Kelmarin baca belog Daphne Iking, ada bercerita pasal sekolah anak dia nanti. Nak hantar ke private ke public school?
Bagus ke hantar ke sekolah swasta ni?
Menurut orang sekeliling aku, private school ni memang boleh menjana
minda sebab cikgu mengambil berat pasal kecemerlangan pelajar (nama pun
sekolah berbayar, kan. Buat letih bayar, kalau prestasi sama dengan
government school).
Tapi, sapa kata government school ni tak bagus? bagus apa?
tengok!ramai kalangan orang yang berjaya sekarang ni asal dari sekolah
awam/kerajaan. Cikgu kat sekolah kerajaan pun amik berat jugak apa. kalau tak grenti kena bambu dengan pengetua. hehehe Sorry ya Sir Roslan, sebab markah BI dulu teruk! (sir aku ni la yang cakap, dia kena marah gan pengetua sebab markah students kelas aku teruk. huhuhu) Hah, cuba kalau tanya doktor ke lawyer ke engineer ke, suma pakat
kata datang dari sekolah MRSM la, Sains lah, Teknik lah,
see...see...hah, korang pulak dari sekolah mana? aku dari sekolah harian biasa saja, pun dah berjaya now.hehe, kononnya la...
Sekolah swasta, walau bagus prestasi n cikgunya, tapi bebudak sekolah swasta lebih terserlah materialnya. maksud aku, kebanyakkannya pelajar yang mula belajar di sekolah swasta dikatakan menjadi agak angkuh dan lebih suka membandingkan harta seperti kereta mewah yang menjemput mereka or handphone paling terkini atau apa saja barang yang mewah! betul ke tak? entah la, itu menurut orang la. Tak percaya? Try baca blog Daphne Iking ni yang bertarikh 17 oktober 2011 klik.
Ada orang kata(yang Iking bercerita pasal kawan dia kat blog dia), anaknya menjadi lebih angkuh dan berlagak bila dah masuk sekolah swasta, selalu je nak beli barang yang branded dan mahal. Kalau kereta yang menjemput ke sekolah pun, nak kereta mahal je. so dia hantar balik anak dia ke sekolah kerajaan, Alhamdulillah, anak dia menjadi lebih mesra dan dah tak berlagak dah, sebab bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka lebih mengerti kesusahan orang, ada simpati dan empati kat orang yang susah, lebih bersyukur dan tak membandingkan sangat material.
Tak dinafikan, yang pengaruh rakan sebaya (peer influence) memang
penting sebab ini akan mempengaruhi kelakuan kanak-kanak jugak. Kalau
kawan gan budak baik tak banyak songeh, memang anak kita pun jadi baik.
Aku percaya, tak semua pelajar swasta berlagak. Walau ada pun yang berlagak, jangan la judge suma akan jadi berlagak kan. Asal depa pandai pilih kawan, insyaAllah menjadi la dia orang yang tak menyombong.
Pastu kan, kalau government school ni, mereka akan sentiasa lebih expose kepada kegiatan ko-kurikulum/ kegiatan luar sekolah ke peringkat antarabangsa, jadi wakil sekolah ke mana-mana. Bukannya sekolah swasta takde benda ni suma, cuma kalau government school peluang lebih banyak. Sebab tak semua yang anjuran akan sampai ke pengetahuan sekolah swasta.Contohnya aku pernah wakil negeri ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Sastera dan kat situ cuma ada sekolah MRSM dan Sekolah Harian Biasa sahaja, langsung takde sekolah swasta.hehe bukan nak berlagak la, sebab team aku kalah jugak, yang menang, team Perlis! Kagum aku gan bebudak sekolah agama tu, nampak diam tapi berisi ilmu kat satu badan.
Penting sangat ke ko-kurikulum pelajar di sekolah?
Penting! sebab 10% markah untuk masuk ke universiti bergantung kepada markah ko-kurikulum ni. Terutama pelajar yang nak belajar ke oversea, or yang nak ambil medic.
Even dapat straight A's pun, markah bahagian akademik cuma 90% sahaja budak ni dapat. 10% lagi tengok ko-kurikulum depa jugak. kalau budak nak g oversea, markah yang dikehendaki bagi melayakkan mereka menerima biasiswa ialah 98%. So, grenti la markah ko-kurikulum kena dapat 8 markah paling kurang. So, bagi adik-adik yang tengah belajar tu, fikir-fikir lah, bukan kena fokus akademik semata. bab fokus pasal akademik tu, zaman kak yong je. takde main markah ko-kurikulum, hahaha. Bahagia betul aku rasa, bila tau zaman aku dulu lagi mudah.
p/s:hehe amik link Daphne Iking kat blog Ayu. Thanks Ayu!
18 comments:
bab cikgu tu mmg betul if private ni dia selalu kasi perhatian lebey kt student but for me la...sek mana pow ok janji rajin belajar...
tu la, tp kebykkan ibu bapa yg kaya raya prefer private sebab anak2 kekadang mls kot.hehe
sir roslan? kt skola sye dlu pn ade nme cikgu bi sir roslan. sy ex-maherian. skola ahmad maher sampi form3 pastu g mrsm smpi fm5. xpernah mmpi la nkg swasta.sedar diri kn.hehe...bg sy, private n govern ade pros n cntras msg2.tapi sy prefer govrmnt kot.kdg2 cikgu pn tkot nk tegur anak murid kt skola swasta. ye la, ape taknye, kasut anak murid pn sama ngn gaji sebulan cikgu. (HIPERBOLA) hehee,,
kak yong. saya tag kak yong dalam satu segment :D jom. hihi. tp da terlambat plak. :(
mungkin yang anto anak ke sekolah swasta yang nakkan privacy kot...errr kalo skolah swasta, masa rehat kena berebut2 beli makanan tak?
athirah-hehe sir roslan kak yong pya ni, itam manis, rendah sikit n kurus. sama tak?
n kak yong pun prefer gov sebab byk aktiviti n lebih luas pergaulan. mmg betul pun bebarang mereka mmg branded lah.
anis- La terlambat gak ke anis?adei la,igt dah dpt join gak.
AL-xberebut pun aya, sama je kena beratur gak aku tgk. cuma cikgu dia la lagi kena kasi bdk berjaya.hehe kononnya bebdk ni cm jadi tumpuan cikgu 24jam.dlm kelas sikit je stdnts.
Saya ingin berikan anak sek terbaik,tapi kalau nak pilih sek
swasta risau pula anak terpengaruh dng sikap material kwnnye.susah juga nak buat keputusan.
intan - tu la prob nya kan. tapi gov school pun ok je bagi saya, ramai je org ternama n pemimpin negara kita ni asal sek biasa. asal saja bebudak ni diawasi dan dilatih dengan betul oleh ibu bapa sebelum dapat masuk boarding school.
terutamanya masa sek rendah. biar bersusah selama 6tahun,kemudian bila dah masuk boarding school, ibu bapa boleh tenang saja. pantau dari jauh saja.hehe. tu gaya makcik saya. masa anak2 dia kecik,memang asyik la gesa cousins saya belajar. bila dah msk boarding school,dia npk lagi relax.
Well, private school is awesome! Tapi some of them quite berlagak. I went to Alice Smith and I'm quite typical Malay yg no drinks, no dogs, no sexy and kissing but some of Malays there do it! Education tip top but socially..hmmm I don't think so. Bercampur gaul semua tu, tak proper la utk our race and religion. Itu kelemahan private school. Dari segi agama..very low.
betul tu anon, mmg ada pro n con juga private school.seeloknya selom htr ke private ni, kena pastikan dorg dah dididik dgn ilmu agama n sentiasa diingatkan ttg kejutan budaya di sek swasta ni.so dorg blh nilai diri. that's good you know what's good or bad girl. i proud of you.
i pernah ajar sek swasta lps grad kejap, ada bdk korea pompuan panjat bangunan asrama lelaki semata2 nak mengintai bdk lelaki!adeh! sakit otak betul. n bdk ni jgk pernah dok kat area taman sek time pagi buta around 1-3pagi. selamat tak kena sampuk hantu. but, bet hantu takut dia.haha. i wonder, kenapa hantu tak pernah kacau org gila..hehe maybe hantu pun tau wat sesia je kaco org gila yg tak tau apa. but that korean girl bkn gila cuma miang terlebih.bahaya tul.haha.
salam, saya nak tanya . Pelajar sekolah swasta senang tak dapat biasiswa ? walaupun cemerlang akademik . kalau sekolah kerajaan mungkin senang . tapi sekolah swasta plak macam mana ? senang ke dapat biasiswa ? PLSSS REPLY .
ada je biasiswa tuk pelajar pintar contohnya yang petronas, setahu saya dia tak minta pun kewangan keluarga cuma pelajar mesti pandai lah. tak pun bisiswa yang bawah japan airline.
http://eputra.com/permohonan-biasiswa-pendidikan-petronas-2012/
selalunya biasiswa yg bawah swasta ni lagi untung la, cz dia cari yang pandai bukan yg miskin.
kalau biasiswa kerajaan sebenarnya untuk keluarga org pendapatan rendah n sederhana. contohnya kalau pinjaman mara memang dia minta status sosio ekonomi keluarga.
yg ni saya amik dari MARA website: pemohon mestilah daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan tahunan adalah tidak melebihi RM80,000.00.
harap dapat memuaskan hati adik
ni link yg yayasan mara punya syarat bisiswa
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/205-info-ringkas/8623-yayasan-pelajaran-mara.html
hi.saya rasa sekolah govt dulu lain dengan skrang.its hard to find a multiracial school in sekolah biasa nowdays. kalau malay ramai kat area tu, penuh je melayu kat skolah tu.bukan nak kata tak bagus, tapi better to have a balance mix.
kalau time saya dulu, we mix around and thats why we can multi language.now, hardly malay kids can speak english cuz they x speak one in school.and our edu sytem asyik bertukar.so,ramai parents decided to go to private school or int school cuz system bukan jenis exam oriented.my humble opinion.
hi anon, er i'm not sure bout that cz what i see now, different from what you said.which state you live? i dont think we dont have multiracial school in KL. lagipun bukan ke sek 'kebangsaan' means to all races. my cousin yg study kat sek keb kat area situ kwn2 mmg multiracial.bestfriend dia pun bkn melayu.
and if you ever go to perak especially ipoh or tanjong malim you can see malay and indian can speak chinese. my malay friend that has indian look can speak chinese. and other friend in johor is mix chinese-indian can speak 3 languages.
my cousins can speak chinese because their parents sent them to chinese school in kelantan.
so in conclusion, sebenarnya atas pendidikan awal anak di rumah,klo parents jenis stick to the same race akan jadi macam yg anon ckp, bdk2 akan tak bergaul gan kaum lain.lgpun gov tak blh memaksa parents to send their kids to other school. almost all parents want to send their children to the school near their house.easy for them to go back by themselves. and the gov cannot force people to buy house near the other races. it is up to us to do what best for ourselves. but most of us feel secure to stick to our race rather than others. unless we live/study oversea,until then malaysian will stick to each other and didnt care about races anymore.
and one more yg lagi surprise.ada sek jenis cina di kelantan yang mempunyai pelajar melayu yg cemerlang menjadi wakil debat bahasa cina+wakil tilawah al-quran dan ayah dia seorang ustaz. jadi amat jelas, segala-galanya bergantung kepada kesedaran ibu bapa tentang keperluan anak2.;-)
apa yang boleh kata kalau private school ni memang cikgu dia cocentrate kat pelajar dia je..and private school ni macam lemah dalam segi agama..
salam, mungkin orang lain berbeza pendapat tetapi saya sendiri skolah swasta dan skolah saya tiada yang berlagak seperti awak ckp. mungkin skolah swasta awak mentionkan tu skolah antarabangsa yang pelajarnya dari luar negara butsekolah saya smua melayu and i'm really proud of my school. mungkin skolah kerajaan mmg senang dpt biasiswa ttp kami pun tak kurang juga hmpir majoriti murid disekolah saya menggunakan biasiswa skrang ni
Post a Comment