Sunday, October 30, 2011

Beza hantu zaman dulu gan hantu zaman sekarang

 Cerita pasal hantu, entah kenapa, pagi-pagi ari ni terfikir pasal hantu. Well, otak aku terfikir beza zaman dulu gan zaman sekarang. tetiba terfikir pasal tebiat hantu pulak.
korang perasan tak, yang hantu zaman sekarang ni suka mengesot. Hantu-hantu zaman sekarang ni pun gamaknya tengok tv cerita ju-on er ke cerita the ring yang hantu dia keluar mengesot tu? aku lupa dah. sebab tu la hantu zaman sekarang ni dah pandai mengesot. Gamaknya dah boring gan gaya terbang or ketuk pintu.
selalunya hantu ni ikut budaya la, kalau kat china, kan dulu hantu yang melompat. pastu kat malaysia hantu style terbang or muncul dekat orang tu. kalau orang putis pulak hantu yang keluar dari coffin. banyak kajian aku pasal hantu ni. tapi aku bukannya berkawan gan hantu. er cuma berkawan gan hantu buku saja. hehehe
Ingat tak kisah dulu, zaman riuh cerita pasal hantu kum-kum? hantu yang bagi salam tapi yang keluar dari mulut hantu tu cuma bunyi kum...kum...saja sebab ambik part akhir perkataan assalamualaikum tu. Hantu tu tak boleh sebut assalamualaikum sebab maksud assalamualaikum ialah salam sejahtera ke atas mu, hamba Allah' kan. Sebab tu dia tak boleh sebut.
Awat tetiba keluar pasal kum kum ni? Baru-baru ni, aku tengok la kisah hantu kum kum tapi kisah ni bukan versi yang kisah yang tersebar tu lah. ni cerita tv saja. Hantu kat tv tu, ada yang mengesot dan yang ketuk pintu. ha sebab tu la aku rajin nak kisah pasal hantu ni. sebab teringat kat cerita hantu mengesot dalam drama tu.
hurm pada zaman akan datang pulak macam mana pulak tebiat hantu-hantu ni ye....

Saturday, October 29, 2011

komen pasal jom heboh kelantan 2011

oh ya lupa  nak cakap, sekarang iaitu kelmarin dan hari ni 28-29 Oktober 2011, JOM HEBOH kat  kelantan. Jalan jammed,awal pagi around 8 o'clock pun dah penuh kereta masuk pusat bandar. kaya oh sesiapa yang berniaga kat situ, sebab ramai orang pergi. so korang pun tau kan, ini bukan aku nak buat kempen, cuma komen la sikit...
aku gan geng yang kena buat kerja, memang tak sanggup pergi sebab grenti la tak sempat balik kalau pergi time lunch.
lagipun aku tak suka bersesak. apa je sangat yang ada kat sana kan...shopping complex pun dah ada so aku lagi sanggup redah shopping complex lah.
Semalam pulak hujan lebat jugak, huh TV3 pun la, awat la pilih time musim hujan kat sini? apa ke punya teruk tahap pemikiran tu. Awat tak pilih terus bulan 12 nanti, grenti best meredah banjir bagai. huhuhu. Sarkastik tahap tak hengat.
Kan ke kat pantai barat, time macam ni bukan hujan sangat. Well, KL kan everyday hujan. So tak payah la berkira sangat. Buat je hujung-hujung tahun kat belah sana. Kat belah sini, pilih la bulan yang lebih sesuai. Peace!!!

hectic life

lama kan aku tak posting apa-apa benda kat sini.

stuck in hectic life now. really la, aku rasa macam time management aku hancus terus. selalu ada rombakan schedule...secara besar-besaran! hampeh. Bulan ni memang la banyak outstation. esok aku hilang lagi. Ke tempat lain pulak.

Harii pun dah kena kerja luar start hari jumaat lagi. jealous gila tengok member lelain goyang kaki. Hadeh!

Ok, ko, ko, macam ni story dia, kan rabu baru ni hari Depavali, so boleh la cuti. Yang tu ok lagi. Aku baru dapat offer nak wakil tempat kerja aku untuk main bowling hari sabtu, iaitu hari ni lah! Lepas tu, last minutes baru perasan dah pulak tertindan dengan appointment lain. Sakit..sakit! Tangan rasa gatal nak baling-baling. Ruginya, kalau main sendirian berhad, grenti la pakai duit sendiri. Ni kalau wakil, bestttttttt sebab free lagi itu. Oh back to our story lah, aku kena overtime kerja luar start hari jumaat till esok petang. Petang pulak kena pecut g tempat lain pulak-outstation hingga selasa pulak. hadeh la!


Pastu kena kejar deadline laporan 4hb nanti pulak, punya la banyak! Malam nanti aku tak tido kot sebab kena buat keja ni. huhuhu. Kasihanilah daku(T_T)... Time orang beraya, aku tak dapat nak enjoy raya pulak tu! Sakit...sakit....

In a nutshell, nak mintak korang tolong doakan aku ye. Doakan aku dapat buat kerja aku dengan penuh dedikasi, dengan teliti, dapat buat dengan baik dan tepat dan cepat juga (bad grammar)(*_*). Doakan ye... nanti boleh story mory kat sini lagi kalau tak busy.

p/s:Novel pun aku dah tak sempat baca ni.huhuhu

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 yang terbaik pernah dibuat di Malaysia!


Siapa kata kerajaan takde duit? Ha ni bukti kerajaan banyak duit ni. So macam mana suma yang gatal-gatal kaki tangan yang g join perhimpunan BERSIH - kotor tu? Apa pendapat anda? Kalau rasa tak suka lagi, aku cadangkan korang pergi merempat kat luar negara boleh?

Bajet 2012 ni memang yang terbaik aku pernah dengar. Sebab suma orang dapat merasa keuntungannya:
  1. Kenaikan gaji bagi pekerja sektor kerajaan RM80-RM300.
  2. Elaun untuk pakar dan doktor yang kerja lebih masa sebanyak RM600
  3. Bonus sebanyak setengah bulan gaji pada bulan Disember nanti.
  4. Bonus jugak akan diberikan kepada pesara sebanyak RM500.
  5. Yuran sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dimansuhkan/ takkan ada yuran lagi. So, kepada semua ibubapa tak perlu la nak risau nak sedia duit RM33.50 untuk yuran budak sekolah menengah dan RM34.50 untuk yuran budak sekolah rendah lagi. Dan suma budak boleh pergi sekolah kalau macam ni. Alhamdulillah...
  6. Pelajar universiti diberikan voucer sebanyak RM200 untuk membeli buku.
  7. 85 buah kedai 1Malaysia bakal didirikan untuk mendapatkan barangan keperluan yang murah.
  8. Peruntukan untuk skim rumah pertama ku pun ada tadi.
  9. Tak ada dikenakan bayaran untuk warga emas yang nak dapatkan rawatan pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan.
  10. Bantuan kewangan bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan sebanyak RM500.
  11. Peruntukan untuk rumah orang asli disediakan.
  12. Subsidi untuk elektrik, air dan bahan api petroleum turut ada.
  13. 150 gelanggang futsal dan bola bakal didirikan kerana sukan itu semakin popular kat Malaysia ni
  14. Guru bakal dinaikan pangkat secara automatik setelah 4tahun berkhidmat dari jawatan DG41 ke DG44(kiranya gaji naik la ni).
  15. Bagi guru yang nak sambung peringkat Master akan diberi elaun RM5000 setahun(er yang ni aku tak tau setahun ke 1sem, rasa macam 1tahun)
  16. Peruntukan untuk menaiktaraf semua kem tentera di seluruh negara.
  17. Peruntukan bantuan kewangan untuk peniaga cina dan india dibawah skim Ikhtiar Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut, sila beli akhbar/surat khabar/news paper esok pagi ya!

P/S: beli surat khabar awal-awal sebab grenti esok surat kabar laku gila punya. Suma nak baca pasal budget ni. hehehe.Numbered List

Bajet 2012 yang terbaik lah...happy betul.


Lama kan aku menghilang, last entry on 27th september lepas. Lama gila tu. Ni aku bukak pun sebab terlalu happy dengan budget 2012. Alhamdulillah, rezeki bertambah.
Well aku bukan happy pasal kenaikan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun tu. Tapi happy sebab kenaikan gaji dengan pangkat. Suka kan...
hurm aku dok pikir ni kalau umur persaraan dah jejak 60 tahun, grenti la ramai yang bakal bersara tak jadi bersara. Tadi masa tengok berita pun ayah aku dah sebut yang dia tak jadi bersara tahun depan. Dia nak tambah hingga 60 tahun jugak. Ye la sapa tak nak, tiap-tiap bulan masuk gaji banyak kan?
Cuma aku dok pikir, kalau macam tu la kan, semua tak jadi bersara, yang menganggur pulak macam mana pulak? aku rasa ramai je penganggur kat luar sana tu dok asyik nak masuk kerja kerajaan ni. Nampaknya diorang kena give up lah, masuk saja sektor swasta kan. Kesiannya.
Aku, alhamdulillah sebab memang dah dok dalam sektor kerajaan dah. Gaji pun bakal naik. Huh, lega betul hati ini. Nampaknya aku memang bakal buat pinjaman untuk beli rumah betul la kali ni. hehehe.
Kenaikan gaji RM80-300 ringgit kalau tak silap dengar tadi dah diumumkan. Suma dapat merasa kenaikan gaji.
Bonus akhir tahun nanti sebanyak separuh gaji, contohnya kalau gaji RM2000, bonus dapat RM1000. Pesara pulak akan dapat RM500.
Tak sabar aku nak dapat. Tapi apa-apa pun kerja kena ikhlas dan mesti dijalankan dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab. JANGAN MAKAN GAJI BUTA YE!