Tuesday, November 4, 2008

RAHSIA TOP UP TAHAN LAMA!!!!!!!!!!

Orang kata pakai line lagi save dari prepaid..
Tapi korang mesti terperanjat dengan ape yang bakal aku citerkan ni..
Top-pup RM 10 tapi boleh tahan sampai 1 bulan
Tak kira la kalau korang bergayut berape lama sekalipun,
hantar berape juta sms sekalipun..

Mugkin rezeki aku aritu, pegi la jumpa makcik bau-bau bacang dengan aku, dia ajar camner nak crossing account,
coz dia keje kat bahagian System Development maxis.
Kekadang aku tolong gak memember terdekat top up,
tapi amik untung siket aar..


Ok, secara simplenya aku terangkan kat korang,
Tapi INGAT JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI untuk 1 nombor,
coz system akan auto detect & batal no korang.

Timing nya, korang boleh topup pertengahan hujung bulan between 25 hb ke atas dalam kul 3am ke atas. coz dalam tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes..
kene try & error.

1) beli topup RM 10...gesek & ready.
2)korang type <**REC 10 > , then send to 09901
3) tunggu reply, kat skrin akan kuar satu serial number 6 digit, korang salin tau.
4)pastu korang type <**REC 10> <123456> masuk kan 6 digit tadi, send 09902
5)pastu diorang akan reply "insert your top up number", so korang type 14 digit top up number yang korang beli contohnya ;
01234567891023> send to 09903
6)tak lama pastu diorang akan reply ;


"Tengkorak kau berjambul.. Ingat ni company opah kau yang punya?

Masuk toilet pun kene bayar 20sen, ni kau nak topup 10 hengget nak pakai seumur idup plak!!

Banyak cantik muka kau"

Hah..
tu aar, aku pun tak sangka diorang akan reply macam tu..
kecik ati aku..

Kekadang diorang reply lebih 'kesat' daripada di atas dalam pelbagai bahasa, boleh menitik air mata beb.. dahla,

Penat plak menipu nih..


Ha dah abis selingan ni.
So pi sambung buat keje..
selamat maju jaya.. :)

2 comments:

NURUL AINI BAKAR said...

cayalah yong!!!!! (gelak bagai nak gila! ada sesape nampak usus aku tak? tercicir aaa...)

YONG JIAO XIU said...

huahaha 2 la. aku post tuk org yg tgh stress. kasi muka x ketat sgt. blh gelak2. n blh la rasa kena tipu.huahaha.