Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam!!
Happy day to you all!
Entry sebelum solat hari raya.
Kejap lagi nak balik kampung, buat korban kat sana.
Selamat makan kenyang-kenyang ya. Tapi jangan lupa kepada orang yang susah.
Biasa la time daging banyak ni, semua orang buat open house. Hari ni pun dah ada 2 jemputan makan-makan untuk sesi waktu petang dan malam.
Untuk esok, memang berlambak-lambak la kalau kat area rumah aku ni. Biasa la, raya kedua kan, semua dah relax lepas melapah daging pada hari raya pertama.(*_^)
Gambar tak sempat nak post ari ni ya. Ingat nak post pictures masa sehari sebelum raya kat umah nenek aku yang amat la meriah dengan 34orang in the house! memang la meriah! raya! oh raya! semalam pun meriah je dengan bunga api.

p/s:apakah aku sudah lupa dengan kerja aku ni? hohoho no no no aku tak lupa, semalam pun angkut je kerja aku balik kampung sama. Ni nak sambung kerja kejap. huhuhu sadis betul pagi raya kena buat kerja pejabat lagi.

6 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

selamat blk kg yong
raya haji mmg mewah ngan daging la
seminggu menu daging jer khen
sampai naik pening nak pikiq menu nnt ngeeee

YONG JIAO XIU said...

tau tak pe sampai tak lalu dah nak makan daging.hehehe muak bila dah byk sgt depan mata, tu baru tgk.mmg kurang makan jdnya. sebab tengok pun dah muak

Ain Zulaikha said...

salam aidil adha juga yong, lepas ni yong masak rendang banyak2 ye, ain nak rasa hehehhee...

mesti meriah kan :)

YONG JIAO XIU said...

hehehe time daging banyak mmg muak. ain nak turun kelantan ke?hehehe meh la sini. cuti kan now?

محمد رازيق said...

salam idul adha yong.. :))

YONG JIAO XIU said...

salam aidiladha to you to razak(^_^).