Thursday, March 31, 2011

malas



lazy mode...
lots I want to share with people but...I'm so lazy now.
Some of the issues are not even relevant to be posted anymore. Or should i just type it?
about the number, my jungle tracking, Pesta Buku, and Rejim Mahkota that always tickling my brain.
Lets start with number I think...after this I will post it. A very interesting fact about this year number...
So now let's solat first!

Sunday, March 27, 2011

Aku budak cina?Dah letih nak menjawab...

Memang letih nak menjawab isu yang sama walaupun orang yang berbeza yang tanya. Kekadang tension jugak bila ada je yang tanya aku. Sebab aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku bukannya ambil tahu sangat dengan keturunan ke hape ni..dalam surat beranak dah tulis yang aku ni keturunan Melayu, so aku pegang je ayat Melayu tu. Malas nak mengkaji sangat.
Aneh ke bila aku dok cerita pasal isu aku budak cina?Kenapa aku bercerita isu ni? Luahan perasaan aku yang memang letih and boring giler bila kawan-kawan dok bertanya pasal kacukan ni. Aku pun tak pernah tanya orang samaada diorang kacukan apa-apa, sebab aku tak nak orang tanya aku benda yang sama. Sumpah aku cakap...bosan nak mampus bila ada yang tanya isu ni, lidah aku jadi kelu, otak aku boleh tetiba cramp (kalo otak boleh cramp), letih tetiba menghuni aku-selalu buat aku terkedu. Tak tau la macam mana adik-beradik aku yang lain pulak. Cuma kekadang ada jugak bila tiba-tiba sorang dalam adik beradik aku start cerita, pakat la ada yang nak share pengalaman jugak. Selalunya adik dengan abang sulung aku lah yang suka share. Aku dengan yang nombor 2 memang kurang sikit. Aku ada share, tapi yang abang aku yang nombor 2 tu memang aku rasa sekali je kot dia share. Dia jenis pendiam sikit, tapi bila buka mulut boleh bernanah gak telinga dengar.
Cuma ayah aku pernah cakap yang abang ipar dia ada cerita yang bapa saudara or tok saudara ayah aku cina thailand ada je tinggal kat Bangkok nun, entah betul entah tidak. entah entah ayah aku 'goreng'(tipu) aku sebab dia pun boring nak menjawab soalan aku , sama macam aku letih nak menjawab soalan orang yang tanya keturunan aku. So, aku assume yang aku cina belah bapa lah. Even muka aku macam mak aku. Belah mak aku pun muka lebih kurang jugak lah, kecuali sesetengah cousins aku yang mata bulat ada jugak, tapi ada je yang mata sepet cam aku . Belah ayah aku pulak, tak sah cerita la kan, sebab aku dah cerita dah tadi kat atas tu. Lagi la muka species aku, cina. Kebanyakkan kitaorang yang belah ayah aku ni kalo standing around chinese grenti dah tak dak beza. Ada je cousin aku yang kena panggil macam aku, cuma aku dah jadi cam family Yong, diorang pulak ada Ong dan Wong-orang cina yang panggil depa cam tu. Aku pun dah terlekat dengan nama Yong, tak leh nak ubah, sebab dari kecik amat lagi dah kena panggil dengan nama tu.
Malas kan nak menjawab, bila ada yang tanya 'awak ni generasi ke berapa dapat title Melayu?'huh. Malas tul aku nak mengira ni. Semput aku bila ada je dok bertanya aku isu aku ni kacukan ke hape. sebab tak tau nak jawab apa. Bagi aku, aku ni dah muka melayu, kulit melayu. Yeah maybe mata je la sepet sikit kan. Aku tak rasa aku berbeza sangat gan Melayu. Tapi bagi orang kat sekeliling aku, diorang tengok aku ni macam aku ni very obvious aku ni cina. Ada yang siap kata aku ni muallaf. sengal otak kejap aku ni.
Dulu masa kecik, masa zaman aku tak pakai tudung. Budak Melayu tak nak kawan dengan aku sebab takut aku ni budak cina. Nak buat macam mana, bila dah tinggal dalam komuniti Melayu kan. Pendedahan dengan bangsa lain kurang.
I wonder...macam mana pengalaman cousins aku yang lain bila ada yang soal isu ni kat depa. Mungkin mereka lebih jelas pasal keturunan sebab tinggal dekat dengan nenek aku. Teringat cousin aku yang sorang ni, yang muka dia, yang aku anggap memang cina betul. Apa pengalaman dia ya? Macam mana orang greet dia kalau dia tak pakai tanda nama atau orang tak nampak tanda nama dia?(pakai name tag sebab dia keja government tapi bukan cikgu) Sebab dia lelaki, so tak pakai tudung( selalu orang assume yang pakai tudung gerenti melayu) . Cause bagi aku, muka aku dengan cousins aku yang lain boleh aku kata melayu di mata aku, walaupun orang luar kata kami ini cina. Tapi bagi mata aku, cousin aku yang ni sorang memang outstanding muka cina dia tu. Mesti lagi banyak pengalaman cam aku.

Saturday, March 19, 2011

SUPERMOON TONIGHT!!!GET OUT AND ENJOOY THE MOON TONIGHT!


Okay, I know that you all know that tonight we have supermoon(19 March 2011). I heard the news on the radio told about supermoon predictions have the odious distinction of coinciding with various catastrophes in Japan but if you read the article below, it is actually not the prediction for tsunami in Japan. So, go out and enjoy the ray of moon shining in it brightest and biggest shape. I already watched and enjoyed the view just a couple of minutes ago before I wrote this entry. Bulan penuh yang terang dikelilingi awan. Terang sangat, membuat awan sekeliling dia menonjol, err terang jugak gamaknya (make the cloud around it looked really beautiful). Saja post secepat mungkin, I want to share this feeling and the information with you.
Err, actually I think I have seen another biggest moon before, bigger than the supermoon tonight. But not as bright as this. But unfortunately I don't have a great RM2+++ nikon camera to capture this great view.huhuhu. Coz that when I watched the moon with my oldest brother just now, I questioned and argued about the size of supermoon. I agreed when it come to it brightest but not for the size. Or do I need to wait for a while and go out and check again if the moon become bigger than before since it also has to count my coordination on earth. hehehe. But still I think I have seen other biggest moon time. whatever(apa-apa je lah). So go out and help me conduct this observation about the moon size or if you don't agree about it brightness you can tell me too.
Most time we heard the term of 'bulan sakit/ sick moon' which is the term apply for when the moon turn really bright yellow. Dulu masa kat UKM aku selalu balik malam, so I would enjoy the view. Hah don't misunderstand lak, aku balik malam dari discussion kat bilik member or from library. Aku suka tengok bulan. Bintang kurang nampak sebab aku lalu area yang ada lampu jalan.
Hehehe tetiba aku rasa aku nak guna BI, dah lama tinggal rasa cam dah berkarat giler dah. (long time did not use english, i think it already mudded with time.

This is the article I have read:
Supermoon from abcnews

When you step outside tonight, don't forget to take a good look up at the sky.

Assuming clouds don't get in the way, you'll get to gaze at the biggest full moon in nearly two decades.

During what some skywatchers are calling the "supermoon," the moon won't just be at its closest approach to Earth in its elliptical orbit, it will be closer than it has been in 18 years.

"It's going to be big and really bright," said NASA astronomer Dave Williams. "It should be noticeably brighter than a normal full moon."

Full moons come in different sizes because of the elliptical shape of the moon's orbit -- one side of the ellipse is about 31,000 miles closer to Earth than the other. When the moon is closest to Earth (at its perigee), it is 14 percent larger and 30 percent brighter than when it's farthest from the planet (at its apogee).

For weeks, the rare full moon has sparked interest online, with astrologers and amateur astronomers speculating that the "supermoon" could lead to unusual weather. After Japan's earthquake, some even wondered if the supermoon contributed to the event.

'Supermoon' Not Connected to Earthquakes, Natural Disasters, Scientists Say

In a post earlier this month, Accuweather blogger Mark Paquette said the phrase "supermoon" originated on the website of astrologer Richard Nolle and spread to astronomers online.

According to Nolle's definition, a new or full moon at 90 percent or more of its perigee (or closest approach to Earth) qualifies as a "supermoon." Tonight's full moon won't just be a supermoon but an extreme supermoon, he said, because the moon will be almost precisely at its closest distance to Earth.

According to "new age" forecasts, he said, the supermoon brings strong earthquakes, storms or unusual climate patterns.

"There were supermoons in 1955, 1974, 1992 and 2005," Paquette wrote. "These years had their share of extreme weather and other natural events. Is the Super Moon and these natural occurrences a coincidence?

But scientists emphasize that there is no connection between the moon's position and extreme weather or natural disasters (like Japan's earthquake) here on Earth.

"There's nothing really special about this," NASA's Williams told ABCNews.com.

Wednesday, March 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY SHARIFAH NOORKHALIDA!!


Hari ni birthday my best friend; SHARIFAH NOORKHALIDA. 16 MAC 2011.
So kat sini aku nak nyanyi...sharifah, ko baca ye aku nyanyi ni..hehehe
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan Sharifah Noorkhalida....

Allah selamatkan kamu....

Sekian....
Aku doakan sahabatku ini semoga sentiasa mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga Sharifah dimurahkan rezeki, dipanjangkan usianya, sentiasa bahagia, mendapat jodoh yang baik...dan cepat, tabah dalam mengharungi kehidupan ini...amin...

Semalam, start pukul 10.30p.m aku start bergayut kat phone dengan kawan aku ni, banyak kisah nak cerita. Rindu sangat kat kawan aku ni. Ye la,masing-masing dah bawak haluan sendiri. Dia kat Melaka, aku kat Kelantan. Nak jumpa dah payah dah. Aku and Sharifah dok update cerita. Cerita tentang kengkawan yang sama u dulu. Asma dah nak kawin bulan 6 nanti. Mell pun dah nak kawin bulan 10 nanti. Banyak kisah kan...Aisyah lagi la lucu, langsung tak dengar cerita yang dia pregnant, tetiba je msg sharifah kata dah beranak. Lepas tu dok cerita pasal tempat keja masing-masing. Cerita gak pasal my first home scheme. Sementara aku nak nanti pukul 12 malam. Aku nak jadi orang pertama wish birthday kat dia. Bergayut sampai line putus sebab bateri handphone habis..huhuhu. Terpaksa charge, and call balik dia. And of course aku yang jadi orang pertama wish kat dia kan. Coz suma ahli rumah dia pun dah tido. habis bergayut kul 12.20. so korang kira sendiri la berapa lama aku dok bergayut tu kan. hahaha..tu pun rasa banyak lagi cerita nak cerita kat dia. huhuhu.
Ingat zaman belajar dulu...4tahun dengan dia,erin,ochin, kitaorang satu course. Sejak dari ukm..pastu sama-sama sambung lagi lepas berpisah setahun. Dah masuk 6tahun dah kenal. Aku paling rapat dengan dia lah.
Zaman kat ukm dulu, zaman takdak duit...sambut birthday dengan bagi hadiah and belanja makan benjo special yang jual kat kolej keris mas. tak pun belanja KFC. Zaman takdak duit. Those were the day....

Friday, March 11, 2011

Kenapa gan penulisan2u ni ye?

i got problem lah. apasal ye, aku takleh tengok senarai kat p2u tu? bila tekan je, dia kata no result. Apa tah ni. P2U ada renovate webpage dia ke? sampai aku tak leh nak tengok senarai terbaru. Senarai memang la ada tapi senarai yang dah 3hari lepas.huhuhu. Aku rasa ni bukan problem laptop aku. sebab page dia kuar je, just senarai kat ruang tengah tu takdak.

Wednesday, March 9, 2011

'Mati sebelum ajal' or 'berpantang maut sebelum ajal' boleh pakai ke ayat ni? nak tahu, sila baca...

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

BICARA AGAMA

Apabila maut datang menjemput

DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda.

Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi.

Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya: "Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandang ku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman: "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut".

Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negeri India, sesungguhnya aku berfirasat buruk".

"Apakah engkau akan lari dari takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahwa engkau akan mengkabulkan permintaanku," kata sahabat Nabi Sulaiman itu.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang diinginkan.

Selang beberapa saat malaikat maut datang, Nabi Sulaiman bertanya: "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandang dia seperti itu?"

Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya kerana tercatat didaftar kematian bahawa dia akan mati di sebuah negeri di India. Aku hairan, bagaimana dia dapat pergi ke sana sedangkan dia ada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan aku lihat dia datang kepada aku dan aku cabut nyawanya".

Kisah di atas mengingatkan kepada kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang masa perjanjiannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa perjanjian itu berakhir maka tiada sesiapa pun dapat melarikan diri daripada maut.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34)

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan, Dan apabila (sampai ajal seseorang) datanglah 'sakaratul maut' dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. (Qaf: 19)

Kita berjumpa doktor apabila sakit menimpa, kita makan apabila datang rasa lapar dan minum apabila haus, tetapi apabila kematian datang menjemput tiada tempat yang boleh kita lari atau meminta pertolongan.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh...(an-Nisaa': 78)

Sebab itu, mari kita hayati dan renungkan pesan Rasulullah SAW agar kita tidak mensia-siakan peluang hidup yang diberi oleh Allah kepada kita semasa di dunia ini.

Janganlah kita dilalaikan oleh urusan dunia sehingga lupa membuat persiapan bekalan untuk mengadap Allah SWT.

Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Justeru, janganlah kita bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

Beribadatlah, dan perbanyakkanlah ibadat sunat di samping ibadat fardu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan.

Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.

Atau kita boleh sahaja berzikir sambil memandu ke tempat kerja terutama sewaktu kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di bandar utama khasnya Kuala Lumpur.

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.


My Compliment for First Home Scheme(Skim Rumah Pertamaku)

nice house kan, but aku bukan nak rumah yang ada patung segala tu. Saja je amik pic ni.

Pagi tadi masa on the way to my office, aku dengar la fly.fm. (FM107.40-Kelantan) Pagi-pagi aku suka nanti berita, ye la nak harap aku baca paper pepagi buta cam ni, paper pun aku belum jumpa lagi. Tetiba ada pengumuman kat berita pasal 'Skim Rumah Pertamaku'. Rasa macam mimpi je bila dengar. Aku memang tengah dok terfikir mana nak buat pinjaman. Nak harap loan kerajaan, memang aku tak dapat lagi lah nak buat cause aku pun belum confirm jawatan lagi. huhuhu. kan best kalau dapat loan kerajaan, sikit bayar interest dia. Skim ni untuk orang yang pendapatan RM3000/RM3k kebawah (aku la tu hehehe), umur bawah 35tahun(pun aku jugak). Aku pun nak ada rumah sendiri jugak even still muda( muda lagi ke? ye la kan umur aku baru berapa?25tahun belum pun jejak 26), nak wat rumah sewa hehehe. Ada side income yang terjamin ni, pelaburan aku untuk hidup la.*update=still nak orang yang dah 6bulan bekerja.
Ni link cerita dia - my first home scheme
skim rumah pertamaku
So back to our story, 'My first house launched by government'. Boleh pinjam antara RM100 000-200 000(100k-200k). Kerajaan dah mintak pihak bank untuk merendahkan interest rate(faedah pinjaman). Bagus la, aku dok survey interest rate paling rendah antara semua bank, tapi tu la bila rate rendah pun, ada syarat lain jugak contohnya dah bekerja dengan government selama 6bulan. Aku baru je cukup 6bulan, bulan ni(mac). Satu lagi masalah bila nak cari penjamin, sapa nak menjamin nih. Adus tension tul la nak cari penjamin segala ni. Really wish ada orang dapat tolong jamin.
Hope this government plan gonna ease my problem a bit. At least, biar la syarat dia tak perlu penjamin. Hehehehe hope so...
Kenapa aku kalut nak cari rumah even aku now dok dengan parents aku? Aku dapat offer orang jual rumah murah area rumah aku tu, bayangkan rumah area rumah aku tu dah jejak RM130k-160k, and this uncle nak jual rumah tu RM95k je! korang rasa patut ke aku tolak? Memang tak patut la kan. Apasal lak dia jual murah? Well, dia dah sakit and all of his family ada kat KL, so sapa nak urus dia kat sini kalau dia dok kat sini. Jadi dia ambil keputusan nak jual je rumah tu. Alhamdulillah aku dapat cop dulu rumah tu.
Sapa-sapa pun akan pikir 2x nak jadi penjamin, bayangkan kalau korang jamin orang tu, pastu orang tu tak nak bayar pinjaman dia. Si penjamin ni la yang kena tanggung pinjaman orang tu. Malang la nasib penjamin tu. Tu la dilema penjamin dan problem/ masalah paling besar untuk menjamin. Kena fikir risiko untuk menjamin orang even orang yang dijamin adalah bestfriend korang. Coz aku ada la dengar cerita dari my aunt, colleague dia(Mr. A) punya nasib macam tu lah. Mr. A jamin bestfriend dia, bila kawan Mr. A ni kena buang kerja, Mr. A ni la yang kena bayar pinjaman kawan dia. Mr. A ni kerja dengan government. Kesian Mr. A ni kan kena tanggung biawak hidup.Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama
Kenapa aku letak pic pelancaran ni? Ok sebab aku kagum dengan 2 orang wanita yang dikelilingi oleh lelaki-lelaki tu. Hebat! And memang selama ni aku kagum dengan Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz tu, hail to her! Dia mampu berdiri di kalangan lelaki dan dikenali oleh dunia coz dia bijak bab ekonomi and pernah dapat pengiktirafan oleh badan kewangan dunia. Kalau boleh aku nak jadi sebagus dia.(**,)boleh ke? there is a long way to go...

Saturday, March 5, 2011

Kenangan bulan Maulidur Rasul (Rabiul Awwal)


Dah tamat bulan Rabiul Awwal yang meriah. Bulan kelahiran junjungan Muhammad s.a.w. Tadi kenduri macam kira kenduri penutup lah kat rumah jiran aku. Meriahkan bulan ni, mesti korang pun banyak dapat jemputan maulidur rasul ni. Kat area rumah aku ni asal hujung minggu je gerenti ada jemputan maulidur rasul, kekadang tu sehari sampai 2 atau 3 jemputan. Kalau hari kerja je yang jarang ada, ye la yang jadi tukang masak pun ada yang jenis bekerja jugak. Tapi yang penting bulan maulidurrasul ni memang la meriah sangat.
Ingat lagi zaman sekolah dulu, kalau kat sekolah sambut maulidurrasul, hari tu semua bergaya dengan baju melayu dan baju kurung. Kat sekolah gerenti ada majlis maulidur rasul (acara makan-makan). Mula-mula sampai sekolah pagi hari acara bacaan yassin dulu lepas tu solat hajat, acara makan-makan. Kemudian acara selawat dan diikuti pertandingan nasyid. Yang berlakon pun ada. Meriah sangat kalau buat sambutan kat sekolah. Sehari suntuk tak payah nak belajar, jadi budak memang happy.
Yang pasti setiap kali sambutan, jemputan maulidurrasul gerenti ada bunga rampai. Kalau masa sekolah dulu cikgu suruh pelajar buat bunga rampai dan bawak ke sekolah. Aku pun sibuk la mencari kat belakang rumah daun pandan, bunga kertas( ambik rumah kawan, memandangkan rumah aku takdak bunga), kengkawan yang lain pakai bunga rose lagi. Pastu cari minyak wangi (selalunya aku terkam minyak atar). Memang wangi. Bab hiris daun pandan halus-halus memang best, ye la esok kat sekolah boleh bertanding gan kawan sapa potong lagi halus dan cantik. Aku suka tengok bunga rampai, warnanya cantik; warna hijau pandan gabung dengan warna putih atau merah atau kedua-duanya.
Kat sekolah nanti cikgu kelas akan gabungkan dalam mangkuk. Masa selawat tu main cubit sikit sorang, tapi selalu ambil banyak la kan, letak atas tisu. Hehehe wat letak dalam almari baju...
Rindu zaman sekolah dulu...