Sedang enak aku dibuai mimpi, tetiba handphone dalam poket jeans aku bergegar and siap memainkan lagu rancak yang memang aku dah setkan untuk all caller. Isyk.. memang memekak, dah la susah nak tido bila dah sejuk sangat dalam bus ni. Aku terlupa bawak sweater, huh memang cari nahas la kan. Dah la nombor yang timbul tah sesapa tah. Dengan suara orang baru bangun tido, tengah mamai lagi aku pun jawab la. Cet Si Zidane rupenye. Bulis la pulak dia tanya kenal dia ke tak? Suara ada la gak mirip gan adik aku, Cuma dia nih tak gelak je, coz adik aku kaki gelak.
Ni la mula citer sedih ni...
Zidane call aku nak bagitau aku yang kawan kitaorang dah meninggal dunia. At first aku pikir, mamat nih nak wat lawak selom tido. Pastu bila dah gan suara serius dia cakap, memang betul la kawan aku dah meninggal. Allahyarham Hazree meninggal kemarin (rabu), Cuma tersebar pada hari khamis dikalangan kengkawan sekelas gan dia ni termasuk aku. Arwah meninggal di hospital kat perak, (Ipoh le kot aku pun tak sure) disebabkan jangkitan kuman. Arwah memang selalu demam sebelum disahkan terkena jangkitan kuman yang dah lama ada dalam badan arwah kerana arwah pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ni.
Aku rasa sedih and memang tergamam, terkejut sesangat. Siapa sangka, dalam usia yang masih muda, yang mana aku selalu lalai mengingati kematian, kawan aku sudah ada yang telah dijemput mengadap Allah s.w.t. Dalam sibuk aku merangka corak hidup akan datang, aku dengar cerita sedih seorang rakan seperjuangan. Arwah Hazree, beliau seorang yang pendiam tetapi kelakar jugak. Arwah sepatutnya kalau dia masih hidup, mesti tengah kalut dengan final exam sebab sekarang musim exam. Sahabat aku ni masih menuntut di UiTM Perak sambung degree coz lepas SPM dia ambil diploma di Sarawak. Kali terakhir aku terserempak dengan dia, bulan 12, tahun lepas (2007) terserempak yang tak sempat aku tegur coz aku drive laju sangat hehehe. Tak sempat arwah nak merasa Chek Mask nak wat reunion 2 tahun lagi (2010) lepas 8 tahun terpisah (kira sejak form 5, 2002). Semoga yang hidup ni, dipanjangkan umur, semoga masih sempat untuk berjumpa dah memohon maaf segala salah and silap. Semoga dapat merasa reunion Chek Mask hehehe.
Lepas Si Zidane call aku pun tengok ada le 3 msg masuk bagitau pasal ni. Tu la aku memang tido mati le, kalo setakat bunyi message ni memang sure tak layan le, lagi baik layan tido aku.
So kitaorang pun merancang la nak pegi ziarah family arwah Hazree ni. Memandangkan aku pun dah ada kat kampung time tu. Time ni la aku jumpa member-member lama yang dah lama tak jumpa. Zidane blanja makan kat KB Mall lepas pegi rumah Hazree. Yang join sikit je la, Liza, Annie, aku, Hadi and tukang belanja (Zidane) pastu kengkawan Annie tiga orang. Yang lawaknye tiga makhluk nih bukan satu kelas pun gan kitaorang mahupun satu sekolah tapi join gak pegi ziarah keluarga Hazree nih. Bulis le depa ni makan percuma coz tadi family Hazree wat makan la tuk tetamu yang datang ziarah. Bila mak Hazree tanya yang salah sorang kawan Annie ni (dah lama ke tak jumpa Hazree?) dia main hentam kromo je la cakap dah lama dah. Tak pepasal tipu, lain kali jangan le rajin sangat, siap hantar pinggan ke dapur lagi, lain kali suruh yang dah kenal hazree cam Annie hantar pinggan. huahaha
Memori 4 and 5 science 1 will always in my mind.
Rindu kat semua yang pernah mencorakkan hari-hari ceria sepanjang form 4 and 5. Memang aku enjoy giler masa form 4 and 5.
Al-fatihah untuk Allahyarham Hazree…
No comments:
Post a Comment