Tuesday, November 11, 2008

Malang si driver (aku le ni..huhuhu)

Aku kalo dok rumah grenti la akan jadi driver tak bertauliah untuk mak aku. So tugas aku hari nih bawak dia pergi rumah besan dia sebab anak buah (badminton hehehe gurau je) aku demam sampai mengeletar badan dia atau orang Kelantan kata bu’ak (sabdu or orang puteh kata apostrophe nih penting dalam dialek Kelantan yang boleh menyebabkan perubahan maksud oooo.. so hati-hati dalam penyebutan).

Cet sesampai je aku kat rumah abang aku (dia tinggal dengan keluarga mertua dia) si budak Irfan siap boleh gelak-gelak dah. Kasi orang risau je semalam sebab demam dia teruk sangat. Tapi alhamdulillah dia dah ok nampaknye. Masa nak balik aku bawak dia jejalan gan keta lagi. Selamat jalan tak sibuk sangat, takde la aku risau nak bawak dia.

Lepas aku balik dari rumah abang aku, aku nak pergi beli ubat antibiotik aku yang aku lupa nak bawak balik.

Nak di jadikan cerita nih panjang, kereta aku kena la langgar gan motor budak. Cet bengang gak la, memang sah-sah la duit aku bakal melayang kali nih. Yang bengang sebab budak tu salahkan aku brek, padahal salah dia. Aku memang la brek coz semua keta depan aku tengah brek takkan la aku nak pegi sondol kereta depan pulak. Yang budak pesalah nih, dia baru lepas memotong kereta yang sebelum nih ada kat belakang aku, so ruang kat belakang aku just muat motor dia untuk menyelit dan berlagak cam bawak kereta gak. Masa dia memotong kereta belakang aku nih, masa suma orang tengah bawak slow cam siput and asyik tekan brek, so memang kereta belakang aku sedia ruang la untuk membrek juga. Dia pegi mencelah tuh apa kes!!@#$%. Abis kereta aku disondolnye, pecah lampu sisi belakang kereta aku + bercalar la kereta aku. Bila aku berhenti nak check kerosakan kereta aku. Dia mai gan muka bengang marah aku kata aku salah selamat adik dia tak jatuh motor. Aku yang tengah risau gan kereta aku marah balik le tapi yang aku pun bangang gak sebab tengah risau and terkejut tak ambil no plat motor dia and tak mintak ganti rugi. Isyk...bangang..bangang... kalo aku report dengan polis memang sah-sah salah budak otak senget tuh.

So aku pun kalut la, tapi sempat je pegi beli ubat aku. Keluarkan duit, pastu terus drive ke pusat sevice produa. Ha ni satu hal gak, kat pusat service tu punya kisah lak now. Aku tanya la boleh tak tukar lampu sisi blakang kereta aku, dia memang la cakap boleh. Tapi..... (aku ulang) tapi... kena la tengok ada ke tak barang ada ke tak. So jawapan dia tak ada. Isyk, punya la besar pusat sevice boleh la pulak kata tak ada. Tapi selamat gak la, seorang pekerja sudi pegi check kot ada kereta yang bakal dipasang gan lampu sisi belakang. Selamat la ada yang rosak lampu belakang gak so pinjam yang order atas nama pemilik kereta tu dulu dan dia punya bakal kena nanti hari rabu yang stok lampu tu sampai semula. Harga lampu sisi belakang RM 184 + polish tempat bercalar RM10. So melayang RM 200 la kiranya.

Bila dah siap semua, aku pun teruskan tugas sebagai driver mak aku, bawak dia balik kampung pulak di Padang Tengah, Ketereh or orang Kelantan panggil Tee’ghere.

* selamat belajar dialek Kelantan. hehehe

2 comments:

GADIS said...

siannyer engko..yang penting engko selamat..lain kali sekeh skit kepala budak senget tu hehehe

YONG JIAO XIU said...

huhuhu 2 la, klo le aku xgelabah, grenti bkn stakat kepala dia aku sekeh,aku siap sapu duit dia wat byr keta aku n report polis suh saman mamat 2.