Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 yang terbaik lah...happy betul.


Lama kan aku menghilang, last entry on 27th september lepas. Lama gila tu. Ni aku bukak pun sebab terlalu happy dengan budget 2012. Alhamdulillah, rezeki bertambah.
Well aku bukan happy pasal kenaikan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun tu. Tapi happy sebab kenaikan gaji dengan pangkat. Suka kan...
hurm aku dok pikir ni kalau umur persaraan dah jejak 60 tahun, grenti la ramai yang bakal bersara tak jadi bersara. Tadi masa tengok berita pun ayah aku dah sebut yang dia tak jadi bersara tahun depan. Dia nak tambah hingga 60 tahun jugak. Ye la sapa tak nak, tiap-tiap bulan masuk gaji banyak kan?
Cuma aku dok pikir, kalau macam tu la kan, semua tak jadi bersara, yang menganggur pulak macam mana pulak? aku rasa ramai je penganggur kat luar sana tu dok asyik nak masuk kerja kerajaan ni. Nampaknya diorang kena give up lah, masuk saja sektor swasta kan. Kesiannya.
Aku, alhamdulillah sebab memang dah dok dalam sektor kerajaan dah. Gaji pun bakal naik. Huh, lega betul hati ini. Nampaknya aku memang bakal buat pinjaman untuk beli rumah betul la kali ni. hehehe.
Kenaikan gaji RM80-300 ringgit kalau tak silap dengar tadi dah diumumkan. Suma dapat merasa kenaikan gaji.
Bonus akhir tahun nanti sebanyak separuh gaji, contohnya kalau gaji RM2000, bonus dapat RM1000. Pesara pulak akan dapat RM500.
Tak sabar aku nak dapat. Tapi apa-apa pun kerja kena ikhlas dan mesti dijalankan dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab. JANGAN MAKAN GAJI BUTA YE!

4 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

alhamdulliah if semua dpt kebaikan dari bajet 2012 nie....seronok dengar sebab everyone excited gituew ngeee

YONG JIAO XIU said...

ye ye, xcted nak dpt byk kemudahan n meringankan beban.

Ain Zulaikha said...

hai yong apa khabar hehehhe

YONG JIAO XIU said...

heyya ain! lama hilang ye.hahaha. thanks ye jenguk sini. bz lately n mls nak menaip ;p.