Tuesday, November 11, 2008

Malang si driver (aku le ni..huhuhu)

Aku kalo dok rumah grenti la akan jadi driver tak bertauliah untuk mak aku. So tugas aku hari nih bawak dia pergi rumah besan dia sebab anak buah (badminton hehehe gurau je) aku demam sampai mengeletar badan dia atau orang Kelantan kata bu’ak (sabdu or orang puteh kata apostrophe nih penting dalam dialek Kelantan yang boleh menyebabkan perubahan maksud oooo.. so hati-hati dalam penyebutan).

Cet sesampai je aku kat rumah abang aku (dia tinggal dengan keluarga mertua dia) si budak Irfan siap boleh gelak-gelak dah. Kasi orang risau je semalam sebab demam dia teruk sangat. Tapi alhamdulillah dia dah ok nampaknye. Masa nak balik aku bawak dia jejalan gan keta lagi. Selamat jalan tak sibuk sangat, takde la aku risau nak bawak dia.

Lepas aku balik dari rumah abang aku, aku nak pergi beli ubat antibiotik aku yang aku lupa nak bawak balik.

Nak di jadikan cerita nih panjang, kereta aku kena la langgar gan motor budak. Cet bengang gak la, memang sah-sah la duit aku bakal melayang kali nih. Yang bengang sebab budak tu salahkan aku brek, padahal salah dia. Aku memang la brek coz semua keta depan aku tengah brek takkan la aku nak pegi sondol kereta depan pulak. Yang budak pesalah nih, dia baru lepas memotong kereta yang sebelum nih ada kat belakang aku, so ruang kat belakang aku just muat motor dia untuk menyelit dan berlagak cam bawak kereta gak. Masa dia memotong kereta belakang aku nih, masa suma orang tengah bawak slow cam siput and asyik tekan brek, so memang kereta belakang aku sedia ruang la untuk membrek juga. Dia pegi mencelah tuh apa kes!!@#$%. Abis kereta aku disondolnye, pecah lampu sisi belakang kereta aku + bercalar la kereta aku. Bila aku berhenti nak check kerosakan kereta aku. Dia mai gan muka bengang marah aku kata aku salah selamat adik dia tak jatuh motor. Aku yang tengah risau gan kereta aku marah balik le tapi yang aku pun bangang gak sebab tengah risau and terkejut tak ambil no plat motor dia and tak mintak ganti rugi. Isyk...bangang..bangang... kalo aku report dengan polis memang sah-sah salah budak otak senget tuh.

So aku pun kalut la, tapi sempat je pegi beli ubat aku. Keluarkan duit, pastu terus drive ke pusat sevice produa. Ha ni satu hal gak, kat pusat service tu punya kisah lak now. Aku tanya la boleh tak tukar lampu sisi blakang kereta aku, dia memang la cakap boleh. Tapi..... (aku ulang) tapi... kena la tengok ada ke tak barang ada ke tak. So jawapan dia tak ada. Isyk, punya la besar pusat sevice boleh la pulak kata tak ada. Tapi selamat gak la, seorang pekerja sudi pegi check kot ada kereta yang bakal dipasang gan lampu sisi belakang. Selamat la ada yang rosak lampu belakang gak so pinjam yang order atas nama pemilik kereta tu dulu dan dia punya bakal kena nanti hari rabu yang stok lampu tu sampai semula. Harga lampu sisi belakang RM 184 + polish tempat bercalar RM10. So melayang RM 200 la kiranya.

Bila dah siap semua, aku pun teruskan tugas sebagai driver mak aku, bawak dia balik kampung pulak di Padang Tengah, Ketereh or orang Kelantan panggil Tee’ghere.

* selamat belajar dialek Kelantan. hehehe

KALAU ACCIDENT...

Tambahan ilmu kat korang yang bawak kereta or apa saja kenderaan di jalan raya tapi aku tak sure basikal boleh pakai ke tak undang-undang nih?? :

Kalo kereta korang dilanggar dari arah belakang (sah-sah kereta korang remuk kat belakang) memang sah-sah jugak la orang yang langgar tu salah.

Tetapi kalau kereta korang undur dan langgar kereta belakang (yang sah and lagi sahih membuatkan kereta korang remuk kat belakang) kalau report polis, polis kata kereta yang korang pandu tak bersalah. Diulangi.. TAK BERSALAH!!.

Ini pengalaman aku bila kereta jiran bau-bau bacang (boleh ke pakai istilah nih tuk jiran? Aku hentam je la belalang) orang yang sekampung le pendek ceritanye. Kereta pakcik ni kena langgar kat depan sebab kereta yang parking depan dia undur gan terlebih confident sampai sondol kereta belakang (kereta pakcik; jiran aku le) bila report polis, polis kata dia yang salah. Sebelum tu, orang yang langgar dia dah wat report kata pakcik ni langgar dia. Huhuhu cian pakcik...

Kes kedua yang menguatkan lagi kes pertama dan pernyataan aku nih ialah kes yang berlaku kat kereta tunang kawan aku (aku letak nama Abu la ye mudah nak cerita sikit sebab nama tunang kawan aku ni perlu dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. {Gurau je le}). Dia baru nak keluar dari stesen minyak, kereta depan dia dengan confidentnye memandu keluar simpang stesen minyak tu, so Abu pun lepas tu menurut le kat belakang kereta tu. Tetiba kereta yang depan kereta Abu brek mengejut (menurut penumpang sebelah dalam kereta tersebut (boyfriend dia), perempuan itu mengangkat handbreak. Abu pun tekan brek jugak la. Tapi kalau tekan brek pun, kereta memang takes time nak berhenti kan..kan.. so tersondol la kereta depan. Perempuan cina itu pun mengamuk kat Abu. Abu report kat polis, polis kata undang-undang menyatakan kalau kereta bahagian belakang yang kena sondol adalah tak bersalah. So nasib le labu, kena la si Abu membayar saman walau tak bersalah. Sebab lelaki yang dok sebelah perempuan cina yang drive kereta kena sondol tu pun kata perempuan cina tu yang salah.

So hati-hati sebelum menyondol kereta depan atau terkena sondol dari arah hadapan ye {kereta hang remuk kat depan le})

*mesti korang pening kalau baca aku punya posting coz banyak sangat dalam bracket ( ). Hehehe sabo je la ye. Coz otak aku pun tengah pening sebab kejadian petang tadi + fulus melayang banyak (kalau wat shopping pun bagus kan)

Sunday, November 9, 2008

Cerita Duka...

Sedang enak aku dibuai mimpi, tetiba handphone dalam poket jeans aku bergegar and siap memainkan lagu rancak yang memang aku dah setkan untuk all caller. Isyk.. memang memekak, dah la susah nak tido bila dah sejuk sangat dalam bus ni. Aku terlupa bawak sweater, huh memang cari nahas la kan. Dah la nombor yang timbul tah sesapa tah. Dengan suara orang baru bangun tido, tengah mamai lagi aku pun jawab la. Cet Si Zidane rupenye. Bulis la pulak dia tanya kenal dia ke tak? Suara ada la gak mirip gan adik aku, Cuma dia nih tak gelak je, coz adik aku kaki gelak.

Ni la mula citer sedih ni...

Zidane call aku nak bagitau aku yang kawan kitaorang dah meninggal dunia. At first aku pikir, mamat nih nak wat lawak selom tido. Pastu bila dah gan suara serius dia cakap, memang betul la kawan aku dah meninggal. Allahyarham Hazree meninggal kemarin (rabu), Cuma tersebar pada hari khamis dikalangan kengkawan sekelas gan dia ni termasuk aku. Arwah meninggal di hospital kat perak, (Ipoh le kot aku pun tak sure) disebabkan jangkitan kuman. Arwah memang selalu demam sebelum disahkan terkena jangkitan kuman yang dah lama ada dalam badan arwah kerana arwah pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ni.

Aku rasa sedih and memang tergamam, terkejut sesangat. Siapa sangka, dalam usia yang masih muda, yang mana aku selalu lalai mengingati kematian, kawan aku sudah ada yang telah dijemput mengadap Allah s.w.t. Dalam sibuk aku merangka corak hidup akan datang, aku dengar cerita sedih seorang rakan seperjuangan. Arwah Hazree, beliau seorang yang pendiam tetapi kelakar jugak. Arwah sepatutnya kalau dia masih hidup, mesti tengah kalut dengan final exam sebab sekarang musim exam. Sahabat aku ni masih menuntut di UiTM Perak sambung degree coz lepas SPM dia ambil diploma di Sarawak. Kali terakhir aku terserempak dengan dia, bulan 12, tahun lepas (2007) terserempak yang tak sempat aku tegur coz aku drive laju sangat hehehe. Tak sempat arwah nak merasa Chek Mask nak wat reunion 2 tahun lagi (2010) lepas 8 tahun terpisah (kira sejak form 5, 2002). Semoga yang hidup ni, dipanjangkan umur, semoga masih sempat untuk berjumpa dah memohon maaf segala salah and silap. Semoga dapat merasa reunion Chek Mask hehehe.

Lepas Si Zidane call aku pun tengok ada le 3 msg masuk bagitau pasal ni. Tu la aku memang tido mati le, kalo setakat bunyi message ni memang sure tak layan le, lagi baik layan tido aku.

So kitaorang pun merancang la nak pegi ziarah family arwah Hazree ni. Memandangkan aku pun dah ada kat kampung time tu. Time ni la aku jumpa member-member lama yang dah lama tak jumpa. Zidane blanja makan kat KB Mall lepas pegi rumah Hazree. Yang join sikit je la, Liza, Annie, aku, Hadi and tukang belanja (Zidane) pastu kengkawan Annie tiga orang. Yang lawaknye tiga makhluk nih bukan satu kelas pun gan kitaorang mahupun satu sekolah tapi join gak pegi ziarah keluarga Hazree nih. Bulis le depa ni makan percuma coz tadi family Hazree wat makan la tuk tetamu yang datang ziarah. Bila mak Hazree tanya yang salah sorang kawan Annie ni (dah lama ke tak jumpa Hazree?) dia main hentam kromo je la cakap dah lama dah. Tak pepasal tipu, lain kali jangan le rajin sangat, siap hantar pinggan ke dapur lagi, lain kali suruh yang dah kenal hazree cam Annie hantar pinggan. huahaha

Memori 4 and 5 science 1 will always in my mind.

Rindu kat semua yang pernah mencorakkan hari-hari ceria sepanjang form 4 and 5. Memang aku enjoy giler masa form 4 and 5.

Al-fatihah untuk Allahyarham Hazree…

Tuesday, November 4, 2008

RAHSIA TOP UP TAHAN LAMA!!!!!!!!!!

Orang kata pakai line lagi save dari prepaid..
Tapi korang mesti terperanjat dengan ape yang bakal aku citerkan ni..
Top-pup RM 10 tapi boleh tahan sampai 1 bulan
Tak kira la kalau korang bergayut berape lama sekalipun,
hantar berape juta sms sekalipun..

Mugkin rezeki aku aritu, pegi la jumpa makcik bau-bau bacang dengan aku, dia ajar camner nak crossing account,
coz dia keje kat bahagian System Development maxis.
Kekadang aku tolong gak memember terdekat top up,
tapi amik untung siket aar..


Ok, secara simplenya aku terangkan kat korang,
Tapi INGAT JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI untuk 1 nombor,
coz system akan auto detect & batal no korang.

Timing nya, korang boleh topup pertengahan hujung bulan between 25 hb ke atas dalam kul 3am ke atas. coz dalam tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes..
kene try & error.

1) beli topup RM 10...gesek & ready.
2)korang type <**REC 10 > , then send to 09901
3) tunggu reply, kat skrin akan kuar satu serial number 6 digit, korang salin tau.
4)pastu korang type <**REC 10> <123456> masuk kan 6 digit tadi, send 09902
5)pastu diorang akan reply "insert your top up number", so korang type 14 digit top up number yang korang beli contohnya ;
01234567891023> send to 09903
6)tak lama pastu diorang akan reply ;


"Tengkorak kau berjambul.. Ingat ni company opah kau yang punya?

Masuk toilet pun kene bayar 20sen, ni kau nak topup 10 hengget nak pakai seumur idup plak!!

Banyak cantik muka kau"

Hah..
tu aar, aku pun tak sangka diorang akan reply macam tu..
kecik ati aku..

Kekadang diorang reply lebih 'kesat' daripada di atas dalam pelbagai bahasa, boleh menitik air mata beb.. dahla,

Penat plak menipu nih..


Ha dah abis selingan ni.
So pi sambung buat keje..
selamat maju jaya.. :)