Wednesday, April 27, 2011

Habiskan weekend d' Taman Negara Kuala Koh

Weekend at National Park, Kuala Koh Gua Musang, Kelantan.
Aku habiskan masa 3days 2 nights here. 20hb April 2011-22bh April 2011
Pegi 2 buah keta:- kereta geng aku(pompuan) dan geng lelaki 1 kereta.

ok kat belakang aku ni pokok tualang yang berusia lebih 100 tahun dah, besar dia dalam 5 pemeluk jugak la. Kagum aku kat orang asli yang panjat pokok ni tanpa buat sebarang takik or tempat pemijak untuk memanjat. Dah la tu, pokok ni tinggi dan besar giler. Diaorang panjat untuk buat jambatan gantung ni lah. ada 5 perhentian semuanya. Jambatan gantung ni ambil masa almost 1 year to finish the job. Pokok tualang adalah pokok terbesar yang digunakan untuk buat jambatan gantung ni.


buai...buai...buaiku laju...(lagu bawang putih, bawang merah: cerita P.Ramlee) Siap ada buai lagi tu...hehehe merasa aku naik swing yang menggunakan pokok. tapi tak leh nak swing laju-laju sebab nanti terlanggar dengan pokok kat belakang aku tu.


Gambar sebelah ni masa jungle tracking selama 1 jam kot. dah lupa lah. mengah jugak bila kena panjat bukit nih. Siap kena kissed gan leeches lagi 2 ekor tu. but, aku ni jenis cool semendang. setakat pacat je pun. Siap terserempak gan ular lagi. Tapi ok je la, selagi tak kacau snake tu, dia takkan kacau kita lah.

posing atas jambatan gantung...
Cantik pemandangan dari atas ni. Alhamdulillah...aku langsung tak gayat, sebab ada tempat berpegang hehehe.
Acu letak aku kat longkang besar yang memang takde tempat nak pegang, cuma ada titi kayu je... grenti aku sanggup lalu jalan jauh lah. tak pun terbongkok-bongkok, terketar-ketar nak jalan atas titi kayu yang kecik.


bamboo trees belakang aku tu. Saja aku heret aku punya colleagues ni bergambar kat bamboo trees tu. Sebab rindu nak tengok bamboo trees ni. Kat area rumah aku dulu ada jugak 2 rumpun belakang rumah, tapi dah kena tebang dan bakar. Padahal memang cantik je kan ada bamboo trees ni.
Tapi dulu aku taku ooo nak lalu pagi-pagi area pokok buluh ni. Orang kata ada hantu kat pokok buluh tu. Ada kawan aku cakap, adik dia yang masa tu umur 2tahun cakap 'tu ada hantu' masa tu dia bawak adik dia lalu area belakang rumah kitaorang, waktu senja(twilight). dah la time tu nak hujan..berangin..kawan aku ni toleh tempat adik dia tunjuk tanpa sengaja...dia nampak perempuan pakai jubah hitam kendong kain hitam macam pegang bayi berlari kat pokok buluh tu...seram aku pastu.


Aku nak ambil pic kat pokok besar yang masih tegak ni...Kat belakang aku pulak ada rombongan yang tengah dengar cerita penunjuk arah kitaorang. Aku suruh salah sorang budak tu ambil pic aku nih. nak berposing kat pokok besar. akar banir tu! besar kan! Allah hu akhbar! Allah Maha Besar! kagum aku dengan apa yang aku lihat sepanjang ada kat sini. Aku ni sememangnya pencinta alam.

Posing kat Papan Tanda Taman Negara, tak perlu aku cerita banyak, kat belakang tu dah ada semua maklumat..."maklumat dihujung jari". click saja kalau nak tahu. Selamat la ada kakak kat tempat keja aku ni yang memang kaki jalan. best lah...ada geng nak berjalan-jalan.


yang ni pulak gambar pokok yang dah ditebang, Pokok balak nih! besar kan! Diorang bukan sengaja nak buat khianat kat pokok ni, tapi kena tebang sebab pokok ni dah mati dah, takut tertimpa jambatan gantung tu pulak.



Aku amik pic sendiri memandangkan aku yang paling depan dalam group aku, so takde sesapa yang nak amik pic aku ni. Aku di atas perhentian pokok tualang dengan ketinggian 23.2 meter dari lantai hutan! Allah hu akhbar! kagum aku bila tengok semua ni. pokok besar ni yang berusia lebih 100 tahun, cantik sangat kulit pokok ni, licin dan putih je .




bergambar beramai-ramai sebelum balik masa hari sabtu lepas. banyak ilmu aku dapat, datang kat tempat macam ni. alhamdulillah...



1 comment:

maiRah said...

kuala koh the best.. :)