Sunday, March 8, 2009

Informasi tentang Nabi Junjungan; Nabi Muhammad s.a.w. / lagu dari Nada Murni

Sempena Maulidur Rasul, aku bagi sedikit lagu.


Nada Murni - Tolaal Badru Alaina
Nada Murni - Salamun alaik
Nada Murni - Pahlawan Agama


Sedikit informasi tentang Nabi Junjungan; Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad berusia 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan telah meninggal dunia semasa Nabi Muhammad masih di dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudianya meninggal dunia ketika baginda berusia 8 tahun. Semasa berusia 12 tahun, Nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah/ Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi. Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak; 2 lelaki dan 4 perempuan. Anak lelaki baginda telah meninggal dunia semasa kecil.
Baginda digelar al - Amin

No comments: