Ini cerita memang original mari...kisah depa yang nak conquer Putrajaya. Oh dulu punya la, kritik krutuk bila PM kita nak buat Putrajaya. Kononnya membazir lah, apa lah dan bla'h'... bla'h'... bla'h'...
Semestinya korang dah rasa aku cakap pasal parti apa kan.
Baru-baru ni ada la talk kat area rumah aku, so sebab takde wakil dari tempat perumahan aku tu, orang kuat PAS ni pun heret la mak aku. Sebab mak aku berkawan, so mak aku pun teman la makcik ni. Oh ya Mak aku sokong UMNO, jangan risau. Dia cuma tukang teman kawan saja.
Dalam talk depa ni, ewah..ewah...cita-cita punya la besar! nak kuasai Putrajaya! Zaman Tun Dr. Mahathir nak buat putrajaya, mulut tu...berapi-api marah, bangkang. Pastu, tengok-tengok...bila putrajaya dah siap, diorang ni siap buat lawatan ke Putrajaya! 'Bertuah' betul la perangai. Kononnya nak cari salah pembaziran kat Putrajaya. Bila tengok tempat cantik, membangun,maju. Terus nak ambik. Oh perangai lebih kurang gan Zionis saja aku tengok.
Mak aku balik dari ceramah tu terus bagi ceramah kat aku, membebel sebab dia cakap
orang PAS ni tak reti bersyukur, cuma reti mengkritik saja. Kalau suruh
depa buat, apa pun tak jadi tengok sendiri la apa jadi kat Kelantan, takde hiasan langsung, dull. PM kita buat putrajaya tu sebab nak
cantikkan negara. Seperti kita nak cantikkan rumah kita. Takkan nak
tengok rumah bersepah, tak terhias. Mesti la kita nak nampak rumah kita
cantik. Macam tu la yang PM kita nampak, dia anggap Negara sebagai
rumah, perlu dihias! PM kita banyak pergi luar negara,tengok tempat
orang cantik-cantik, mesti la nak tempat sendiri pun cantik supaya kita
boleh bangga dengan 'rumah' kita jugak.
Pasal PTPTN lagi, oh nak mansuh, pastu bebudak nak g U tu nak pinjam ke mana? Bank? Lagi mencekik darah kot. Or nak percuma? Cis...segala benda nak free, korang ingat kerajaan badan kebajikan sepenuhnya ke? mana nak cekau duit semua? memang la ada cukai, tapi rakyat dan negara jugak yang dapat balik. kononnya kerajaan ni mengikis duit rakyat. Bet, kalau bagi Malaysia kat PAS, grenti la bankrupt Malaysia dan segalanya jadi hodoh. Tengok la Kelantan sendiri, tak cantik mana pun. Bersepah-sepah. Yang tahu cuma bagi ceramah agama, padahal dalam Islam pun nak kita bersih, cantik, nak yang indah-indah. ISLAM MENGAJAR TENTANG KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN. Tapi depa tak praktikkan pun.
*bila segalanya percuma, manusia tidak tahu bersyukur sama seperti mereka tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kerana mampu menyedut Oksigen, sebab oksigen free. they take things for granted.
lagipun kan ke sekarang yuran sekolah dah mansuh. bersyukurlah...