Thursday, March 19, 2009

Mungkin kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk buat kamu dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik buat kamu

aku terbaca ayat nih, hmm ayat yang dalam buku agama:D:D:D tetiba ari nih aku penuh keagamaan, so merapu la kejap :"Mungkin kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk buat kamu dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik buat kamu."

Selalunya kita suka sesuatu yang memang jelas bakal memberi kesan buruk pada kita. Apa yang kita suka? Hmm kita (umumnya manusia) gemar melepak, tengok tv, tido, main (main la apa saja cam main online game) makan benda yang berlemak yang best-best je dalam jumlah yang banyak; nafsu le tu kan. Tapi itu la kegemaran yang best, kalau takde kawalan minda or motivation yang tinggi, memang hampeh la kita jadinya.

Apa yang kita tak suka? (aku:D:D:D)Hmm... kena suruh buat keja yang bertimbun, cuci toilet, basuh kereta, basuh baju pakai tangan, tulis report, kena bangun pukul 5 pagi, iron baju, cari kerja baru, buat kerja sekolah, baca buku sekolah (anak murid aku tulis camni).

Apa yang menjadi motivation kita untuk buat kerja nih semua?

Cari kerja baru = takkan nak gaji sikit je dah la nak bayar PTPTN, nak isi minyak kereta, nak beli barang dapur, nak bagi mak bapak, bil telepon lagi, bermacam-macam lagi lah.

Basuh kereta = makaih kotornye kereta??!@#$R% apa punya pompuan la, nampak sangat pemalasnya; so nak tunjuk yang aku nih perempuan rajin + mak membebel + jaga imej la sikit depan students, takkan nak tunjuk yang kita nih cam dok dalam bendang padi lak (ulang sekali lagi dok DALAM bendang padi), aku pun basuh la kereta. Tapi, alamak hujan lagi..minggu nih asyik hujan je, abis le kereta aku kotor lagi la nampaknye...

Basuh baju = kena la rajin basuh baju pakai tangan, karang kalau sumbat segala baju dalam mesin basuh alamatnye habis le rosak baju tuh. Karang ada la yang tercabut manik la, benang tertarik le, ada kain yang turun warna la. Isyk manja betul la kain nih.

Cuci toilet = abis nak biaq toilet tu berkulat ke? Reti pakai reti la sental kan..kan...alos jangan nak perasan ada orang gaji le, hang tu miskin ja. Lagipun nih tuk melatih hang daripada menjadi sombong or bangga diri tak bertempat, dapat la hang rasa bertapa susahnya tukang cuci toilet yang terpaksa cuci toilet sampai 10kali sehari tu. Bertapa susahnya depa nak cari makan. So, sental jangan tak sental. Titisan keringat yang mengalir untuk mencari sesuap rezeki bagi pencuci toilet dan bagi kita, ia seolah-olah menyental perasaan sombong bongkak, bangga diri tak bertempat, hilangkan rasa ’aku nih insan malang’ sedangkan masih ramai lagi insan malang. Kalau hang rasa diri hang dah jadi sombong, tolong la ajar diri hang tuk cuci toilet, katakan ’ha amik hng, nak jadi sombong sangat? Cuci toilet nih sampai bersih sebagai denda kepada hang yang berlagak!’

Tulis report, kena study = weh hang cari makan cara nih, so hang kena la study and jadi rajin. Takkan nak makan gaji buta. Kalau hang jadi bos, hang nak amik tak orang yang malas sebagai pekerja hang? (letakkan anda ditempat bos anda or ibubapa kepada pelajar yang kita kena ajar)

Tuk students yang kena buat kerja sekolah and belajar = (’nanti besar awak nak jadi apa?’ ’saya nak jadi pilot’ ’saya nak jadi businessmen’ ’saya nak jadi doktor’) bagus semua ada cita-cita yang tinggi... tapi study hampeh, malas nak mampus. Hang nak jadi pilot, nak hantar orang masuk kubur ka? Study malas, tak pandai, nih kan pulak nak pandu kapal terbang, kang hang bawak masuk dalam air, yang sepatutnya jadi pemandu kapal terbang dah tukar pemandu kapal terbang dalam air. Mati suma orang, (ingat tangungjawab kita!!!), yang nak jadi doktor, kalo hangpa malas study karang hospital tempat hangpa kerja, menjadi hospital yang paling tinggi ranking kematian sebab hang salah bagi ubat (malas la lagi!). business lom bukak, tapi duit dah abis suma!! Hancus gak nih! Sebab tu la kena rajin belajar, kalau setakat berangan tak sudah, memang takkan sudah le.

Reason tuk tolak benda yang best-best yang boleh merosakkan diri kita:

Makan tak hingat dunia = ha makan la, makan bebanyak, kalau gemuk nanti padan muka, baru le letih kalau nak bergerak:P:P:P

Tido = tido bebanyak1@#$% ingat hang tu baby lagi ke apa? Nak kasi otak hang berkarat? Kalau rasa hang dah malas nak hidup, tido le pepuas, tak pun mati je terus. jadikan alasan tuk tidak tidur berlebihan: nanti otak manusia nih lembap lak kalau tido banyak.

Main game = main game je memanjang, kalau main tu boleh jadi pandai dalam suma subjek takpe la, nih main setakat menang sorak depan pc je, hampeh! Buang masa je la.. pegi la main bola ke, riadah gan kengkawan boleh gak sosial sikit, tahu isu semasa.

Hmm segalanya yang berlaku ada reason dia. So create our own reason to be a workaholic person!

3 comments:

Si Gadis Yang Mahu Petik Bintang Itu said...

perghhh
macam tekena kat batang gigi sendiri je...huhuhu

NURUL AINI BAKAR said...

Terasa macam kena letiaq je baca hang nye posting ni. Bagus3! Terkesan aku. Baikkkk makkkk cikkk... aku pi buat keje sekarang juga! :P

Yong said...

hehehe aku berleter kat diri sdiri 2. tp bgs gak,blh gerakkan hangpa suma gak.hehehe