Apa yang berlaku pada aku di ambang 2009 dan hari pertama tahun baru? Apo lagi tido le. Takdak apa yang aku buat pada malam di ambang 2009. lepas main internet terus aku berenang dalam mimpi aku. Tapi aku bangun awal pagi lagi. Lepas sudah solat subuh....
Hehehe...
Jeng jeng jeng...
Dah lama gak dah aku simpan rambut nih. Last time aku gunting 31 december 2007. so aku dah simpan dah genap setahun dah la ni. So aku pun cut my hair today sempena 1 januari 2009 dan memandangkan tarikh ni jatuh pada hari khamis so sesuai la aku gunting rambut. Ye la dalam Islam kan hari baik untuk memotong rambut ke kuku ke apa ke adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Takde la panjang mana pun rambut aku simpan selama setahun ni. Pukul 7 pagi aku pun memulakan proses menggunting rambut aku nih. So jadi la dia makin pendek je (takkan la makin panjang lak kan?).
Yang bagusnya aku gunting sendiri rambut aku. Amik masa 20 minit gak la. Dah lama aku start gunting rambut aku sendiri nih. Sejak dari aku form 2 lagi kot aku pun kurang ingat coz dah lama sangat dah. Kalo bukan aku grenti mak aku yang tolong gunting kan. Malas aku nak potong kedai dah coz dari dulu lagi ada je problem. Bukan apa, asal aku suka je gan tukang gunting rambut tu, kedai dia tutup. Kedai yang aku gunting sejak kecik, tempat yang ayah aku selalu bawak, Huhuhu selalu potong rambut aku tak cantik. Give up aku nak masuk kedai tu, bila dah berkenan lak gan kedai yang dekat gan istana hari tu, tukang gunting nye la pulak pindah ke rantau panjang coz rumah dia kat rantau panjang. Dia kata nak berulang alik ke Kubang Kerian jauh so dia nak buka kat sana je. Takkan la aku nak pegi gunting rambut sejauh tu kan. So better gunting sendiri.
Nak tau apa kes gan kedai gunting rambut yang aku tak suka tak?
Aku tak suka coz dia pernah menghancurkan rambut aku huhuhu. Ada ke patut aku digunting style rambut lelaki??? Pendek nak mampus!!! Masa tu umur aku dalam 9 tahun. Aku bukan tahu sangat bab fesyen rambut nih, tapi aku tau rambut aku terlebih pendek. Kakak yang gunting kan rambut aku tu ingat aku lelaki coz aku dress macam lelaki. Ayah aku tinggalkan aku kat kedai tu sementara dia pegi mana tah time tu. Pastu abis aku kena gelak gan cousin and makcik aku, adik beradik aku pun sama je.. huaaaaaaaaaaaa sedey and bengang giler time tu. Best je diaorang buli aku and kata aku boy. Tau le aku nih tomboy brutal, tapi aku still ada hati dan perasaan. Aku ingat sampai sekarang gelak diorang tuh. Mana la aku nak pegi lagi ke kedai yang dah beri pengalaman pahit kat aku. Dah la aku pegi sekolah free hair. Huhuhu.
Pastu apa lagi aku buat pada hari cuti cam ni?
Aku balik ke Kajang my hometown yang paling dekat. Dok merempat rumah kawan aku. Saja je, kat Kajang lagi best, takdak la bersesak cam KL nih. Walaupun aku kelahiran KL tapi jiwa aku lagi suka tempat yang tak crowded. Malamnya aktiviti aku and Shahiran (Sha) makan kat kedai, ajat nak pegi kaco Along kat rumah dia nak suruh dia masak tuk kitaorang (sorang lagi kawan lama aku nih) tapi alamak dia pun keluar makan. Lastly kitaorang jumpa kat kedai makan je. Kalau tinggal kat sini memang sebijik cam tinggal kat rumah aku kat kampung la coz makan cukup segala. Kawan aku nih jenis kaki masak, bukan makan kedai. So best la aku. Just malam nih je aku blanja dia makan padahal dah bantai nasi dah tadi kat rumah tapi nak jumpa along punya pasal bantai sekali lagi la. Mau mengah gak perut aku nih menyumbat je keja nye. Memang fail la aku punya impian nak diet.
No comments:
Post a Comment