Wednesday, May 18, 2011

Aktiviti sekarang- menonton cerita korea 49 days



Aktiviti aku sekarang adalah menonton cerita korea. Sudah lama aku tinggalkan tabiat ini. Seingat aku, pada tahun ini masih belum lagi aku menonton cerita korea online.
Kenapa aku ubah tabiat aku ini?
Sebenarnya aku tertengok cerita ni kat tv. tapi tu lah, nama saja astro, ingat cepat lah habis semua episod. rupa-rupanya terpaksa juga aku jenuh menuggu. Aku sekarang menonton cerita 49 days. Aku bukan penghafal jadual cerita seperti emak aku, jadi aku tak tahu berapa kali seminggu cerita yang aku tertengok ini dimainkan. (Mak aku sudah dipengaruhi unsur korea. Siapa mengajar ni? Aku la tu. Sampai sekarang melekat kat HDOne, dah tak boleh ubah dah, untung lagi sebab ada alih bahasa, memandangkan mak aku tak pandai bahasa inggeris, lagi la dia melekat depan tv.)
Jadi untuk melepaskan geram dan keinginan aku untuk mengetahui cerita penuh ni, terpaksa la aku menonton di dalam internet.
Selalunya aku menonton di mysoju. Aku grenti, memang peminat korea, jepun, taiwan gan cina tengok kat sini.
Tapi aku mula rasa tension sebab terpaksa buffer dengan lama atau pun menghadapi masalah untuk buffer, memandangkan tak semua cerita tu asal dari website sama. Mysoju cuma menyalurkan saja, bukan tukang upload cerita.
So aku beralih arah kepada 'jacinda' sebuah website yang turut menayangkan cerita-cerita korea,jepun,taiwan, cina dan dia turut menyelitkan cerita inggeris. serta video lawak. so aku pun tengok la kat sini.
Tapi still la frust even dia lagi pantas dari HDOne nih. Sebab cerita 49days ni cerita baru, bukan semua episod ditayangkan kat tv lagi. Cuma diupload stakat episode 18, tinggal lagi 2, website owner janji,kalau dimainkan kat tv, dia terus upload.

No comments: