Monday, March 2, 2009

Caught you!!!

Caught you!!!

Ha ni nak dijadikan cerita…

Minggu lepas punya kes la nih. Sekarang memang tengah busy buat question papers. So keja aku banyak dihabiskan depan pc. Hari tu, bos marah-marah. Selamat tak kena kat aku, but kena kat dua orang colleague aku. Sorang tu aku kamcing, sorang lagi aku memang tak suka la. Yang aku suka, orang Singapore but dah kahwin gan orang Malaysia so dah kira Malaysia jugak la dia nih. Sorang lagi andartu, dari Amerika. Hah, tu dia yang aku tak suka, bukan sebab dia andartu, tapi terlalu proud gan tempat dia dan suka la mengarah orang, tau la awak tu senior tapi kawal la sikit perangai tu. Lagi satu, macam le aku tak tau yang dia tu mix blood gan Indonesia. Tu la sebabnya aku ingat dia ni Chinese ke, kulit pun cam orang Melayu je, tak la seputih orang putih.

Bangganya dia dengan Amerika sampai tak nak belajar bahasa Melayu langsung, tapi bila orang bercakap guna bahasa Melayu among us, sibuk la pulak suruh translate untuk dia, isyk macam takde keja nak jadi jurubahasa dia, kalau bayaq gaji tu takpe la jugak. Hehehe bukan apa, kekadang tu boring la nak mengulang ayat nih, walaupun boleh latih otak fikir nak translate tuk minah nih.

Hari tu, caught in action la kan. Dia mengumpat pasal kitaorang depan kita orang. Er... but not really infront us jugak, sebab kitaorang dok kat meja komputer, dia dok mengumpat kat meja kawan aku gak, but sedikit hiding la tempat dia dok berkumpul. Yang lawaknya, kawan aku tuk memang tau aku ada, tapi dia layan la jugak orang tua nih. Kawan aku yang chinese nih dah dok cuit aku kata Miss Arrogant nih dok mengumpat kitaorang punya la kuat sampai kacau kerja dia. Lepas best dok mengata aku gan Suzane termasuk gan kak Singapore, tiga orang la yang dia best dok mengata nih. Baru le sibuk tanya mana kitaorang takut kitaorang dengar. Kawan aku gan selumber cakap yang kitaorang ada kat meja komputer. Baru le diam dia. Suara dah la kuat giler, satu dewan pun boleh dengar, mana la aku gan kawan Cina aku nih tak dengar, masa tu kak Ana still kat bilik bos. Ha nanti kak Ana keluar aku habaq kat dia gak.

Tu la lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Konon kalau orang dah tak suka dia, dia nak balik US balik. Ha p la balik, memang aku tak suka engkau pun. Ramai yang tak suka kaki mengarah, kerja suh orang buat pastu letak nama sorang-sorang. Konon kalau wat kerja ramai-ramai letak nama semua. Ppp gggg dahhhh... nak balik US le sesangat. Agak-agaknya boleh hidup lama ke dok kat US tu, pegi la kalau nak mati cepat, dah la ada pollen allergy boleh ke tahan... kat badan hang tu dah la ada 32 allergy. Segala benda sensitif, dengan minyak wangi la, make up la. Pendek kata segala benda tak kena gan dia nih.

Aku rasa aku tahu kenapa lelaki tak leh nak dekat gan dia. Sebab kaki mengarah, kena ikut je telunjuk dia. Ada la sekali tu kerja group, so dia suruh aku cari la maklumat pasal Terengganu, coz nak wat lawatan. Aku pun cari la, letak semua tempat menarik kat Terengganu termasuk la Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal dengan Masjid Terapung dia nak p, tapi tempat gan Masjid Kristal nih dia tak nak p lak. Apa ke bangang, mesti le bebudak nak pergi tempat yang berwarna warni cam taman tema Genting Highland nih, walaupun bukan tempat permainan but banyak la jugak boleh tengok. Dia pernah pergi kat masjid terapung dan dengar pasal Masjid Kristal. Tapi tak dengar pasal Taman Tamadun Islam sebab tu tak nak pergi konon segalanya museum, sebab sebelum tu kitaorang pergi ke Terenganu Museum. Weh aku tau le, setahun aku p Terengganu more than 5 times maaaaaaaaa. Pastu dia suh aku type state museum, memula tu sibuk la suh letak specific name. bila aku dah letak specific name punyadia nak argue gan aku kata tu salah, bukan Muzium Terengganu, ada nama lain. Macam le dia tau sangat, aku tau le aku search kat internet and pernah pergi gak, kalau dalam internet tulis Terengganu watpe nak tukaq, apa ingat itu mendiang bapak hang punya museum ka? Pastu aku tunjuk apa yang dalam internet tulis for specific name sibuk la pulak suh letak state museum je. Dah kalah nak berdebat gan aku le tuh, nak menang jugak dia cakap la, “letak ‘state museum’ jehhhhhhhh”. hampir gak la aku nak bertengkar gan dia nih. Bodoh bangap punya orang, mana la aku nak respect dia, ari tuh sibuk suh baiki kesalahan sendiri and mintak maaf kalau buat salah gan orang supaya orang respect. Apa nih main tukar-tukar, memang aku tak respect la. Cakap tak serupa bikin.

Pastu mentang-mentang dia orang ’putih’, so sesuka hati dia tak nak hadiri apa-apa aktiviti yang tak standard cam rumah sukan. Putih le sesangat, macam la bagus sangat bangsa dia. Segala benda nak refer kat bangsa dia. Macam le kat amerika tuh takdak pencuri, sebab dia kata singapore pun ada pencuri, laptop dia kena curi masa kat singapore. Pastu macam le kat amerika tak de cetak rompak, dalam internet tuh banyak je bahagian download, ingat orang putih tak reti nak wat cetak rompak ke? Takkan orang yang nak buat report kat hang. Palgiarism la komen dia banyak kat malaysia nih kalau tak letak nama, sebab tu segala bahan dia nak letak nama dia, walau kitaorang yang buat.

Macam le dia nih hebat nak mampus. Bila bagi idea, selalu je cakap yang dia punya idea or bahan mengajar untuk high level je. ”Tak tanya pun...”(kawan aku cakap) kawan aku pun bengang sebab banyak bahan kawan aku yang provide sebab standard yang sesuai kata Miss Arrogant. Tapi yang bagusnya si Nad nih, dia pandai cover bengang dia, so she’s still in Miss Arrogant good book.

No comments: