Tuesday, October 21, 2008

Hujan....tido pun sodap nih

Mata aku dah mengantuk sesangat nih coz kat luar sana hujan. Housemate aku nak ke kelas pun susah coz hujan. Hmm KL nih lagu ni la, asik le hujan hari-hari. Dah la kat sini pantang hujan, ada je tempat yang banjir kilat. Sistem perparitan yang tak betul ke atau orang/ society yang tak betul ye? Hmm aku rasa la, society yang tak betul kerana mereka ini ramai yang tak ada kesedaran sivik. Kalau nak buang sampah tu kat memana saja boleh bagi mereka. Mereka perlu dilatih untuk membuang sampah ditempat yang betul. Perlukah aku katakan yang orang-orang zaman sekarang semakin pandai tetapi tahap kesedaran sivik mereka makin rendah? Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya ini?

Budaya membuang sampah ditempat yang betul perlu diajar sejak dari alam kanak-kanak lagi. Sesetangah barang yang boleh dikitar semula perlulah dikitar semula bagi mengelakkan pembaziran sumber alam yang ada. Sumber alam yang aku maksudkan tentunya pokok-pokok balak yang banyak ditebang untuk dibuat kertas. Bayangkanlah kertas yang sepatutnya kita kitar semula, dibuang and dibakar sedangkan ia boleh dikitar. Berapa banyak pula pokok yang ditebang bagi menghasilkan kertas setiap hari? Ingat pokok ni boleh tanam hari-hari kaaa? eh salah pakai ayat daaa. Maksud aku, ia mengambil masa yang bertahun-tahun untuk membesar, sedangkan pokok pula ditebang hari-hari. Ada patut ka itu? Pikir-pikirkan la isu seperti ini. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berfikir 'wat apa la aku simpan kertas and sampah sarap (yang boleh dikitar semula ni) kat rumah, nak mengumpul barang kitar semula nih mengambil masa tau. Pastu kos nak send semua barang kitar semula nih ke tempat kitar semula satu hal la pulak. Baik aku campakkan aje dalam plastik sampah kan..kan.. Jika dijual untuk tempat kitar semula pun, berapa sen la sangat dapat.' Ini adalah antara alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada menghantar sampah kitar semula ke tempat yang betul.

Tetapi jika kita memiliki kesedaran sivik yang tinggi, yang lebih mengutamakan kebersihan dan alam sekitar, kita tidak akan memikirkan tentang kos, selain tentang keadaan dunia kepada generasi akan datang. Jadi, jagalah bumi kita! (Peace!!! hehehe)

A'ha aku nak kongsi lagi pasal apa yang aku dengar tentang negara matahari terbit iaitu of course la Jepun kan. Pendidikan awal tentang menghargai alam sekitar telah dilatih sejak kecil lagi tau. Anak-anak mereka dilatih untuk membuang sampah ditempat yang betul, seperti jika mereka mesti meletakkan sampah ke dalam poket mereka till jumpa dengan tong sampah. Ha bagus kan. Kat Singapore lak yang aku pernah dengar and pernah masuk paper tentang kes rumah yang banyak sampah siap kena saman lagi. Ha ni baru budaya betul kan. Saman je sesapa yang buang sampah merata nih. Kita boleh ke buat macam tu ye? coz Malaysia nih dah la luas, pastu yang kat kampung satu hal la pulak nak kena perhati. Tapi aku fikir la kan, budaya ni memang boleh dilatih dengan mulakan dikawasan bandar dulu coz tempat perumahan ni kecik je. Ye la, rumah memasing bukan besar mana cam kat kampung. Luas mana la sangat laman yang ada tuk buang sampah tu. Bebudak kecik tu, latihkan diorang tuk buang sampah dalam poket diorang dulu kalau tak jumpa cari tong sampah. Baru la tak perlu kita guna terlalu banyak pekerja asing tuk jadi tukang kutip sampah kat tepi jalan. So, kos yang perlu ditanggung kerajaan dapat dikurangkan. Boleh la kerajaan gunakan wang tu untuk benda lain, tapi jangan la gunakan wang dengan cara yang salah pulak. Melakukan pembaziran ni boleh la kita samakan dengan gaya hidup yang digalakkan oleh syaitan. Hah korang nak ikut perangai Syaitan atau yang aku suka singkatkan jadi setan? nak ? nak? Mesti korang tak nak kan. Bagus so elakkan pembaziran la ye. Kerajaan patut catu la sikit duit tu, coz banyak aku dengar lebihan dalam peruntukan sampaikan geng yang dapat peruntukan ni boleh joli sakan lagi.

Musim tengkujuh dah hampir tiba, hope longkang yang tersumbat dah dipulihkan. Kalau tak nanti ada la yang banjir. Banjir akan mengakibatkan banyak kerugian kerana banyak harta benda musnah. Termasuk la lembu, kambing and ayam akan menjadi mangsa lemas. kesian... Untuk manusia pulak, gerenti la tenaga diperlukan untuk mengangkut harta benda ke tempat selamat. Hmm macam mana la pulak nasib kereta-kereta yang terperangkap dalam banjir nih ye? Agaknya boleh jadi habitat ikan dak? hehehe.

Ingat masa aku kecik-kecik dulu bila dok kat rumah nenek aku time musim hujan, gerenti la best main banjir dari pagi sampai petang. Siap atuk aku wat rakit buluh lagi kat kitaorang. huahaha. Best... kena gigit kat pacat and lintah pun best ke hah? hahaha gerenti tak best coz akan gatal la tempat kena gigit pacat nih. Ha nanti kalau aku ada masa aku kongsi pengetahuan tentang pacat and lintah lak ye. Binatang-binatang ni ada kegunaan yang berfaedah untuk kehidupan kita jugak tau.

No comments: