Tuesday, June 21, 2011

Budaya terlebih percaya...

Just wanna show these pictures:
Kedai sebelah menyebelah menjual benda yang sama : goreng pisang. persaingan sengit. (ini bukan apa yang aku nak ceritakan/tekankan disini) tapi....
kedai ni tutup hari ni. tapi kat sini(kelantan) peniaga macam sesuka hati je meninggalkan barang yang jadi bahan nak meniaga tanpa dijaga. Nampak je pisang tu, tutup gan newspaper je, sesapa nak ambil pun macam kacang/mudah/easy/ a piece of cake je. Aku pun jadi pelik, tak kira la stall kain ke, stall barang ke mereka membiarkan macam ni saja keadaannya.

Lagi satu, kat kelantan ni, terutama kat pasar siti khadijah... mereka jual item yang sama, tapi memang mereka rapat sangat sesama mereka, langsung tak cemburu dengan kejayaan perniagaan orang sebelah...siap datang menyibuk, tolong promote barang member dia lagi walau item yang dia tolong promote tu adalah barang yang sama dia jual.

Lepas tu, time nak pegi solat, kedai memang terbuka macam tu tanpa orang jaga/ duduk kat kedai tu. Mereka setakat pesan kat jiran( yang jual item yang sama macam dia) supaya tolong jualkan barang mereka kalau ada orang datang nak beli. Memang mereka ni teramat percayakan sesiapa saja-takde orang nak mencuri kot bagi mereka ni. Membuatkan aku kagum....
(apa yang aku cakap ni pernah mendapat liputan kat tv 3, kalau tak silap Majalah 3 kot.)
ni kedai sebelah kedai yang tutup kat gambar pertama. Tapi aku suka pergi beli kat kedai yang tutup tu, goreng pisang dia lembut. hehehe

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pernah sampai kelate 3 kali kot but x sempat nak terjah pasar siti khatijah nie...

p/s:yong umur brpa ek??

Yong said...

byk kali gak tu. rugi tak pegi sana. harga barang kat pasar siti khadijah skg ni sama je gan rantau pjg. kekadang lagi murah, jrg la yg lagi mahal tu. biasa la adat berniaga.
umur? dah 26 dah