Monday, December 5, 2011

Sale kat Sogo baru ni

Lama tak update kan? er lama ke, baru je 2 hari kot. Tu pun sebenarnya dah reserve entry nak post kat hari-hari yang tak post tu.
Cerita apa hari ni?
Takde apa pun sebenarnya, sebab ari tu dah janji nak post gambar barang yang aku beli kat Sogo time sale kan. Tak banyak pun beli, sebab kejap sangat kot, 7p.m.-9.30p.m. So apa sangat boleh survey gan aku yang berkira budget gak, n 24jam nak survey barang paling comel dan berpatutan, pastu nak compare harga segala bagai. hehehe bunyi macam fussy gila, kan. Fussy jugak la aku ni. hehehe duit nak keluar, kan so kena la berkira, sebab hidup nak lama lagi. So here la gambarnya, hasil survey membeli selama 2jam 30 minit:
dah lama nak beli sling bag ni, sebab suma sling bag aku yang masa study dulu aku dah bagi kat cousin aku. Sebenarnya aku lagi suka sling bag, rasa lagi secure. Tapi tu la, mak aku ni...karang dia asyik la nak compare aku gan anak kawan dia yang jiran aku ni, yang lagi girly. huhuhu so terpaksa la aku tukar style aku jadi girly sikit. Lecturer kesayangan aku pun terkejut, bila tengok aku time aku g jenguk dia lepas setahun habis belajar coz aku dulu, masa study suka dress gaya sempoi, tetiba buat gaya lady depan dia. hehehe.

  Nak jadi cerita, sebenarnya aku gan cousin aku dah otw nak g kat parking kereta dah, dah nak sampai kat parking dah. Memang la, aku mula-mula tak nak beli, dok pikir membazir je, yang kat KB Mall ari tu rasa lagi murah kot. Pastu, masa aku pejam mata sat sebelum keluar ke pintu area parking lot tu, aku rasa macam aku still dapat imagine bag ni, so aku ajak balik cousin aku naik beli. Sebelum aku menyesal, selalunya kalau aku dah siap boleh ingat barang tu, aku akan rasa menyesal kalau tak beli. Terpaksa la naik balik, cousin aku berleter jugak la gan aku yang banyak songeh ni. Adik yang jadi salesman tu gelak tengok aku tercongok kat depan dia sekali lagi. Dia bergurau sebab aku tak nak beli tadi, dia suh datang esok beli bag ni, aku dah datang ari ni. hehe ye la tadi kononnya tak jadi nak beli, dia dah pujuk dah suh aku amik. budak tu memang la kelako.

Selipar santai, sebab comel aku rembat gak la yang ni. Time ni ada sale, memang aku dah lama nak beli tapi jenama Crop, tetiba masa g 'ziarah' Sogo ari tu, jumpa Hush Puppies RM70 je, sebab nak compare harga punya pasal, aku sanggup called kakak ipar aku, tanya selipar Crop dia harga berapa, kalau yang dia lagi murah, memang aku g serbu Jusco Ipoh la nanti, selamat la dia cakap harga selipar dia RM120. Hape tunggu lagi! aku rembat la satu Hush Puppies ni, murah!. hehehe comel, kan. Aku g kat The Curve, tengok harga selipar ni RM99, kira lagi untung beli kat Sogo la, lagi murah. hahaha. Oh ya masa kat The Curve ari tu, barang Hush Puppies ada sale 30%, tapi tak termasuk la sale ke atas selipar comel aku ni. So sesapa yang tak sempat g shopping kat sogo, singgah la kat The Curve, sebab awal bulan ni Sogo ada sale untuk bahagian lelaki saja.

(Gambo kecik je, sebab selipar ni dah errr buruk sangat, hitam tu tak tanggal pun, tapi banyak jasa tau) Selipar yang berkhidmat kat aku selama 3 tahun ni dah terputus masa otw ke Gambang, macam tau-tau je aku nak beli selipar baru. Anyway, thanks cik selipar sebab berkhidmat selama 3tahun dengan aku dari tahun 2009-2011. Rega murah je ni RM5  je, hehe dari warna putih melepak, jadi kelabu dah, tapi menjadi pujaan hatiku ni dan tahan lama. Selipar lain aku tak pandang bila aku suka gan satu-satu selipar tu. Sekarang, Hush Puppies yang ambil alih tugas selipar Fashion ni.


(gambar kecik sebab tak excited nak cerita kasut kerja, ingat kerja je even g bercuti, siap cari kasut kerja lagi, hampeh) 
Malas sebenarnya nak beli kasut yang ni, huhuhu, tapi beli la jugak, sebab ye la, aku keja gomen ni, kena la bantai KASUT HITAM BERTUTUP dan ada sikit tumit kan. So aku bantai beli yang ni. Ada diskaun jugak yang ni. 20%(aku kan suka cari yang berpatutan, jenuh cousin aku ikut aku mencari, nak jugak sale, memang aku fussy, jimat cermat tapi tak kedekut), aku cari yang ada diskaun dan berkilat tak payah nak kiwi kasut. hehe malas sangat. So yang ni boleh aku buat cermin dah. So dari harga RM100 jadi RM80, ok tak? nak murah punya pasal, hamik le yang ni. hehehe.

P/S: perasan tak, aku suka warna putih and krim. hehe barru rasa aku banyak barang warna putih. well sebenarnya aku suka suma warna. Tapi putih memang mudah nak match gan apa-apa saja.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Perabih kt kasut jer uols
Sama ngan ai
Kasut ngan handbag mmg fav ai la
Selipar hush tu mmg lawa la

YONG JIAO XIU said...

hehehe er betul gak ayu cakap tu, baru ni beli lagi satu kasut gan heel. huhuhu macam sakan pulak beli kasut selipar ni.
tp memang la, hush tu mmg lawa, tu beli gak tu.