Sunday, June 14, 2009
Rindu kat zaman kekanak ribena dulu...
Baca komen Aini and Kaseh. Buat aku terkenangkan zaman aku dulu kala. Hmm betul kata diorang, tajuk ’budak2 zaman 80-an mesti ingat masa sekolah rendah dulu...’ boleh mengenang kembali zaman yang dah berlalu.
Ye la sekarang ni, kita dah besar panjang. Banyak tanggungjawab nak kena pikul. Letihnye rasa. Kena pikir hal kerja, rumah, duit oh duit, apa plan seterusnya bla bla and bla. Masalah sentiasa ada, tak pernah kering. Masalah dan pengalaman yang mengajar aku dan kita amnya untuk menjadi lebih kuat dan tabah.
Tapi bila terkenang kembali zaman muda-muda (bunyi cam dah tua beno dah aku nih) semuanya happy je, masalah kecik, sesuai la dengan otak dan tubuh fizikal yang kecik kan.
Dulu masa kecik, kita tak perlu pikir susah nak cari duit. Tahu main je memanjang, tak pun pergi sekolah. Masalah just timbul kalo tak buat kerja rumah atau fail exam, dapat nombor agak terkebelakang.
Apa yang selalu aku main? Aku suka main masak-masak, mak aku beli permainan ni tuk aku, ada doll dengan bear. Habis la segala tanah, daun and batu jadi mangsa aku and the geng. Kekononye memasak la
Kalo tido pulak mana nak ingat dunia dah, hujung minggu memang best cz tak sekolah. Bangun pun bila adik and abang aku jerit ’kak yong!!!! Dragonball dah start!!!!!!’ ha time nih automatik mata aku terbuka luas and aku meloncat keluar tercongok depan tv dengan air liur basi and taik mata melekat lagi kat mata. Hahaha. Aktiviti akan disambung hingga la abis Kelab Disney
Malam-malam pulak, terutama sekali bila malam minggu, ayah aku pasang lampu court badminton depan rumah aku ( court yang dibina oleh orang kampung, rumah aku yang sponsor elektrik cz rumah yang paling dekat dengan court tu). Lagi la meriah, lepas isyak dalam pukul 9.30 malam start main badminton sampai pukul 12 malam. Abang-abang aku and kwngkawan dia kekadang main sampai kul 1 pagi. Memang aktiviti yang sihat lah. Dulu mana ada masalah rempit ke rokok ke lepak malam kat kedai ke. Tapi sekarang, suma dah besar panjang, abang-abang yang main sesama dulu dah siap ada anak dah. Hahaha. Hmm rindunya....
Bila hujan lak, padang depan rumah jadi mangsa kitaorang main, wat gaya cam pemain bola yang mengelongsor atas padang and berenang. Tak pun main kejar-kejar tak kira dah dengan bunyi guruh.
Balik sekolah, ayah aku bawak aku pergi library kat kota bharu (perpustakaan awam kelantan) aku lepak sampai ayah aku abis keja kul 4 petang. Aku memang kaki buku. Pengunjung setia library tu sejak umur aku 8tahun, seminggu dua kali aku pegi tak pun tiga kali. Buku fav aku siri Irwan Kris kisah pasal saintis, aku dulu cita-cita nak jadi saintis. Pastu penyiasat cam Siri hadi, Salma, Tiga penyiasat, 5sekawan, pastu siri 1001,er lupa la apa siri tu sebenarnya Kenari ke apa tah.
Best kan zaman aku kecik-kecik dulu, semuanya happy je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahaha~ best best...
tp ada benda yg Yong buat aku x penah buat. ade sikit x samelah...
dulu Kaseh x suke main masak2. kaseh lg suka main polis entry, main sorok-sorok, kejar-kejar, pastu pegi kembara dlm kebun dgn kawan2... tp yg paling best sekali main power rangers. kitorang ber-5 panjat pokok jambu yg banyak cabang(kira pokok tu jd robot power rangers kitoranglah. hahaha~ sonok~! pastu abg aku jd rasakse. kitorg mainla lawan2. huhuhu~ kadang b'perang kat bilik(bile kalah, aku nangis). bilik jadi huru hara, pastu kene bising dgn mak. hohoho~
wah byk lg ni kenangan tym kecik yg best. bleh jadi 1 entry plak klu komen kat sini pjg2. huhuhu~
hehehe wat le entry pasal zaman kecik dlu,blh kongsi gan bebdk zaman skg blh tau btapa bestnya zaman kekanak kita dulu. ye la dorg just tau main komp,ps2,hp je. mana main dah permainan kita dlu kala.
Post a Comment