Kelmarin baca belog
Daphne Iking, ada bercerita pasal sekolah anak dia nanti. Nak hantar ke private ke public school?
Bagus ke hantar ke sekolah swasta ni?
Menurut orang sekeliling aku, private school ni memang boleh menjana
minda sebab cikgu mengambil berat pasal kecemerlangan pelajar (nama pun
sekolah berbayar, kan. Buat letih bayar, kalau prestasi sama dengan
government school).
Tapi, sapa kata government school ni tak bagus? bagus apa?
tengok!ramai kalangan orang yang berjaya sekarang ni asal dari sekolah
awam/kerajaan. Cikgu kat sekolah kerajaan pun amik berat jugak apa. kalau tak grenti kena bambu dengan pengetua. hehehe Sorry ya Sir Roslan, sebab markah BI dulu teruk! (sir aku ni la yang cakap, dia kena marah gan pengetua sebab markah students kelas aku teruk. huhuhu) Hah, cuba kalau tanya doktor ke lawyer ke engineer ke, suma pakat
kata datang dari sekolah MRSM la, Sains lah, Teknik lah,
see...see...hah, korang pulak dari sekolah mana? aku dari sekolah harian biasa saja, pun dah berjaya now.hehe, kononnya la...
Sekolah swasta, walau bagus prestasi n cikgunya, tapi bebudak sekolah swasta lebih terserlah materialnya. maksud aku, kebanyakkannya pelajar yang mula belajar di sekolah swasta dikatakan menjadi agak angkuh dan lebih suka membandingkan harta seperti kereta mewah yang menjemput mereka or handphone paling terkini atau apa saja barang yang mewah! betul ke tak? entah la, itu menurut orang la. Tak percaya? Try baca blog Daphne Iking ni yang bertarikh 17 oktober 2011
klik.
Ada orang kata(yang Iking bercerita pasal kawan dia kat blog dia), anaknya menjadi lebih angkuh dan berlagak bila dah masuk sekolah swasta, selalu je nak beli barang yang branded dan mahal. Kalau kereta yang menjemput ke sekolah pun, nak kereta mahal je. so dia hantar balik anak dia ke sekolah kerajaan, Alhamdulillah, anak dia menjadi lebih mesra dan dah tak berlagak dah, sebab bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka lebih mengerti kesusahan orang, ada simpati dan empati kat orang yang susah, lebih bersyukur dan tak membandingkan sangat material.
Tak dinafikan, yang pengaruh rakan sebaya (peer influence) memang
penting sebab ini akan mempengaruhi kelakuan kanak-kanak jugak. Kalau
kawan gan budak baik tak banyak songeh, memang anak kita pun jadi baik.
Aku percaya, tak semua pelajar swasta berlagak. Walau ada pun yang berlagak, jangan la judge suma akan jadi berlagak kan. Asal depa pandai pilih kawan, insyaAllah menjadi la dia orang yang tak menyombong.
Pastu kan, kalau government school ni, mereka akan sentiasa lebih expose kepada kegiatan ko-kurikulum/ kegiatan luar sekolah ke peringkat antarabangsa, jadi wakil sekolah ke mana-mana. Bukannya sekolah swasta takde benda ni suma, cuma kalau government school peluang lebih banyak. Sebab tak semua yang anjuran akan sampai ke pengetahuan sekolah swasta.Contohnya aku pernah wakil negeri ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Sastera dan kat situ cuma ada sekolah MRSM dan Sekolah Harian Biasa sahaja, langsung takde sekolah swasta.hehe bukan nak berlagak la, sebab team aku kalah jugak, yang menang, team Perlis! Kagum aku gan bebudak sekolah agama tu, nampak diam tapi berisi ilmu kat satu badan.
Penting sangat ke ko-kurikulum pelajar di sekolah?
Penting! sebab 10% markah untuk masuk ke universiti bergantung kepada markah ko-kurikulum ni. Terutama pelajar yang nak belajar ke oversea, or yang nak ambil medic.
Even dapat straight A's pun, markah bahagian akademik cuma 90% sahaja budak ni dapat. 10% lagi tengok ko-kurikulum depa jugak. kalau budak nak g oversea, markah yang dikehendaki bagi melayakkan mereka menerima biasiswa ialah 98%. So, grenti la markah ko-kurikulum kena dapat 8 markah paling kurang. So, bagi adik-adik yang tengah belajar tu, fikir-fikir lah, bukan kena fokus akademik semata. bab fokus pasal akademik tu, zaman kak yong je. takde main markah ko-kurikulum, hahaha. Bahagia betul aku rasa, bila tau zaman aku dulu lagi mudah.
p/s:hehe amik link Daphne Iking kat blog
Ayu. Thanks Ayu!