Wednesday, May 18, 2011

aku amat sayang sangat dengan buku aku!!! I LOVE MY BOOKS!

entry aku yg asal tarikh 12 hb Mei 2011 yang hilang tu dah muncul balik. so aku post sekali lagi.


buku aku tak ada la banyak sampai boleh buka library, tapi setakat suka-suka saja. Rak atas sekali sebelah kiri; buku campuran religion, English, Malay. rak tengah cuma novel melayu. rak bawak sekali novel inggeris. rak tepi dia tu bawah sekali khas tuk anak buah aku letak puzzles dia gan alat mengurut mak aku, tengah tuk novel malay n campur inggeris. atas, buku cerita nephew aku gan ilmiah aku, agama mak aku. novel aku tu bukan jumlah sebenar, coz 13bijik lagi kena pinjam. 90%buku ilmiah ada dalam bilik aku. yang ni semua ada kat ruang tamu.


BUKUKU... OOHHH buku aku... aku amat menyayangi buku aku. aku amat sayang buku aku lebih dari koleksi aku yang lain. Aku amat memilih untuk memberi pinjam buku-buku aku kat orang. Kecuali buku ilmiah, baru la aku bagi buku kat orang. sebab bagi aku, buku ilmiah memang mahal, ramai nak pakai. so aku bagi pinjam dapat la manfaat ilmu tu kan. Bab buku novel pulak, aku sayang dia. sebab novel ni bentuk dia kecik, tahu-tahu la kalau barang kecik ni perlukan perhatian lebih. Macam baby lah jugak, kan baby tu kecik dibandingkan dengan orang dewasa. Memang nampak jelaskan berbezaan fizikal kecik dan besar golongan manusia ni. So yang kecik lebih sensitif. jadi Novel ni kena la hati-hati dalam menjaganya.
buku yang aku borong kat pesta buku 2011. Impian aku untuk membaca buku sampai termuntah.hehehe

SEDIH HATI AKU, bila aku bagi pinjam buku, tetapi orang tak tahu nak jaga. BUKU AKU KENA CONTENG, WALAUPUN yang kena conteng dengan pensil tu cuma cover buku sahaja. Tetapi aku amat sayang buku aku, AKU TAK NAK SEBARANG KECEDERAAN KAT BUKU AKU, sekarang salah satu buku aku tu dah cacat. NAK TAHU TAK, KASIH SAYANG AKU KAT BUKU AKU MACAM MANA? AKU BALUT BUKU TU CANTIK-CANTIK TAU! AKU BALUT!!!! aku susun cantik-cantik, aku tak kasi berlipat pun kertas dia. Aku latih nephew aku untuk belajar menjaga buku, jangan conteng buku-buku, tak kisah la buku tu aku beli untuk dia atau untuk aku atau untuk mak aku. Aku latih anak buah aku tu. DAN NEPHEW AKU TU AMAT PANDAI MENJAGA BUKU, SAMA MACAM AKU. Aku baca buku pun, aku tak buka luas-luas, aku tak nak tulang belakang buku aku tu patah, walau pun memang la ada sikit, tapi tak jelas.

novel aku borong habis dalam RM270 je untuk jumlah yang banyak. best borong time pesta buku. selamat aku bukan orang kaya. kalau tak, grenti aku dah habiskan beribu-ribu untuk beli buku.

Tapi bila aku bagi kat dia ni, huh memang la aku dah runsing sebab aku tau macam mana dia jaga buku. Kalau tak bagi, aku baik gan dia ni. tak nak la kacau dengan masalah cam ni. Aku dah highlight terang-terang yang aku amat menjaga buku aku. dah cakap jangan ada kena sambal, jangan buka luas-luas, jangan la lipat muka surat, siap bagi bookmark lagi. Tanda lah buku tu dengan bookmark kalau nak tinggal walau sekejap, jangan la buka sampai patah tulang buku tu, sebab nak tanda.
Dan saat ini aku masih berdoa bahawa buku yang dia bagi kat aku tu, bukan buku aku, tetapi buku dia. aku amat berharap walaupun nampak jelas yang buku tu buku aku. well dia nak cover line, yang cover buku aku tu kena conteng, dia balut buku tu. dan ada kesan hitam kat tepi buku tu, kat cover. pastu ada bintik-bintik kat cover dalam, tah mana tah dia letak buku aku tu. Pastu ada kesan berlipat sikit kat bucu buku tu, dah warna hitam dah, walaupun dah balut tapi masih jelas nampak. Dan mata aku ni akan sentiasa spot kalau ada kecacatan pada baby book aku ni. Yang kena teruk tu buku BINI AKU TOMBOY KE waaaa sedih hati aku. sedih aku pedih...mengenangkan dirimu....buku aku dah cacat. Semalam dia ambil 2 bijik lagi, sekarang aku kena berdoa, semoga buku aku yang tu tak kena belasah cam bini aku tomboy ke. huhuhu. AKU KALAU BOLEH NAK BAGI PINJAM BUKU AKU KAT ORANG YANG SAMA DENGAN AKU SAHAJA- CONTOHNYA SHA. SEBAB DIA PUN STYLE AKU, amat menyayangi buku.
All in all, tolong la jaga buku atau apa saja harta orang macam harta dan nyawa korang sendiri. kalau macam harta korang, takut pulak korang ni jenis tak kisah rosakkan barang sendiri. hmm jaga macam harta kesayangan korang ye. terutama sekali buku-buku aku.

2 comments:

Ain Zulaikha said...

banyak nyeeeee... wow amazing..
lepas ni nanti u boleh buka library or boleh sewa kan.. masyuuuuukkkkkkk :)

YONG JIAO XIU said...

hahaha sayanglah ain. risau kalau orang tak reti jaga, klo nak sewakan. hmm macam mana nak bagi sewa ye klo asyik risau macam risaukan anak sendiri. walaupun lom ada anak,tp buku ni mcm anak plk. hahaha.