Beza kawan baik dengan kawan rapat atau pun beza best friend dengan close friend
aku suka picture ni!suka bila tengok 4sekawan ni buat gaya cengini, Sharifah gelak penuh gembira cengitu and Didi pakai flower yang dia petik kat taman ni..hehehe. |
Baru lepas baca 'sukarnya membeli hati' kat blog Naniey. Bila baca tu,
terus teringat susunan best friends aku yang panjang berjela. berjela ke? kalau gabung dengan close friends, memang berjela hehehe.
Ada yang dah berkahwin dan ada yang masih bujang.
gambar fav aku, rindu dengan kenangan-suka tengok wajah happy kengkawan aku ni |
Kawan-kawan ni la yang mewarnai kehidupan aku. dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.
Sekarang?
Sekarang dah lain, bila dah kerja, payah nak cari kawan yang boleh jadi best friend. Aku jadi lebih berhati-hati, risau takut aku ada sakitkan hati orang sekeliling so sampai sekarang, aku cuma boleh rindu kengkawan zaman belajar dulu. Sekarang macam payah sebab umur berbeza sangat dengan colleague aku, cara hidup lagi la berbeza, jadi mereka cuma jadi kawan bila aku happy, nak mengadu lebih-lebih memang tak mungkin, cuma geng bila gelak, time susah, aku g cari best n close friends lah nak mengadu.
Korang yang baca blog ni n suka bagi komen dah kira close friend dah, sebab sudi dengar luahan perasaan aku ni.huhuhu sedih bila suma yang kita rapat dah tinggal jauh-jauh. Nak mengadu lebih-lebih, kat sini je lah.
Cemburu or jealous benda maksud sama kan. Cemburu antara kengkawan? Isu tu yang timbul kat blog naniey tadi. Kawannya yang cemburu bila dia habiskan masa dengan kawan yang lain.
yong n bestfriend, sharifah |
Dulu masa aku belajar kat universiti, my real wonderful best friend Sharifah la. Kalau kemana-mana atau bercerita apa-apa aku lagi suka dengan dia sebab dia pendengar yang baik. Aku suka cari dia, jadi tempat mengadu aku. Bila dia keluar dengan member satu hostel dia, alhamdulillah aku tak cemburu pun, sebab aku pun melepak dengan orang lain jugak. Dan suma kawan rapat dia yang kat hostel tu, aku buat jadi kawan aku jugak, so aku lepak jugak dengan kekawan dia tu bila ada masa. Aku jenis flexible jugak bab berkawan.
Dan memang aku iktiraf dia sebagai best friend aku. Aku sebenarnya amat payah nak iktiraf orang jadi best friends ni, memang lucky kalau aku iktiraf jawatan tertinggi, teristimewa dan termahal dihati aku ni. hehehe. Sepanjang usia aku ni, aku ada 9 orang best friends je, tapi kalau kawan rapat tu ada ramai lah.
Apa beza best friend gan kawan rapat?
Bagi aku, kalau ada masalah(nak bercerita or meluah perasaan or meminta bantuan) aku akan ingat senarai best friends dulu sebelum aku cari kawan rapat. Kalau best friends aku memang amat selalu ingat - yang paling top aku ingat memang la sharifah.
Annie the Nurse and yong masa wedding dia, best friend sejak sekolah form 1 |
masa kat UKM gan ida kat tasik KEJUT(kejuruteraan) |
yong n shahiran di putrajaya, those were the days... |
Tapi ada je best friends yang aku dah lost contact. huhuhu memang sedih, tapi dia tetap masih best friends dihati aku. Kekadang aku rasa sedih, bila ingat yang depa dah lupakan aku sebab dah kawin. Dan aku pun tak nak la kacau orang yang dah ada teman ni kan, diorang pun mesti busy gan urusan hidup dan tanggungjawab diorang. Cuma....kalau (kalau... lah) diorang message aku, aku akan layan and kalau diorang ada masalah, InsyaAllah aku sentiasa ada untuk mereka dan cuba tolong selagi aku mampu. sebab mereka best friends aku dan kalau kawan rapat aku pun, aku tolong jugak. hehe. Sebab status kawan tu amat berharga dan bernilai kat hati aku. Mahalnya nilai hubungan persahabatan ni, jadi aku perlu jaga baik-baik.
6 comments:
agreed ai pow ramai close friends but best friend 2 org jer....mmg kawan since kat kampus lagik...kira dah 12thn kot ngeeee...rindu kat kengkwn bila tgk pics yong ni!
hehe tu la kan, dah jauh suma kengkawan. ayu takpe dah ada hubby. bg org bujang cam yong ni, memang rindu sgt gan dorang.
sedih sangat baca post ni. kak yong, can we be a close friend? :') u have such a very good heart. :)
boleh... boleh anis. kak yong pun suka kalau anis jadi kawan kak yong. Sebab sunyi jugak tanpa kawan rapat kat sisi ni.
yong...satu je komen aku,,,lawa arr baju mu pakai kat putrajaya kaler itam kelabu tu...hiksss
AL- aya!thanks hehe, baju je ke, aku tak lawa?hahaha
Post a Comment