Wednesday, October 22, 2008

Mimpi ngeri adalah tajuk utama post kali ini ye.

Pernah tak korang mimpi pasal ular? Haa nih aku nak cerita pasal aku, termasuk hari nih dah tiga kali aku mimpi pasal ular nih. Huhuhu memang menakutkan mula-mula aku mimpi pasal ular nih. Tepat tarikh birthday aku yang ke-21 aku mimpi pasal ni. Bayangkan sampai aku tak dapat tido coz takut. Mana tak takutnya, aku mimpi aku kena ngap (makan) dek ular tuh. Huhuhu. Birthday aku tahun tu cam banyak peristiwa sadis la kat aku. Tapi bila pikir-pikir balik, cam lawak la pulak. Tapi mintak jauh la dari jumpa benda yang aku tak nak jumpa ni.

Mula-mula aku terserempak gan benda (hantu kot) ye la bayangkan kul 4 pagi aku baru balik dari bilik member aku kat blok sebelah (blok 11), dengan selambernye aku berjalan sesorang balik. Otak aku nih innocent la sikit bab-bab nih. Aku selalu setkan dalam otak aku yang kat U mana ada hantu, kan ramai orang kat kolej tu, mesti hantu-hantu ni tak kaco orang. Nak dijadikan cerita, kawan aku offer nak temankan aku balik kat bilik aku lepas kita berdiskusi (berdiskusi la sangat, padahal dok borak je kejanya). Aku nih tak nak la menyusahkan dia, so balik la aku sesorang terkedek-kedek memikul laptop aku. Masuk je blok aku (blok 12) hati aku berkata ’see selamat je sampai rumah’. Kepala aku ni jenis automatik suka pandang kiri and kanan (cam nak lintas jalan la pulak) so terpandang la benda nih, yang aku imagine sebagai salah seorang penghuni aras 1 blok aku nih. Beliau memakai baju hitam t-shirt, memang tak pandang aku la, rambut dah la panjang (tapi takde la panjang sampai lantai; setakat pinggang je kot) tak ikat pulak tu, jadi rambut beliau nih nampak mengerbang kerana kekerintingannya. Tapi dia tercengat kat depan bilik kuasa elektrik kat aras aku tu. Memula memang aku tak kisah la kan, terus berjalan menuju ke bilik aku gan lagak selumber giler badaknye. Sambil dok berjalan tu, baru tercapai lojik akal aku dimana aku mula berfikir yang ’apa kes la minah nih tercengat kat depan bilik kuasa tu, elektrik ada je; langsung tak dak gangguan elektrik, dah la tu tercengat cam patung je kat situ time-time lagu nih (pukul empat pagi beb!!) mana la aku tak seriau bila ingat. So, apa lagi! Aku terus pecut la. Selamat la bilik aku dah dekat, terus aku buka pintu and kunci dengan cepatnya. Lepas tu aku pasang lampu tempat meja study sampai pagi. Kalau pikir-pikir memang aku nak buka lampu besar tapi kesian la pulak dengan roommate aku yang memang alegik tidur dalam terang nih. Tetapi nasib la kak Diana ye, terpaksa tido dalam terang malam tu.

Bertambah malang lagi, aku dapat roommate yang suka sangat gan patung-patung bear-bear nih. Huhuhu. Terkebil-kebil mata aku pagi-pagi buta, mata aku memang dah mengantuk sesangat dah. Akhirnya terlelap dengan aku menghimpit ke dinding, body aku menghadap ke arah roommate aku yang lena. Dalam tidur aku itu, aku bermimpi dikejar oleh sang ular. Aku and ular ni tawaf kawasan perumahan aku yang ada padang kat tengahnya. Ular tu menyekat perjalan aku untuk pulang ke rumah (tah dari mana aku sebelum tu lupa la, yang aku tahu aku target nak masuk rumah je) entah macam mana aku berjaya masuk rumah dengan termengah-mengah aku menjerit panggil mak and adik aku. Tengok-tengok depa dok nak solat, diorang pandang je aku yang masa tu mintak tolong dengan diorang nih (aku masih ingat time tu aku sedih sesangat sebab diorang tak nak tolong aku) terus aku lari ke bilik aku, masa aku nak kunci pintu bilik aku, ular tu entah macam mana berjaya menyusup masuk (padahal besar nak mampus ular tu) dia berkaya makan sebelah kaki aku. Aku terus jerit panggil mak aku...

Pastu aku tersedar, hehehe the end.

Tapi pastu aku bangun, takut sesangat time tu. Masa tu, aku berdoa panjang dalam hati, takut sesangat, kot Allah s.w.t nak sampaikan sesuatu disebalik mimpi tu. Kot Allah nak bagi amaran jangan menderhaka kat mak aku and jangan buli adik aku. Lepas tu aku tertido lagi, ye la baru pukul 5 pagi beb, mata tak cukup tido la kalau tido tak sampai sejam nih. Aku memang tak leh tido kurang dari sejam; memang wajib 1 jam and above. Ha yang lawaknya, lepas aku berdoa tu, aku boleh la pulak capai diary aku atas meja tulis and catat apa yang aku mimpikan tu sebab aku tau nanti aku grenti lupa mimpi seram ni. Tido yang seterusnya pun aku mimpi benda sama sampai aku terjaga lagi... Cet, tension aku dibuatnya, dah la pagi esok kelas awal. Mana boleh sambung tido dah lepas solat nanti. Apa lagi aku buat...mesti korang nak tahu kan? Haa, aku pejam mata konon-konon tido la, separa sedar la, tapi kali ni biar aku pulak control mimpi aku, hahaha!!!! Kali ni aku tukar pulak watak, of course la aku nak menang kan. Memang mulanya jalan cerita sama and aku still menjerit panggil mak and adik aku, tapi time ni (walau dalam mimpi separa sedar) aku sedar diorang tetap takkan pedulikan aku cam before ni (mimpi sebelum ni) ha ni la peranan heroin Yong yang memang pandai imagine yang positif je; aku create watak aku bagi ular tu masuk bilik aku pastu sebelum dia ngap aku, aku ngap dia dulu!!!! Hahahaha (gurau je, takkan aku nak telan ular, dah la tu besar gedabak tu, tak muat mulut la. Aku belasah je ular tu. Hehehe) caya la aku, pastu aku pun terlena till la bunyi loceng aku memekak suruh bangun menunaikan rukun Islam yang kedua ni.

Esoknya lepas class aku bercerita la cerita mimpi ngeri aku tu kat best friend aku. Korang nak tau apa ayat dia bagi kat aku???? Ayat yang kasi aku gelak even aku still takut dengan mimpi aku tu? Dia kata mimpi tu tandanya aku bakal kahwin!!!! Isykh...logik ke bila mimpi punya la seram giler, maksud dia nak kahwin? Mana la aku tak bantai gelak. Sorry ye Shery. Hehehe.

Kalau nak kata aku anak derhaka aku fikir tak kan la lagu tu punya serius kes aku. Ye la aku ni memang bukan baik sangat tapi takde la melampau dengan mak aku, aku pun memang akan mintak maaf dengan mak aku setiap kali aku nak tinggalkan dia, ye la kot-kot bus yang aku naik jatuh gaung ke accident ke, kang tak sempat nak mintak maaf pulak. Nak kata aku wat jahat dengan adik aku? Hmm yang ni lagi la tak logik coz aku paling manjakan adik aku coz dia la sesatunya adik aku yang banyak aku susahkan and selalu temankan aku.

Aku cerita kat roommate aku pun dia bagi ayat yang membawa maksud yang sama dengan best friend aku bagi jugak. Haa dengan dia aku ada la cerita pasal hantu aku nampak tu coz aku kena bagi alasan kenapa tido bukak lampu. Walaupun memang jenis aku tido dalam terang nih( first time aku terserempak benda tu).

Mimpi ular yang seterusnya aku sambung kemudian coz yang ni punya cam dah panjang sangat. Aku bukan type novel, kang korang boring pulak kang. So see you soon dalam episod akan datang.

6 comments:

GADIS said...

Yong, opah aku kate,,,kalo mimpi ular..ade orang nak masuk meminang...hahaha...kalo ko dah ade orang nak masuk meminang..jangan lupe jemput aku ngan Aini jadi pengapit kenduri ko ek..kikiki

YONG JIAO XIU said...

hahaha hng pun percaya gak la ye miza? hmm pelik ye, punya la seram, blh la plk kata 2 org masuk minang.
pengapit kenduri ke pengapit pengantin?hahaha wokes kalo aku kawen, aku jemput la korang ye. ha kalo aku jemput, korang kena datang tau.

GADIS said...

aduhsssss silap la pulak..pengapit Yong le...ha..jangan lupe ajak kiteorg

YONG JIAO XIU said...

hehehe ye bulis gak idea 2, aku pakat susun reramai kasi jd cm model2 lak. hahaha bulis-bulis.

NURUL AINI BAKAR said...

Tak kisah le pengapit kenduri ke pengantin ke yang penting aku dijemput untuk makan free... muahaha... itu yang penting tu!

YONG JIAO XIU said...

hahaha bulis bulis je. tp nti le aku xdak pun lagi calon nih. ha klo korg kawen 2 pun ajak aku tau. grenti aku p ya. cm kt hng aini, mkn free sapa xnak.