dapat? Aku beli awal tahun baru ni kat TESCO, tapi baru ni aku ada nampak novel ni kat MUDA OSMAN CAWANGAN KUBANG KERIAN.

p/s: cuma baru ni takde kekuatan nak bercerita pasal novel ni, cz kecewa bila Nurul Aini tak umumkan pasal novel dia berada kat pasaran. Malah blog beliau telah lama tidak diupdate.
Mungkin sibuk dengan Phd yang beliau sedang ambil di UKM sekarang ni. Semoga terus berjaya dan semoga akan ada sambungan untuk Regim Mahkota macam cerita YOYO si kembar perempuan tu.

14 comments:

Ain Zulaikha said...

OH nampak macam novel dari jepun je .. mesti menarik ni..

sorry yong lambat balas jejak.. so bz :(

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Opps ai x pernah try baca lagik
Ai ni hantu novel melayu Eeee ☆〜(ゝ。∂)

Yong said...

ain - hehe dia guna muka cm jepun n tulisan jepun. mmg menarik try la baca kat blog dia. n no worries la, tau ain bz gan kuliah dah now. truskan rajin belajar ye.
lady ayu - ha try la baca ayu, mmg kelakar tak ingat, tapi ni pasal budak sekolah la, mmg best lain dr novel lain sebab ni pasal keluarga bkn cinta.

aziera said...

tumpang tanyer ader lg tak org jual buku tuh dah lmer sy nk buku tuh dr taun lps lg plesee tlog syer

Yong said...

aziera...sorry baru baca. awak tak try tya kedai buku ke? nak sy try tya?tak pun awak try amik email penulis sendiri n tya.add dia dalam ym awak. selalunya dia buka ym dia.
eyenie105@yahoo.com

Yong said...

oh ya, klo awak orang kelantan, try tanya kat muda osman kalau ada stok dia. saya beli kat muda osman. diaorang mmg amat mesra alam klo bab stok buku,siap boleh buat tempahan buku lagi kat kedai ni.

aziera said...

thanks bebayk..

Yong said...

sama-sama, hope this will help you.

Unknown said...

salam,tumpang tanya... saya pun nk cari novel nie... tp takde kt area nie.. saya kat Alor Setar... saya dh try email penulis tp smpai skrg takde feedback.. Yong bole tlg saya tak?

Unknown said...

assalamualaikum ...sy nk tnya ada lagi tak buku smt mahkota ni???

Unknown said...

assalamualaikum sis.. sis xnak jual ker novel ni?? saya dah lama cari... saya nak sangat baca novel rejim mahkota ni...

Unknown said...

assalamualaikum sis.. sis xnak jual ker novel ni?? saya dah lama cari... saya nak sangat baca novel rejim mahkota ni...

::ara:: said...

saya ada jual novel Rejim Mahkota, siapa yang berminat boleh email atau layari https://2ndhandnovel.blogspot.my/2017/08/rejim-mahkota.html

terima kasih :)

Anonymous said...

Kak... Sy nk beli