Bit busy lately. Ha sebenarnya ada satu lagi berita gembira tuk aku. Alhamdulillah, aku happy sangat, happy berganda bila hari khamis 18hb June 2009 (tarikh penuh tuu) aku check result DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) and aku dapat!!!!
DPLI aku dapat kat UPSI. Termasuk dengan aku, 5 orang la budak Literature in English dapat DPLI dan yang paling bestnya dapat tempat yang sama pulak tu. Lima orang ni ialah, Erin, Diana, Kumutha, Shery and aku la kan.
Jom kita flashback hari aku dapat tahu keputusan DPLI... ceritanya begini.
Petang khamis tu aku balik awal jugak la daripada masa dok mengajar kat sekolah swasta. Kul 2.30 dah sampai rumah, ye la kan rumah aku dengan sekolah 10 minit je pun.
Takde benda nak buat so aku pun baca novel. Novel apa aku baca? Apa lagi kalo aku tak mengkhatam sekali lagi novel Eclipse (Twilight saga) aku tak tau berapa ratus kali dah aku dok belek buku ni. Sebenarnya sebelum tu aku dok cari novel melayu aku tajuk dia ’hati yang luka’ er aku rasa dah betul la kot tajuk ni. Tapi aku ingat la cover dia. Cerita pasal seorang girl yang kena tangkap basah gan anak orang kaya. Ditinggalkan suami masa mengandung. Dia ada darah beku kat otak ke apa tah yang berkaitan dengan otak lupa lak. So dia terima balik bila laki dia nak balik pada dia. Laaaaaaaa aku melalut la pulak. Ok sambung kisah aku... dalam kul 5.30 petang aku dapat sms dari Diana, dia cakap dia dengan Kumutha dapat UPSI tuk DPLI. Aku pun apa lagi masa tu dah nak meloncat ke bilik air nak mandi terus tak jadi, aku on laptop aku. Terus aku check aku punya result pulak.
Alhamudulillah aku dapat!!!!!!!!
Terlompat-lompat aku. Pastu aku check tuk Erin and Shery since diorang dah mintak aku tolong check kan tuk depa ni.( aku dulu la yang tahu kan hehehe). Diorang pun dapat!!!! Excited dah aku, mula terbayang-bayang agenda nak buat kat sana. Apa lagi kalo tak MEREMPIT!!!!!!!!!!!!!!! Dah lama dah tak buat keja nih, ye la kat rumah aku ni, ayah and mak aku memang tak galakkan aku naik motor dah. Bukan tak galakkan tapi halang. Cuma aku je kepala batu sikit, banyak alasan. Nak tak nak dorang kena bagi jugak. :D:D:D aku wat alasan depan Kubang Kerian tu jammed (memang jammed pun) bila waktu balik pejabat dan budak sekolah petang berderu keluar, tahu-tahu la HUSM tu memang ramai rakyat jelatanya, bertambah dengan SMKKK 1 yang memang ramai penduduknya bertambah haru la jalan. Naik motor mudah sikit aku nak menyelit.
Ok back to the story kita tadi. Aku try contact dua makhluk ni, tapi tak la jugak dapatnye. Tensen aku, aku call Diana cakap aku pun dapat! Meloncat, time tu jugak aku gan diana dah rancang nak wat itu ini. Hahaha. Hope tak la busy pada hari minggu sepanjang belajar balik ni. Huhuhu coz aku dengar DPLI pun banyak kerja nak buat. Nak tahu pukul berapa aku dapat call diorang ni balik? Pukul 8 malam. Lama betul, tu baru call Erin, si Shery my bestfriend pulak kul 9.30. aku habis call dah, siap try call mak dia (yang orang cina angkat, baru aku ingat yang handphone dorang ari tu kena ragut). Shery nak discuss dengan mak dia dulu coz semua persiapan tuk KPLI dia dah sediakan. Huhuhu laju giler minah ni. Aku, baca pun belum. Tapi aku tahu grenti dia amik DPLI. Cammana aku tahu? Hmm aku kan jenis kaki bodek + her best bestfriend + of course aku tahu kelemahan dia= hahaha kacang ja ituuuu...
Cara penyelesaian : cakap je yang kemungkinan DPLI ni posting kat bahagian semenanjung (dia tak nak berpisah dengan mak dia) + Hehehe, letakkan sedikit bukti tentang budak DPLI yang dah mengajar sekarang kat negeri masing-masing +Tak perlu pergi KL yang kos hidup tinggi coz shery dapat KPLI dekat KL lagipun tempat tu lagi jauh dari penang (rumah dia) jika bandingkan dengan UPSI + aku ada + kengkawan yang lain pun dapat UPSI jugak boleh meriahkan suasana (reunion awal lak kitaorang ni)= memang berjaya la kan. Pandai aku bodek.
*banyak jugak aku melalut..
3 comments:
sELAMATlAH KoRAng mEnJadi wARga TaNJuNG mALim tu Ye... HeHE PepUn SelAmAt StudY KeMbAli Yong...
thanks:D:D:D
tp xdpt nak dgr lecture hng la, lom blk. hmm dok pk klo hng blk ngajar awal kat upsi, nak menyusup masuk jap :D:D:D nak dgr miss aini bg lec :D:D:D
ah a..dapat masuk DPLI kat UPSI..yey!..selamat la jadi warga UPSI..Aini...kalo kita ada kat sana..leh le buli Yong ni kan kan kan hihihihihi
Post a Comment