Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

gambar dari: klgreetings.com

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. dah buat azam ke belum ni? (azam dah boleh buat sekarang dah, tak perlu la nak nanti tahun baru orang putis saja). Buat azam masa waktu maghrib tadi?
(asyik ulang azam je ni, terus teringat kat sepupu yang nama azam hehehe) Semoga tahun baru hijrah ni mendatangkan seribu kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua. Semoga kita mampu berhijrah menjadi hamba Nya yang lebih baik dari tahun lepas. Menjadi seorang yang lagi bagus dari segala segi, meningkatkan amalan untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Sama-sama la kita berusaha ke arah itu. jom buat muhasabah diri kejap.....
Kalau dulu kita selalu tidak tepati janji, biarlah tahun baru ni kita mulakan dengan azam baru untuk menjadi seorang yang menepati janji.
Kalau tahun lepas kita ni pemalas, semoga tahun baru ni kita jadi lebih rajin, cuci pinggan kat dapur ke, menyapu ke. Apa saja yang dapat meringankan beban orang lain.
Kalau tahun lepas kita suka membazir wang, masa, semoga tahun baru ni kita lebih peka dengan keperluan dan amalan kita.
Kalau sebelum ni bab makan kita  buat gaya makan macam minggu depan tu dah nak kiamat, semoga dengan datang 1433 hijrah ni, kita menjadi seorang yang lebih sopan dan mengikut sunnah nabi s.a.w.
Kalau sebelum ni kita kedekut, tamak haloba, semoga tahun ni kita banyakkan sedekah amal jariah. Paling mudah dengan memberi senyuman. Kalau mampu, sedekah la dengan material, semoga dapat meringankan beban orang yang susah. sedekah itu juga dapat membersihkan hati dari sifat tamak dan dengki.
Kalau dulu kita suka cari gaduh, biar la tahun ni kita lebih mesra, hilangkan sikap panas baran dan cabar mencabar ni. Takde faedah pun nak bergaduh bertumbuk ni, buang masa dan tenaga, dan dapat dosa.
Ya, semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik. Selamat kita berusaha! dan semoga kita berjaya melakukan perubahan, amin....

gambar dari: nana-eddy.blogspot.com

1 comment:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nice n3 ai loike ut
salam maal hijrah buat yong jugak :))