panjangkanlah umur sahabatku, Ya Allah....
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin, jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.
Ya Allah, kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat.
Kerana kau sahabatku....
No comments:
Post a Comment