Wednesday, December 7, 2011

Cuak! Ayah kena Minor Stroke

Cuak aku! seram sejuk gak la tadi...
aku suka gambar ni, masa Ji gan ayah aku time raya, mesra and kelakar. 2 2 ni memang suka buat lawak.
Apa jadi?
Al kisah masa Isyak, Jo (abang aku yang dari Perak) balik. Aku dah agak dah, grenti dia balik punya sebab dia dok sibuk menanya saiz selipar ayah aku. Balik nak hantar selipar tu lah, sambil balik kampung. Dia gan (Kak Su) kakak ipar aku ni memang la kerap balik.
So, lepas isyak aku keluar lepak ramai-ramai kat ruang tamu. Cuma (Jan) adik aku je takde. Dok bercerita yang dia pergi Ikea 2 kali dalam satu hari(ulang alik dari Ipoh) semata-mata nak beli sofa.(hampeh!). Pastu, aku masuk toilet(ini tak penting pun). Pastu aku g depan balik. Tengok-tengok semua takde kat ruang tamu tu. Ingatkan Jo dah nak balik umah mertua dia. Aku pun jenguk kat luar, tengok kereta Jo (abang no 2) dah gerak dah. Ji (abang no 1) pulak tengah angkut guni beras. Mak aku gan Irfan tercengat(kot).
hari raya pun pakai topi, bukan kopiah ke songkok ke. hadeh! Suka buat benda luar alam.
(Cerita penting)
Benda pertama yang keluar kat mulut aku 'Ayah mana?' aku tanya mak aku (masa ni mak aku  berjalan nak masuk rumah dari pintu pagar) sebab aku tak nampak ayah aku. Tak logik pulak kalau dia ikut Jo aku balik umah mertua dia. So otak aku ni ingat maybe Jo bawak ayah aku g jejalan cari apa-apa.
Mak aku jawab apa tah. Aku dah tak ingat. Yang aku tau, otak aku register yang ayah aku sakit. Rasanya mak aku kata 'bawak ayah g hospital' kot. Otak aku proses 'Oh ok, maybe ayah aku rasa pening lagi'. Memula aku ingat tak berat sangat. Tapi muka mak aku cuak gila. Mak aku suruh aku bersiap pergi hospital.
Kalut jugak cari wallet ayah aku. Dia suka sembunyikan barang dia (semua barang! wallet, kunci motor, kunci kereta. Termasuk kunci rumah kalau time tido, macam la aku ni jenis kaki clubbing, keluar malam huhuhu terlalu menjaga betul). So, masa dalam kereta, mak aku describe apa yang berlaku tadi.
Ji tanya, ayah aku nak makan burger tak?
Ayah aku duduk bersandar kat dinding, tangan kat mulut, gaya macam dok berfikir. Ji, jo gan kak su (wife jo) ketawa tengok gaya ayah aku berfikir, just pasal nak beli burger. Pastu, tetiba je dia jatuhkan badan dia ke sebelah kanan. Kak su yang dok sebelah gan ayah aku ingatkan ayah sengaja jatuhkan badan (mula-mula pakat ingat ayah aku sengaja nak bergurau), tapi bila tengok muka ayah aku, semua pakat terkejut muka ayah aku berubah pucat.


So pakat try sandarkan balik badan ayah aku ke posisi asal. Ji dah berlari masuk dapur, tanya ubat pening ayah aku. Ayah aku ada darah tinggi.(masa Jo balik tadi, memang ayah dok check tekanan darah dia, Kak Su gan Jo dok check sama tekanan darah masing-masing sekali gan ayah aku. tadi memang darah dia naik). Mak aku bawak air limau nak suruh ayah aku minum, tapi ayah aku tak dapat telan dah air tu, habis tumpah atas baju, mulut dia dah herot sikit, sebelah badan dah macam tak berfungsi. Ayah aku dah lembik, Jo yang kendong ayah aku kat belakang dia. Dia gan kak su pecut gi HUSM. Semua barang dia tinggal. Aku kutip bawak g hospital semua hp yang tersusun atas meja n handbag kak su.
Kak su kata, masa dalam kereta, ayah aku memang dah tak boleh bercakap dah. Dia gan Jo asyik suruh ayah aku try cakap something. Kak Su yang jaga ayah kat belakang, bersandar kat dia, tak nak bagi ayah aku terbaring, Kak Su kata kat Jo 'Ayah tak leh bercakap' (masa ni dah masuk area HUSM) tetiba je ayah aku cakap gan suara dalam 'boleh'.
Tapi dia still lembik, sampai kena usung gan strecher. Selamat la takde apa-apa, kak su kata masa aku sampai kat hospital tu. Alhamdulillah..syukur sangat kat Allah s.w.t. sebab masih pulihkan ayah aku. Syukur sangat. Doktor kata ayah aku kena minor stroke. So takleh kerja kuat sangat. Ayah aku kuat bekerja....pukul 11.30p.m.(kitaorg hantar ayah dalam pukul 9p.m) baru aku gan mak balik. Jo gan kak su teman ayah aku.

Sayang mereka semua...semoga Allah jauhkan kami dari sebarang musibah dan mala petaka, amin....
Syukur sangat. Jo tergerak hati nak balik kampung nak bagi selipar yang dia beli tu kat ayah, sebab dia parking kereta dia depan kereta aku. Kereta aku dalam pagar. Kereta Ji kat rumah dia (yang dekat gan umah aku). Selamat la Jo gan Kak Su bertindak pantas. Selamat mereka tahu mana letaknya Emergency Unit kat HUSM tu, sebab jalan dia agak tersorok bagi sesiapa yang tak tahu mana Emergency Unit. Selamat..semua selamat. Alhamdulillah....Alhamdulillah...

8 comments:

Ad_dEen said...

harap ayah miss yong cepat sembuh...
=)

YONG JIAO XIU said...

Really thanks addeen sebab doakan ayah yong sihat.wink.
hari ni dia dah ok.happy. alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.

Ain Zulaikha said...

ayah yong perlu banyak berehat, mungkin penat sangat kan, harap sangat Ayah yong cepat sembuh.. alhamdulillah tak de apa2 yang jadi..

yang menarik kat sini , nama siblings yong.. Jo, Ji , Jan.. hehe.. comel je.. :)

Ain Zulaikha said...

eh lupa, tak de post baru.. sekarang ni nak blogwalking dah lama ain tak blogwalking T___T

YONG JIAO XIU said...

thanks ain, doakan ayah yong.wink. dia semakin baik, but still kena berjaga-jaga takut kena yg lagi serius now. 3 hari dia kena tahan wad.
ha tp ni bila nak post doodle ni?miss your story lah.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

byk khen berdoa ya yong
dugaan dari Allah kepada hambanya
ai rasa u should control makanan yg ayah selalu makan...stroke selalu berkaitan ngan cholesterol so kurangkan makan benda berminyak...lebih kan benda yg rebus ...moga tabah ekk..hugs!

YONG JIAO XIU said...

ayah yong dah ok, thanks ayu!hehe rasa dah lega.

Ayah Najmi said...

alhamdulillah..moga ayah yong sentiasa sihat ye. tengok muka ayah yong tu macam iras rosyam nor pun ada :)