Sunday, October 19, 2008

SMT Mahkota Addicted

Aku ulang lagi citer SMT Mahkota. Cerita nih memang berhantu la, kasi aku addicted je gan novel nih. Aini memang ada banyak idea and cara dia olah cerita memang ceria, lain dari yang lain. Dah lama dah tak kena penangan cam ni (ulang baca novel). Novel ni memang lain dari yang lain kerana ia berunsur semangat berpasukan, semangat untuk berusaha, perasaan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, ada unsur pengajaran, pelajaran, ilmu yang berguna, siap boleh belajar bahasa jepun lagi ni. So, tuk sesiapa yang terbaca blog aku, aku paksa korang tuk baca novel SMT Mahkota ni. Semoga korang boleh join sebagai SMT Mahkota addict hahaha.. Daripada dok la baca novel cinta yang hanya main putar belit tempat sama yang dah naik muak dah aku baca, ada baiknya korang try penangan novel SMT Mahkota hasil karya Nurul Aini Bakar di blogspot beliau http://nurulainibakar.blogspot.com/ (aku dah siap boleh hafal dia punya url link lagi). Asal buka je internet, antara yang paling awal aku masuk adalah webpage beliau. hehehe semestinya 1st page aku buka e-mail aku, no 2 baru la dia punya page. Aku jenis tak suka serabutkan e-mail box aku so memang aku baca suma yang patut baca and delete mana patut delete hasilnya box aku memang bersih/clean.

Sekarang kalo korang perasan (yang mana orang awal penah masuk and baca post aku akan perasan yang aku dah ubah page nih. Ada la yang aku add sesikit memandangkan aku dalam pengkajian camne nak cantikkan blog aku nih. Wes ok la guys, aku pun nak tido dulu la dah kul 1.30 pagi dah nih. hmm perancangan esok???(dok pikir) Aku ajat nak kuar tenangkan otak kat KLCC. Haaaa!!! bukan kat dalam bangunan la, apa kes aku nak tengok konkrit lagi coz kat keliling rumah aku pun konkrit jugak nih. Aku ajat nak lepak kat taman KLCC tu sesorang, cari ketenangan jiwa, dah lama aku tak wat lagu tu. Nak muhasabah diri la kejap. hahaha

3 comments:

NURUL AINI BAKAR said...

Wei... ni nak kena bayar ke? ko jadi promoter tak dilantik nih? hehe

Chaiyo lah dengan blog terbaru ko nih.

Pasal soalan ko yang webpage blog tu, aku tak faham lah yong! Setakat ni aku explore sendiri je benda2 alah ni. Akupun tak tau bleh masukkan gambo kat papan tanda atas blog tu. Cun lah ko nye. Akunye simple jek... huhu

YONG JIAO XIU said...

hehehe aku dah xplore dah smlm so suma aku dpt tukar, time aku pun dah betul ikut waktu malaysia, pic atas 2 aku ubah kat setting. tu percubaan yg a bit gagal tp nti aku wat blk la picture dia.

Anonymous said...

hai... just nak tau ni.. mana nak baca SMT mahkota II.. sy x pt masuk pun link yg diberi 2... syg la plak..dah baca alang2 kat penulisan..