Monday, February 28, 2011

tiga pertanyaan agama...renungkan..

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan
anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama.....kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari
ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.

Monday, February 21, 2011

Bertukar wajah...my blog


wajah baru blog aku. Kena ambil gambar ni, wajah baru babe!
Kenapa pilih picture ni? sebab sesuai dengan konsep ayat yang aku letak kat atas sebagai description blog aku tu. Kisah perjalanan hidup aku.
Simbol gambar basikal? Naik basikal sebab sambil naik basikal boleh enjoy pemandangan atau dengan kata lain aku menghayati hidup aku, menyedut udara yang ada disekitar aku, menghayati pemandangan, pengalaman, peristiwa yang berlaku.
Simbol orang yang naik basikal tu berhenti? Dan sebab orang yang kayuh basikal tu berhenti sesuai dengan konsep aku yang aku akan ambil masa untuk duduk berfikir sebelum memulakan perjalanan seterusnya, masa yang aku ambil untuk membuat keputusan jalan mana yang aku nak lalu.
Simbol dua orang yang kayuh basikal? Dalam perjalanan hidup aku ni semestinya ada orang sekeliling aku yang menjadi teman aku dalam mencipta kenangan dan sejarah hidup aku. Mereka yang ada disekeliling aku membuat memori bersamaku. sebab tu ada dua orang dalam gambar tu.
Simbol orang yang kayuh basikal macam nak start kayuh? ok yang ni sebab tu aku yang tengah bersedia untuk memulakan langkah pada bila-bila masa saja. lepas buat keputusan hidup.
Simbol waktu senja? Selalunya waktu senja ni or we call it as 'Twilight' waktu yang cantik untuk menghayati masa yang dah berlaku dan membuat conclusion untuk hari tu, sebelum bermulanya hari baru apabila menjejaknya waktu Maghrib, sebab dalam Islam, hari baru bermula apabila azan Maghrib berkumandang. So waktu sebelum maghrib atau twilight ni la masa yang sesuai untuk buat penghayatan, muhasabah diri, menghayati apa dah berlaku sepanjang hari tu. Semoga hari baru akan menjadi lebih baik..InsyaAllah...sama-sama kita usahakan kepada lebih baik.
Warna ungu termasuk dalam warna background sebab aku minat warna ungu ni. Well aku lagi suka kalau lilac actually. hehehe alos hampir sama je kan.
Simbol topi keselamatan yang dipakai pulak? tu tanda berjaga-jaga dengan keselamatan diri. Kepala tu penting so kena lindungi dengan topi atau maksud aku di sini, kepala tu tempat ilmu pengetahuan...ilmu boleh menyelamatkan kita kan..kan..kan..

ni buah oren ni blog lama aku. Saja je, masa tu (last year 2010 sempena new year) aku tukar wajah blog aku untuk pertama kalinya. Masa tu baru belajar, aku type kat internet untuk cari gambar background blog aku ni. Masa tu tak canggih macam sekarang dan aku pun tak la advance. Jadi mana aku jumpa, aku sarungkan aje kat muka blog aku ni. tak kisah dah simbol apa buah oren tu. Maybe masam kot simbol dia, pengalaman hidup masam? ye ke? tah la, tapi tahun lepas aku jadi malas nak post kat blog, kesian blog aku ni tahun lepas. Warna oren tu pulak melambangkan ceria, joyous hehehe hidup happening sampai lupa nak catat kat blog perjalanan hidup tahun lepas kan..kan...

Hari ni tah kenapa rajin je nak explore segala benda dalam Design, rupa-rupanya memang banyak yang dah berubah. Siap boleh pilih picture sendiri lagi nak buat background! Bertapa lamanya aku tak ambil tahu kecuali membaca blog orang dan post entries sikit-sikit.
Nanti lah kalau ada masa aku nak tengok balik picture yang sesuai tuk jadi background blog aku ni. tapi kenangan blog lama sentiasa je aku nak pahat kat blog aku ni.
Sebenarnya tadi aku just nak buat blog space tempat post entry tu jadi besar je. Tapi alang-alang dah masuk kat Design tu, aku tengok semua Template Designer and Background Image yang boleh tukar. Hasilnya seperti blog aku sekarang ni lah. Tapi insyaAllah tak kekal lama, sebab aku dah berangan-angan nak cari picture dalam koleksi aku sendiri untuk jadi background image blog aku ni. So wajah blog baru aku ni kena jugak diambil gambarnya kan..

Saturday, February 19, 2011

Dr. Cinta memang best! cepat dapatkan di pasaran!!!

So mesti ramai dah dapat Dr. Cinta kan? kalau tak dapat, cepat la pegi beli. tak rugi, best. I bought 1 sekali dengan 'Aku yang kau tinggalkan'. Harga dia RM26 tapi sebab aku beli di Kelantan, kat Muda Osman, so memang ada 10% diskaun sentiasa tuk novel. Jadi harga dia jadi lagi murah sebab kurang RM2.60. Kat sini tak pakai keahlian pun, sesiapa beli novel grenti dapat 10% diskaun. Tapi cuma novel melayu yang ada diskaun sepanjang tahun. Novel inggeris ada masa tertentu je. Muka surat novel Dr. Cinta ni 823 muka surat. Yang dah baca kat dalam blog or penulisan2u, pun kena baca dari mula sebab ada jugak penambahan ayat or jalan cerita. Jadi aku memang baca sebijik-sebijik ayat dia. Watak dia yang paling cun, memang ada wujud orang yang ada perwatakan macam ni, yang sentiasa meninggalkan rasa sayang kita kat orang yang macam Mazliana Haji Nordin...cuma amat payah nak jumpa. Aku antara yang bertuah jumpa kawan aku ni, aku siap sanggup jejak cari kawan aku yang macam watak dalam cerita ni bila kawan aku ni hilang sebab pindah sekolah.

antara ayat best yang aku suka sangat:

"Cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta... tapi cinta ini macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua orang jumpa.
Kalau saya cintakan dia...biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri."- novel:muka surat(Doktor Cinta:445)

best kan ayat tu.

Saturday, February 12, 2011

Musim panas 2011 bermula

ada rasa macam tinggal kat gurun je. hehehe

hari ni mula terasa bahang kepanasan. air paip untuk mandi pagi pun dah tak terasa sejuk macam musim hujan hari tu. kalau minggu lepas, air paip still rasa sejuk waktu pagi, bila nak tadah kepala kat air pun rasa cam nak tak nak je,tapi kalau tak basuh kepala mana best, mesti mengantuk tak hilang kan.
pagi kelmarin pun dah nampak tanda-tandanya. selalunya bila tiba musim panas, pagi grenti ada kabus. harap sangat yang musim panas kali ni tak seteruk tahun lepas. tahun lepas 2010, air perigi kat rumah nenek aku pun hampir-hampir nak kering. Oh ye, kawan aku kat Penang pun ada cakap tadi yang kat sana pun dah panas terik semacam, sampai dia malas nak keluar jejalan.
memang teruk kemarau tahun lepas. aku masa tu ada kat Nilai pun terasa jugak, ye lah bila kena catu air mandi. terpaksa aku balik kampung tercinta aku yang amat jarang ada problem air. hehehe mana lagi kalau tak kat bangi tercinta.
Panas yang terasa sekarang ni, membuatkan aku lagi suka tido pakai baju lengan pendek je. Kalau tak baju rasmi tidur aku grenti la baju lengan panjang. Musim hujan ari tu, tak perlu pasang kipas n pakai comforter lagi. Dah tiba musim panas ni, grenti la hidup dengan kipas je. Tu pun still rasa berbahang. Sama-sama doakan yang panas kali ni tak teruk. Tak sanggup aku kena catu air lagi. Tapi kan ke rumah aku ni ada air telaga, so gerenti la no problem even musim kemarau. Kat belakang rumah tu siap ada sungai lagi. hehehehe

Tuesday, February 1, 2011

Aku kawin bulan 6 (June/Jun)!


aku dan siapa?

“Aku kawin bulan 6.” Jenaka aku dengan kengkawan aku. Letih bila ramai dok tanya bila aku nak kawin. So paling mudah aku cakap je “oh, aku kawin bulan 6.” Jadi bila dengar je ayat aku ni. Semua pakat la shock(kena karen/kejutan elektrik style), excited, muka bercahaya nak bertanya aku dapat orang mana? tarikh sebenar bila? Dan segala macam soalan lagi lah. Tak menyempat-nyempat nak tahu jawapannye.

Ayat aku yang seterusnya kat depa. “Weh kan aku cuma cakap bulan 6, tak tahu tahun bila, tahun ni ke, tahun depan ke(2012), tahun depan-depan nu ke(2013, 2014). Aku just state bulan je, bukan state tahun pun. Hahahaha. Kan pakat kena gulai/goreng (tipu) hidup-hidup dengan aku tu”, aku gelak sakan.

Tu la antara bualan aku dengan kengkawan aku bila tiba bab jodoh. Letih and bosan looo nak jawab soalan depa nih. Bagi je sedibik/sebijik cam ayat nih kan bagus. Aku dapat idea nak menjawab soalan ni masa aku on the way balik dari KL dalam bulan 12 tahun lepas. Aku pergi dengan Sha ke KL ambil barang dia. Soalan ni timbul, jawapan ni datang kat aku. Hahaha.

Nak cakap apa eh? Hurm..isu kawin kot aku ari ni. Dah dekat 2 minggu jugak la, ada orang dok bertanya pasal aku ni. This aunty tanya kat mak aku. Mak aku pulak, er camne eh, tak berani cakap kot. Ayah aku awal-awal cakap, baik tak payah( alasan dia takut aku marah) padahal aku dah cakap awal-awal kat ayah and mak aku(sejak aku masuk U), kalau nak tengok aku kawin, depa kena carikan. Jangan harap aku nak carikan untuk aku. Huahahaha kejam tu(kat siapa?). Tapi tu la aku malas nak pikir segala bagai isu remeh bercinta ni. Bagi aku baik ikut je ajaran Islam, bercinta la lepas kawin.

So sebab dah 2 minggu, mak aku dah cuak sebab makcik ni asyik la datang rumah aku (sebelum ni datang selang 2hari, minggu ni datang hari-hari) dok bertanya jawapan aku(aku suruh mak and ayah buat keputusan). Pastu, percanggahan pendapat mak and ayah aku tentang jawapan ni. Aku rasa korang pun dapat agak mana satu yang bangkang and mana yang setujukan? Even kalau aku tak state awal-awal ayat ayah kat atas tadi aku tu. Typical malay woman looo, jawapan grenti cliché dengan jawapan mak kebanyakan orang jugak.

Sebab percanggahan pendapat mak and ayah aku:

Ayah aku suka orang kerja kerajaan(cikgu/doctor tu je dalam otak ayah aku), baik(tak tau peringkat/ tahap mana baik; kot stok masjid ke or yang biasa saja), tak merokok, orang Kelantan, kalau dapat sedaerah, jiran kampong ke lagi baik bagi dia sebab kayuh basikal or jalan kaki pun boleh sampai or jiran sebelah rumah yang mana tak kan berlaku sebab jiran-jiran aku semua budak kecik or dah kawin beranak pinak dah(sebab dah ada sorang yang dia dah state nama orang yang dia berkenan ni. aku rasa aku tau kenapa dia suka lelaki ni jadi menantu dia, sebab perangai lelaki ni lebih kurang adik aku yang amat la rajin tolong orang and peramah la sesangat. Nanti ada masa aku cerita pasal adik kesayangan aku yang aku amat banggakan ni).

Mak aku pulak tak la memilih sangat sebab anak perempuan tak kan nak buat gaya perigi cari timba kot. Tapi bagi mak aku style Indian lagi bagus, perempuan meminang lelaki (dia risau kat aku la tu, biasa la nama pun mak). Problem mak aku sebab perangai aku yang langsung tak ambil peduli kot. Tapi aku tau dia pun nak yang terbaik untuk aku. Sebab bila ayah aku state je nama budak yang dia berkenan ni, terus dia kata “kalau dapat budak tu, mak pun setuju,tapi masalahnya anak kita ni perempuan, bukan lelaki”.

(dalam proses perbincangan ni, aku buat gaya pemerhati saja. Berani ke ayah aku nak bertanya anak orang untuk aku? Hahaha buat la gaya lawak tu, aku grenti ayah aku tak berani punya)

Abang aku yang nombor dua (sebab dia ada balik dan sejak awal dah tau isu ni sebab yang bertanya tu untuk abang kawan dia): first question dia: merokok ke tak? Well, aku sebenarnya bangga jugak dengan keluarga aku ni, sebabnya…SEBABNYA…takde seorang pun ahli keluarga aku yang merokok! Bangga weh. Nowadays kebanyakkan lelaki suka telan asap rokok! Memandangkan aku je perempuan dalam adik-beradik aku, so of course abang aku nak pastikan yang calon untuk aku ni jenis tak merokok jugak cam ahli keluarga aku yang lain. Sebab tu, awal-awal adik-beradik aku and ayah aku cakap pasal isu rokok ni. Abang aku ni macam suka dengan lelaki ni, sebab bagi dia, mana ada dah zaman sekarang orang lelaki nak mak bapak carikan jodoh diorang, memang ada tapi amat sedikit golongan ni. Dari yang aku dengar, lelaki ni stok masjid jugak. Bagus tak? Bagus la kan. Sebenarnya, abang aku pun runsing dengan aku kot sebab adik dia ni(aku la tu) kolot sikit, takde boyfriend pun, takut aku jadi andartu. Siap bagi contoh colleague sis-in-law aku lagi yang ramai andartu. Er.. dia ni nak jual adik ke apa? Ada kaitan ke? Tak de kan.

Tak nak tau ciri-ciri lelaki idaman aku ke? Hurm..biarlah rahsia. Hahaha tapi kan aku boleh je statekan kat sini sedikit ciri-ciri lelaki idaman aku ni – orang Islam, waras, baik (kalau stok masjid, Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t.), boleh bimbing aku, tidak merokok, boleh terima aku dengan seadanya aku (semua orang nak calon yang macam ni kan?), kalau dia seorang yang kaya biarlah dia juga seorang yang suka bersedekah , rajin/ringan tulang menolong orang (macam adik aku, sejuk mata memandang orang rajin ni), boleh jadi penasihat yang baik, pendengar yang baik, pandai berjenaka (stress kerja beb,boleh ketawa kalau ada orang buat lawak, tapi jangan la kerjanya mengenakan aku 24 jam or jangan sorang yang sakarstik sudah), romantic tu bonus la kalau dapat, bonus jugak kalau dia seorang yang sedap mata memandang (apa ingat lelaki je cari perempuan cantik jelita, perempuan pun nak macam ni jugak tau). Banyak je lagi sebenarnya ciri-ciri aku letak, tapi nanti pedas nak dengar/pedih mata nak baca pulak. Yang lain aku simpan untuk aku je.

Sama ada aku pilih atau tak. Sebab ayah and mak aku bercanggah pendapat. So the only answer i can give right now... 'I turn to You, Allah'- Solat Istikharah. bagi tempoh 7 hari kat aku boleh? Doaku, semoga keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik. Sebab 'I turn to You, Allah s.w.t'. Allah s.w.t. knows best! He knows what's best for us. So lets pray to Allah s.w.t.

Funny Flood Pictures/gambar lawak banjir!

Bagi aku ada sikit gambar lawak, ada jugak yang tak lawak pun, yang fact punya. Saja post, kot boleh kasi senyum korang! Keep smiling, even how hard life would be for you ok! semua sumber adalah daripada internet. How to search these pictures? type je 'lawak banjir'

try to make excuse for not attending meeting (kot) or maybe bergayut dengan girlfriend/bini muda ke? tapi masalahnye, berfungsi ke dalam air tu?.


yang ni lagi best..kusyuk, penuh kosentrasi, gaya santai.. lepak yang paling best dalam rumah yang penuh air sambil tengok tv. selamat tak kena electric shock!


ada usaha lagi kereta yang dah tenggelam separuh badan tu nak berjalan, lampu pn still bernyala tu. Kereta berjiwa kental tu, even engine dah tenggelam still boleh je drive ye? aku tak tau nak kata orang kat dalam tu camne kawal stereng and gear kereta dia. kagum nih( geleng kepala)


gaya ni aku pernah buat masa kecik, best! Mak aku pernah basuh baju kat dalam air banjir, mak aku ambik tali ikat kat besen pastu tambat kat tiang rumah sambil dia basuh baju kat berenda yang pernuh air. Selamat time tu air tak masuk dalam rumah.


er makcik nak alih letak kat mana tu? semua kawasan dah tenggelam dalam air ni makcik. elok kalau pikul je kalau nak selamatkan dari banjir ni. hehehe


ni gambar tak boleh blah punya gaya. hahaha boleh pulak dia buat gaya surfing terbaik nih. orang ni ditarik dengan 4WD hilux. best je ye, takleh pergi hawai, kat dalam banjir pun poyo je main.


gaya cam dalam sarkas je dia ni. gaya terbaru naik basikal tu, selalu dalam sarkas orang naik basikal atas tali! dia ni pulak naik/kepit basikal sambil bergayut kat tali yang digantung atas air banjir yang laju. seram aku tengok air laju tuh. hewww


banyak pakcik ni dapat ikan ye? menjala dalam air banjir. Memang ada gaya! dan memang terbalik; bawak kereta dalam air menggantikan bot, pastu memancing atas darat yang ditenggelami air.

teruskan tebar jala ye....dapat ikan, balik nanti kita bakar pun sodap tu, cicah air asam musim banjir-banjir ni memang menyelerakan, kan..kan... musim hujan cepat rasa lapar.

Maklumat peringkat warna amaran banjir(merah,jingga,kuning).


Tengok news kat tv. Cerita pasal banjir yang baru melanda Johor. District yang tinggi pun kena jugak; iaitu Kota Tinggi. Kesian nama je la yang tinggi, tapi still area rendah sebenarnya. Selalu sangat Kota Tinggi banjir even namanya Kota Tinggi.
Ok tinggalkan dulu kisah tu, bukan suruh tinggal terus cerita ni. Nak mengomel la kejap ni.
Pasal apa? ok hari ni ulasan, comment aku adalah pasal banjir peringkat merah di Johor sekarang, peringkat jingga kat Kelantan hari tu.
Ni picture kat Brisbane sekarang ye,saja pilih sebab air dia coklat.
Korang tengok berita kan, pastu pemberita dok la sebut segala peringkat colour nih. Rasa bengang tak bagi sesiapa yang tak tau pasal kod warna amaran banjir ni. Aku dengar pun bising jugak. Adeh la...apa segala colour keluar nih, ingat semua orang ni orang meteorologist ke apa, semua stage/colour amaran banjir tau. Kalau nenek aku tengok je grenti la dia tanya pasal segala colour yang orang tv tu sebut, colour kuning, jingga n merah semua depa sebut.
Ni untuk pengetahuan orang yang pandai la cari maklumat hehehe( rasa-rasanya dah betul dah ni). Tapi nenek aku tak mungkin baca blog aku untuk tahu segala macam flood stage/colour ni. Yang nenek aku tau, kalau banjir je, air grenti la colour coklat, kuning sebab warna selut, lumpur segala tu. Er kalau sungai Klang pulak melimpah agaknye warna air jadi kelabu or hitam, banjir peringkat hitam tu..hahaha. Ok enough about nonsense.
Information about flood(ni pun aku agak-agak coz aku tak faham sangat bahasa sains ni, ciri-ciri dia lebih kurang sama kalau ikut kefahaman aku ni hehehe). Ni aku bantai yang pasal information amaran cuaca buruk dalam laman web Malaysian Meteorological Department. For more detail, information please visit the link given Malaysian Meteorological Department. So, to know whether aku dah translate bahasa sains dengan betul ke salah. tengok je kat situ ye.
  • peringkat Kuning = bukan peringkat kritikal. Hujan yang kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat yang sekejap-sekejap selama berhari-hari yang memungkinkan banjir bagi kawasan tanah rendah..
  • peringkat Jingga = juga bukan peringkat kritikal tetapi lebih kritikal dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang turun berterusan (macam kat kelantan hari tu, hujan tak berhenti- kejap lebat, kejap sederhana, kejap renyai-renyai tapi tak berhenti lah.)
  • peringkat Merah = amaran peringkat tertinggi banjir. hujan lebat yang membawa banjir yang teruk.