Thursday, November 17, 2011

bee-z = busy

bee-z(busy bee)
tetiba aku rajin melukis pakai paint malam ni. sebagai tanda aku dah kurang sibuk.

Lorat   sibuk la sekarang ni. Hari last aku jadi manusia yang teramat sibuk. Mulai esok, aku turunkan jadi amat sibuk. Lega-lega, lega yang amat jugak. Pegi keja sebelum pukul 7 pagi balik kerja pulak selepas 7 malam. Gila kerja ke aku ni? tak aih, tapi orang bagi aku kerja gila banyak. Hampeh betul.

Rasa macam kerja kilang sudah aku ni, keluar rumah sebelum pukul 7 pagi. Selamat la aku keluar selepas pukul 6.30 pagi, kalau tak, memang la gaya kerja kilang betul. Depa kan kebanyakkannya kena nanti bas. Eh, aku bukan kutuk or keji orang kerja kilang, ok! Aku kagum dengan depa, sebab - letih tu, kerja tak ingat dunia, tak jumpa matahari. Keluar 6.30 balik malam. Aku dengar pun dah letih. 

Aku pulak, manusia yang tak dapat hidup tanpa matahari. Aku tak bercahaya la jawabnya. Kan nama aku ada maksud cahaya so, grenti la aku kena hidup dengan cahaya matahari. Ingat lagi masa aku kecik form 1 (masa belajar tentang musim dan negara orang dalam geografi) kot, kalau taim time musim hujan, memang la stress. Selalu aku terfikir orang yang duduk dekat-dekat kutuk kutub utara tu or selatan yang kurang kena cahaya matahari.  Macam mana depa ni hidup ya. Sebab aku memang la tak boleh hidup tanpa cahaya ni. Rasa macam nak menangis je, tak pun rasa tak cukup nyawa je.

Er, sebenarnya apa aku nak cerita ni? Hehehe just nak inform yang aku dah dapat post entry ni. In a nutshell, aku dah tak sibuk sangat macam ari tu.

4 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

keja gov pow keja byk khen
sapa kata keja gov senang
x per uols rezeki tue...alhamdulliah
patut sunyi umah ai x der pot pet pot pet dari uols ngeee

Yong said...

hahaha sorry ya, tp still baca, cuma lambat sikit la.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x pa aiii
selalu kalo yong comment panjang berjela but ai suker baca hahahaha

Yong said...

tu la bila dah mengarang, memang kalau boleh nak buat esei terus. haha.