Thursday, November 3, 2011

Raya KOrban-bukan korban jalan raya ye!

lembu sihat ini adalah ihsan daripada belog : biaqpila.blogspot.com. Adakah aku mangsa korban itu?-lembu itu tertanya-tanya dalam hatinya.huhuhu syahdu. tapi takpe untuk umat Islam punya pasal, aku sanggup.-bagus ayat lembu ini kan. contohilah lembu ini sebab sanggup berkorban.

Dah nak raya, kan. Kejap je. Baru ni baru raya puasa, sekarang dah nak masuk raya korban pulak. Ha, berapa ramai yang jadi korban jalan raya tahun ni?
Lembu dah berderet kena order tu. Lembu pun dah tak lalu nak makan sebab dah tau depa bakal kena korban.hehehe. iye la sangat kan- aku tengok sepanjang jalan, semakin tegap besar je lembu-lembu tu melantak rumput segar. Al maklum la rumput segar dari ladang time lepas hujan kan.
Aku korban ke tak? Er....tahun ni tak. Mak aku je buat. Tahun ni bertambah meriah. Sebab ramai saudara mara yang buat korban tahun ni. Makcik pakcik aku yang kat KL tu pun balik. Jalan kejap lagi bakal jammed. Maybe esok dah start jam dah. Selalunya orang luar amik cuti hari jumaat, so boleh sampai sini hari jumaat. Ha korang yang bakal drift drive balik kampung tu! dengar sini!!!!- ini raya korban, jangan nak buat drama king and queen air mata ya. Kesian kat orang yang menunggu kat kampung tu jugak. Jadi jangan jadi mangsa korban kat jalan raya pulak. Lembu tu takpe la sebab memang tanggungjawab dia untuk jadi korban kita hari raya korban nanti. 
Huh malas aku nak keluar time jumaat nanti. Grenti jammed gila, terutama kat wakaf che yeh, mesti ramai nak g beli barang kat situ sebab ada pasar jumaat. Hadei! Tapi takpe meriah. Cuma aku la, kena kerja lagi dan terpaksa melalui jalan itu. Yang tu tak best.huhuhu
Apa perancangan dengan hari raya korban nanti?
Mesti meriah otak merancang memacam kan. Hailo, mesti kalut dengan open house bagai ni. Hidangan apa nak buat? Sup tulang? barbeque? Selalunya acara barbeque/bakar-bakar ni memang favourite lah. Aku dah dapat imagine lauk perut lembu tu. yum yummy...(meleleh sudah air liur ni) Yang paling grenti semestinya rumah atuk aku sentiasa diserbu. Biasa la, rumah orang lama-lama ni selalu jadi tumpuan. Dah-dah, setop berhenti la main tenet tu, pergi beli barang tuk main masak-masak nanti. 
ketupat dah buat ke? 
hehehe apa punya sengal nak buat dah ketupat hari ni kan? Awal lagi kot, kan raya ahad. Esok la buat ketupat.
Selamat makan daging korban! Ingat la jugak pada orang yang susah kat palestin dengan Mozambique tu.
Tapi kena la jugak jaga-jaga dengan kolestrol dalam darah and lemak nanti, karang tersumbat jantung tu. Takut penuh pulak HUSM, Pakar Perdana dengan HBKB dengan pesakit jantung and darah tinggi.

Happy day to all!

2 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

selamat hary raya haji yong
have a safe journey oke
weols mcm ni la mood raya pong x der ngeee

Yong said...

hehehe thanks ye. same to you! selamat hari raya haji, ayu!