Friday, July 1, 2011

Ketidakpuasan hati...


Seperti biasa, aktiviti hujung minggu adalah balik kampung. Kekadang memang boring buat aktiviti sama je macam ni. Ya la, kalau boleh aku nak jugak melekat kat rumah daripada balik kampung time hujung minggu. huhuhu (T_T)(mengeluh nampak..)

Tapi, aktiviti ni macam tak boleh nak elak, nanti ada la yang merajuk dan menangis. Kadang-kadang tension jugak nak melayan kerenah orang tua ni. Padahal ramai je pakcik makcik and cousin aku yang tinggal kat sekitar rumah nenek aku ni, tapi nak jugak aku and mak aku kena menempel kat nenek aku ni.(suara orang tak puas hati, jangan contohi gaya mengeluh aku ni).

Aku bukannya sesuka hati nak membebel tau, geram bila setiap hujung minggu kena spend masa untuk dia sorang je. Aktiviti wajib. Kan korang tau, minggu lepas aku pergi terengganu, aku buat alasan pergi kursus. Bila call cakap aku tak dapat datang, terus merengek, menangis. Nak tak nak, terpaksa jugak aku balik jumpa, bawak mak aku dan tinggalkan mak aku kat sana. Padahal, ramai je yang datang menjenguk dia - cucu yang lain, pakcik n makcik aku, adik beradik dia, Saudara-mara dia, kawan-kawan dia.

Sampaikan, aku rasa kesian kat nenek sebelah ayah aku tu. Oh ya lupa nak cakap, aku dok mengomel pasal nenek sebelah mak aku. Aku kesian sebab aku takde masa nak menjenguk nenek sebelah ayah aku. Sebab, gerenti la kalau balik rumah nenek sebelah mak, masa pagi sampai petang ada kat rumah dia je. Sehari lagi hari cuti, aku nak jugak spend kat rumah kan. So belah ayah aku, memang takde. Apa nak kata bila nenek aku belah mak ni lebih manja. Selamat la yang belah ayah aku ni jenis yang berdikari dan tak merengek. I miss her... insyaAllah aku akan pergi jenguk dia nanti.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

org tua ni makin tua makin MANJA yong...jgn mengeluh sepatutnya yong bersyukur sebab nenek masih lagi hidup...macam ai nenek semua dah TIADA....ai rasa dulu ai pun mcm yong gak but bila dia kehilangan seseorang baru kita tahu erti kerinduan.....nak undur masa dah x boley....maybe kena pandai arrange time betul2 untuk visit relatives yang lain....:))

YONG JIAO XIU said...

HMM payah nak arrange time bila cuti cuma 2hari, sehari confirm untuk nenek yang ni sorang. sehari lagi, nak cuti betul2, dok umah kemas apa patut, wat apa patut. huhuhuhu..
bukan tak menghargai tapi klo la dpt blk 2minggu sekali or at least one month tu dpt blk 3kali, 1x off kan ok jgk...