Friday, February 20, 2009

Masuk Islam...alhamdulillah....

I’ve just got the news sebenarnya dah lama dah aku dengar pasal ni, masa pertengahan bulan 1 lagi. For me it’s a happy news. Er penah cakap ke tak kat sini yang ada kawan aku seorang yang dah masuk Islam. Happy sangat, bertambah lagi umat Islam. Bila dia masuk Islam? Cam mana dia boleh masuk Islam? Isu yang menarik kan. Dia masuk Islam mesti la sebab dah dapat hidayah dari Allah s.w.t. lah... hahaha Alhamdulillah...

Dia ada cakap, dia mimpi yang menakutkan, sebab tu la dia masuk Islam. Semua ni dia cter kat Sha. Tapi lupa lak nak tanya nama Islam dia kat Sha. Ye la aku kan dah kat Kelantan, kawan aku tu still kat Kajang, boleh la terserempak, dia siap tegur Sha lagi, coz nak harap kan Sha, minah ni mata rabun tapi lupa bawak cermin mata dia. Nama asal dia Sally. Dia masuk Islam awal tahun ni (2009) kiranya azam tahun baru la untuk dia. Siap dah pakai tudung dah, coz most time yang aku jumpa selalunya bulan awal-awal ni muallaf tak mula pakai tudung lagi ye la dalam Islam, bagi yang baru masuk Islam mereka diberikan kelonggaran, muallaf untuk tiga bulan pertama mereka kalau tak pakai tudung lagi, tak berdosa lagi. Bulan sterusnya baru la wajib bagi muallaf untuk pakai tudung.

Dulu pun ada cikgu aku yang masuk Islam jugak so aku tengok untuk dalam sebulan ke dua bulan pertama dia tak pakai tudung pastu baru dia start pakai tudung. Cikgu aku tu pun dapat hidayah lepas dia menang kes kat mahkamah kot. Er sebab dia dulu ada problem dengan suami and adik beradik dia yang nak bolot harta bapak dia. Sedangkan harta peninggalan mendiang ayah dia patut dapat kat dia, pastu ahli keluarga lain try wat jahat gan dia, even suami dia pun try nak amik harta dia. Dia betul-betul dalam kesusahan sampaikan ada satu tahap tu dia call anak murid dia untuk tolong dia sebab dia kena ganggu gan family dia yang jahat. Lepas menang kes kat mahkamah tu terus dia masuk Islam termasuk la anak dia yang dua orang, seorang girl and seorang boy. Sebelum tu, sapa boleh terfikir yang dia boleh masuk Islam sebab dia memang kuat agama Buddha, pergi sekolah mesti pakai skirt, tak pernah dia pakai seluar or baju kurung. Tapi sekarang dia pakai baju kurung. Alhamdulillah...

Kes Sally pun aku tak terfikir dia boleh masuk Islam tau. Sebab dia pun jenis kuat agama Kristian gak dulu walaupun sedikit nakal. Hmm aku doakan dia akan dapat seorang lelaki yang boleh membimbing and membahagiakan dia. Lepas segala dugaan dan kesusahan yang dia alami. Well, cam orang selalu kata kesusahan adalah guru yang terbaik untuk manusia. Kesusahan la yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan berjaya. Hmm aku selalu berpegang pada kata- kata ni bila ada kesusahan coz aku tau nanti akan ada yang lebih baik untuk aku lepas kita melalui segala kesusahan. Hmm Sally cakap family dia pun tak tahu lagi dia dah masuk Islam. Hope family dia boleh terima dia la.

Cakap pasal masuk Islam ni, belum tentu yang pandai mengaji, boleh hafal nama Allah s.w.t., boleh hafal rukun Islam and rukun Iman akan masuk Islam. Coz ada seorang cikgu aku, hmm boleh kata my favorite teacher gak la Cikgu Khoo nih, dia mengajar sejarah, student UIA so grenti la dia boleh hafal suma tu. Siap ugut lagi student yang wat kepala batu gan dia, suruh sebut semua nama Allah. Sebab dia boleh recite suma tu gan baik. Students tu tak nak respect dia coz dia agama lain. Terus muka student tu pucat, hehehe of course le, dah la student tu bit bodoh, pastu nak tunjuk lagak depan cikgu. Ha amik dia, padan muka, cikgu tu lagi pandai bab agama. Hehehe aku pun lom boleh hafal nama Allah s.w.t suma. Kalau jadi tukang ikut masa ada lagu kat tv yang dia recite nama tuhan tu boleh la ikut, aku sendiri hafal memang tak dapat lagi la. Hmm kira tu lagu ke nasyid? Kira nasyid la ye ke zikir. Aku ni pun bangap gak le kiranye. Tapi tu la kalau tak dapat hidayah, sampai mati pun tak masuk Islam gak. Cikgu Khoo ni, ramai kata boring tapi bagi aku dia memang best, belajar gan dia sedikit mencabar coz dia suka mengajar ikut buku tapi tak ikut page, kejap boleh ke page 5 boleh back ke page 2 pastu fast foward ke page 8. memang kena alert gan tangan and apa dia cakap. Most of my friends akan tido time dia mengajar. Tapi aku sukaaaaaaaaa dia.

2 comments:

DiDi_The_Great said...

Giler dasat blog kau. compared ngan aku nyer....hahaha

itminaan90 said...

Salam...Hey nice entry! MasyaAllah la...
Saya tak de pun kawan yang masuk Islam ke apa..Dengar2 je.Live story tak de. InsyaAllah, maybe one day, someone I know and perhaps even close to me accept Islam. Memang sekarang semakin ramai yang masuk Islam.Especially di overseas like London,America, Canada etc...