Saturday, July 30, 2011

Ribut di majlis tamat latihan kostabel dan tentera di Port Dickson 2011

kredit tuk gambar yang posting gambar perbarisan hari ini : blog http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/07/perbarisan-tamat-latihan-perdana.html

Hari ni ada majlis perbarisan tamat latihan perdana bagi prajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011. Ni la majlis adik aku ari ni. tapi kakak dia ni(aku le ni) tak join. Sebab esok keja kan... diorang boleh balik esok.
Mak dan ayah aku called tadi cerita. Bukan cerita pasal adik aku yang buat perbarisan tapi pasal ribut yang berlaku kat Port Dickson tadi. Siap ada yang pengsan, lebih dari 10 orang. Sebab takut sangat. Dekat 20 bijik kereta kena timpa pokok. Gerai jualan memang habis terbalik. Mak and atuk aku kata, sepanjang hidup diorang ni la pertama kali pengalaman dengan ribut. Rasanya PM kita sendiri pun dapat tengok suasana tu, sebab ia berlaku 30minutes after the march. Sebab beliau pun turut serta dalam majlis perbarisan tu.
Lebih menyayat hati...kereta pakcik aku jadi mangsa pokok rhu tumbang. Habis keretanya, macam nak terbelah dua dah rupa. Bahagian belakang memang tak boleh guna langsung sebab hancur. Cuma bahagian enjin dan tempat duduk depan yang boleh kata selamat jugak. Kesian dia n makcik aku. Datang nak raikan adik aku, tapi malapetaka yang dapat.
Makcik dan pakcik aku ni jenis sabar and tenang, so diorang boleh senyum lagi dan kata bahagian diorang, takde rezeki nampaknya. Kesian sebab keta Honda civic tu masih baru lagi, tak sampai setahun pun lagi pakai. Semoga diorang sabar bebanyak. Orang baik, InsyaAllah rezeki yang lagi banyak bakal datang....

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ciannyer dengar...dah la keta rosak gitew insurans tak cover ek...

YONG JIAO XIU said...

oh insuran tak cover tuk kes bencana alam. insuran cuma cover untuk kemalangan saja. mmg kesian, dorg makcik n pakcik yg paling baik n sporting, jenis ringan tulang. syg mereka.