Sunday, October 26, 2008

Game tuk blogger, jom jawab!!!!!

Nih ada game sikit tuk suma orang yang suka tulis blog. Aku dah jawab dah. So ni soklan tuk korang jawab lak ye.
Jawapan aku korang nak tengok gak ke? hehehe tak payah la ye.

Game ni aku amik dari blog penulis kegemaran aku gak cik Bikash Nur Idris

Rules:
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Starting time:
Name :
Sisters :
Brothers :
Shoe size :
Height :

Where do you live :
Have you ever been on a plane :
Swam in the ocean :
Fallen asleep at school :
Broken someone’s heart :
Fell off your chair :

Sat by the phone all night waiting for someone to call :
Saved e-mails :
What is your room like :
What’s right beside you:
What is the last thing you ate :

Ever had... chicken pox :
Sore throat :
Stitches :
Broken nose :
Do you believe in love at first sight :
Like picnics :

Who was/were... The last person you danced with:
Last made you smile:
You last yelled at:
Today did you... Talk to someone you like:
Kissed anyone:
Get sick :

Talk to an ex :
Miss someone :
Who do you really hate:
Do you like your hand-writing :
Are your toe nails painted :
Whose bed other than yours would you rather sleep in :
What color shirt are you wearing now :

Are you a friendly person :
Do you have any pets :
Do you sleep with the TV on :
What are you doing right now :
Can you handle the truth :
Are you closer to your mother or father :
Do you eat healthy :
Do you still have pictures of you & your ex :
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to :
Are you loud or quiet most of the time :
Are you confident :

5 things I was doing 10 years ago
1)
2)
3)
4)
5)

5 things I would do if I were a billionaire
1)
2)
3)
4)
5)

5 of my bad habits
1)
2)
3)
4)
5)

5 places I've lived/living
1)
2)
3)
4)
5)

5 people I tag:


Finish time:

Saturday, October 25, 2008

Dajjal?!@#$%

Di sini aku ingin berkongsi sedikit info tentang makhluk yang bernama Dajjal yang telah diberitakan kepada kita akan cuba merosakkan akidah umat manusia. Pernah kita gunakan perkataan dajal atau mendajalkan dalamkehidupan yang selalunya bermaksud merosakkan atau memusnahkan. Tetapi dajal yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. adalah lebih dasyat dari itu. Dah agak lama aku dapat info ni dan hari ni aku ada sedikit masa terluang untuk menaip coz maklum la bahasa yang dihantar oleh member aku nih bukan melayu tulen hahaha. And kena la gak pendekkan kasi mudah kita paham. Tetapi semoga apa yang tertulis disini mampu memberikan peringatan kepada kita tentang pemusnah ni.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibahagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

AbĂ» Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa a.s.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda "Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

  1. Dajjal seorang lelaki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor).
  2. Dajjal memiliki mata yang buta.
  3. Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air.
  4. Dajjal dapat menurunkan hujan.
  5. Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang.
  6. Dajjal mempunyai pengikut yang sangat ramai, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
  7. Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga ramai orang yang tertarik untuk mengikutinya.
  8. Dajjal akan muncul dan mengaku sebagai nabi.
  9. Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih.
  10. Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan
  11. Dajjal akan mendakwahkan agama Allah
  12. Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
  13. Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali.
  14. Dajjal boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh.
  15. Dajjal boleh berpindah tubuh dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya.
  16. Dajjal boleh membesarkan tubuhnya atau dengan kata lain terbang.
  17. Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan.
  18. Dajjal boleh memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan air.
  19. Dajjal tidak memiliki anak.
  20. Dajjal memimpin orang yahudi.
  21. Dajjal muncul di zaman pertikaian.

Agak-agak dah ada ke?

Wallahu al'am..


Thursday, October 23, 2008

Menyentuh Perasaan Sesiapa Yang Membaca Cerita Ini....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?"tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....didepannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut.
Sekian.


The moral Of The Story Is : Pandulah dengan berhati-hati walaupun dalam mimpi!!!

Wednesday, October 22, 2008

Mimpi ngeri adalah tajuk utama post kali ini ye.

Pernah tak korang mimpi pasal ular? Haa nih aku nak cerita pasal aku, termasuk hari nih dah tiga kali aku mimpi pasal ular nih. Huhuhu memang menakutkan mula-mula aku mimpi pasal ular nih. Tepat tarikh birthday aku yang ke-21 aku mimpi pasal ni. Bayangkan sampai aku tak dapat tido coz takut. Mana tak takutnya, aku mimpi aku kena ngap (makan) dek ular tuh. Huhuhu. Birthday aku tahun tu cam banyak peristiwa sadis la kat aku. Tapi bila pikir-pikir balik, cam lawak la pulak. Tapi mintak jauh la dari jumpa benda yang aku tak nak jumpa ni.

Mula-mula aku terserempak gan benda (hantu kot) ye la bayangkan kul 4 pagi aku baru balik dari bilik member aku kat blok sebelah (blok 11), dengan selambernye aku berjalan sesorang balik. Otak aku nih innocent la sikit bab-bab nih. Aku selalu setkan dalam otak aku yang kat U mana ada hantu, kan ramai orang kat kolej tu, mesti hantu-hantu ni tak kaco orang. Nak dijadikan cerita, kawan aku offer nak temankan aku balik kat bilik aku lepas kita berdiskusi (berdiskusi la sangat, padahal dok borak je kejanya). Aku nih tak nak la menyusahkan dia, so balik la aku sesorang terkedek-kedek memikul laptop aku. Masuk je blok aku (blok 12) hati aku berkata ’see selamat je sampai rumah’. Kepala aku ni jenis automatik suka pandang kiri and kanan (cam nak lintas jalan la pulak) so terpandang la benda nih, yang aku imagine sebagai salah seorang penghuni aras 1 blok aku nih. Beliau memakai baju hitam t-shirt, memang tak pandang aku la, rambut dah la panjang (tapi takde la panjang sampai lantai; setakat pinggang je kot) tak ikat pulak tu, jadi rambut beliau nih nampak mengerbang kerana kekerintingannya. Tapi dia tercengat kat depan bilik kuasa elektrik kat aras aku tu. Memula memang aku tak kisah la kan, terus berjalan menuju ke bilik aku gan lagak selumber giler badaknye. Sambil dok berjalan tu, baru tercapai lojik akal aku dimana aku mula berfikir yang ’apa kes la minah nih tercengat kat depan bilik kuasa tu, elektrik ada je; langsung tak dak gangguan elektrik, dah la tu tercengat cam patung je kat situ time-time lagu nih (pukul empat pagi beb!!) mana la aku tak seriau bila ingat. So, apa lagi! Aku terus pecut la. Selamat la bilik aku dah dekat, terus aku buka pintu and kunci dengan cepatnya. Lepas tu aku pasang lampu tempat meja study sampai pagi. Kalau pikir-pikir memang aku nak buka lampu besar tapi kesian la pulak dengan roommate aku yang memang alegik tidur dalam terang nih. Tetapi nasib la kak Diana ye, terpaksa tido dalam terang malam tu.

Bertambah malang lagi, aku dapat roommate yang suka sangat gan patung-patung bear-bear nih. Huhuhu. Terkebil-kebil mata aku pagi-pagi buta, mata aku memang dah mengantuk sesangat dah. Akhirnya terlelap dengan aku menghimpit ke dinding, body aku menghadap ke arah roommate aku yang lena. Dalam tidur aku itu, aku bermimpi dikejar oleh sang ular. Aku and ular ni tawaf kawasan perumahan aku yang ada padang kat tengahnya. Ular tu menyekat perjalan aku untuk pulang ke rumah (tah dari mana aku sebelum tu lupa la, yang aku tahu aku target nak masuk rumah je) entah macam mana aku berjaya masuk rumah dengan termengah-mengah aku menjerit panggil mak and adik aku. Tengok-tengok depa dok nak solat, diorang pandang je aku yang masa tu mintak tolong dengan diorang nih (aku masih ingat time tu aku sedih sesangat sebab diorang tak nak tolong aku) terus aku lari ke bilik aku, masa aku nak kunci pintu bilik aku, ular tu entah macam mana berjaya menyusup masuk (padahal besar nak mampus ular tu) dia berkaya makan sebelah kaki aku. Aku terus jerit panggil mak aku...

Pastu aku tersedar, hehehe the end.

Tapi pastu aku bangun, takut sesangat time tu. Masa tu, aku berdoa panjang dalam hati, takut sesangat, kot Allah s.w.t nak sampaikan sesuatu disebalik mimpi tu. Kot Allah nak bagi amaran jangan menderhaka kat mak aku and jangan buli adik aku. Lepas tu aku tertido lagi, ye la baru pukul 5 pagi beb, mata tak cukup tido la kalau tido tak sampai sejam nih. Aku memang tak leh tido kurang dari sejam; memang wajib 1 jam and above. Ha yang lawaknya, lepas aku berdoa tu, aku boleh la pulak capai diary aku atas meja tulis and catat apa yang aku mimpikan tu sebab aku tau nanti aku grenti lupa mimpi seram ni. Tido yang seterusnya pun aku mimpi benda sama sampai aku terjaga lagi... Cet, tension aku dibuatnya, dah la pagi esok kelas awal. Mana boleh sambung tido dah lepas solat nanti. Apa lagi aku buat...mesti korang nak tahu kan? Haa, aku pejam mata konon-konon tido la, separa sedar la, tapi kali ni biar aku pulak control mimpi aku, hahaha!!!! Kali ni aku tukar pulak watak, of course la aku nak menang kan. Memang mulanya jalan cerita sama and aku still menjerit panggil mak and adik aku, tapi time ni (walau dalam mimpi separa sedar) aku sedar diorang tetap takkan pedulikan aku cam before ni (mimpi sebelum ni) ha ni la peranan heroin Yong yang memang pandai imagine yang positif je; aku create watak aku bagi ular tu masuk bilik aku pastu sebelum dia ngap aku, aku ngap dia dulu!!!! Hahahaha (gurau je, takkan aku nak telan ular, dah la tu besar gedabak tu, tak muat mulut la. Aku belasah je ular tu. Hehehe) caya la aku, pastu aku pun terlena till la bunyi loceng aku memekak suruh bangun menunaikan rukun Islam yang kedua ni.

Esoknya lepas class aku bercerita la cerita mimpi ngeri aku tu kat best friend aku. Korang nak tau apa ayat dia bagi kat aku???? Ayat yang kasi aku gelak even aku still takut dengan mimpi aku tu? Dia kata mimpi tu tandanya aku bakal kahwin!!!! Isykh...logik ke bila mimpi punya la seram giler, maksud dia nak kahwin? Mana la aku tak bantai gelak. Sorry ye Shery. Hehehe.

Kalau nak kata aku anak derhaka aku fikir tak kan la lagu tu punya serius kes aku. Ye la aku ni memang bukan baik sangat tapi takde la melampau dengan mak aku, aku pun memang akan mintak maaf dengan mak aku setiap kali aku nak tinggalkan dia, ye la kot-kot bus yang aku naik jatuh gaung ke accident ke, kang tak sempat nak mintak maaf pulak. Nak kata aku wat jahat dengan adik aku? Hmm yang ni lagi la tak logik coz aku paling manjakan adik aku coz dia la sesatunya adik aku yang banyak aku susahkan and selalu temankan aku.

Aku cerita kat roommate aku pun dia bagi ayat yang membawa maksud yang sama dengan best friend aku bagi jugak. Haa dengan dia aku ada la cerita pasal hantu aku nampak tu coz aku kena bagi alasan kenapa tido bukak lampu. Walaupun memang jenis aku tido dalam terang nih( first time aku terserempak benda tu).

Mimpi ular yang seterusnya aku sambung kemudian coz yang ni punya cam dah panjang sangat. Aku bukan type novel, kang korang boring pulak kang. So see you soon dalam episod akan datang.

Tuesday, October 21, 2008

Hujan....tido pun sodap nih

Mata aku dah mengantuk sesangat nih coz kat luar sana hujan. Housemate aku nak ke kelas pun susah coz hujan. Hmm KL nih lagu ni la, asik le hujan hari-hari. Dah la kat sini pantang hujan, ada je tempat yang banjir kilat. Sistem perparitan yang tak betul ke atau orang/ society yang tak betul ye? Hmm aku rasa la, society yang tak betul kerana mereka ini ramai yang tak ada kesedaran sivik. Kalau nak buang sampah tu kat memana saja boleh bagi mereka. Mereka perlu dilatih untuk membuang sampah ditempat yang betul. Perlukah aku katakan yang orang-orang zaman sekarang semakin pandai tetapi tahap kesedaran sivik mereka makin rendah? Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya ini?

Budaya membuang sampah ditempat yang betul perlu diajar sejak dari alam kanak-kanak lagi. Sesetangah barang yang boleh dikitar semula perlulah dikitar semula bagi mengelakkan pembaziran sumber alam yang ada. Sumber alam yang aku maksudkan tentunya pokok-pokok balak yang banyak ditebang untuk dibuat kertas. Bayangkanlah kertas yang sepatutnya kita kitar semula, dibuang and dibakar sedangkan ia boleh dikitar. Berapa banyak pula pokok yang ditebang bagi menghasilkan kertas setiap hari? Ingat pokok ni boleh tanam hari-hari kaaa? eh salah pakai ayat daaa. Maksud aku, ia mengambil masa yang bertahun-tahun untuk membesar, sedangkan pokok pula ditebang hari-hari. Ada patut ka itu? Pikir-pikirkan la isu seperti ini. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berfikir 'wat apa la aku simpan kertas and sampah sarap (yang boleh dikitar semula ni) kat rumah, nak mengumpul barang kitar semula nih mengambil masa tau. Pastu kos nak send semua barang kitar semula nih ke tempat kitar semula satu hal la pulak. Baik aku campakkan aje dalam plastik sampah kan..kan.. Jika dijual untuk tempat kitar semula pun, berapa sen la sangat dapat.' Ini adalah antara alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada menghantar sampah kitar semula ke tempat yang betul.

Tetapi jika kita memiliki kesedaran sivik yang tinggi, yang lebih mengutamakan kebersihan dan alam sekitar, kita tidak akan memikirkan tentang kos, selain tentang keadaan dunia kepada generasi akan datang. Jadi, jagalah bumi kita! (Peace!!! hehehe)

A'ha aku nak kongsi lagi pasal apa yang aku dengar tentang negara matahari terbit iaitu of course la Jepun kan. Pendidikan awal tentang menghargai alam sekitar telah dilatih sejak kecil lagi tau. Anak-anak mereka dilatih untuk membuang sampah ditempat yang betul, seperti jika mereka mesti meletakkan sampah ke dalam poket mereka till jumpa dengan tong sampah. Ha bagus kan. Kat Singapore lak yang aku pernah dengar and pernah masuk paper tentang kes rumah yang banyak sampah siap kena saman lagi. Ha ni baru budaya betul kan. Saman je sesapa yang buang sampah merata nih. Kita boleh ke buat macam tu ye? coz Malaysia nih dah la luas, pastu yang kat kampung satu hal la pulak nak kena perhati. Tapi aku fikir la kan, budaya ni memang boleh dilatih dengan mulakan dikawasan bandar dulu coz tempat perumahan ni kecik je. Ye la, rumah memasing bukan besar mana cam kat kampung. Luas mana la sangat laman yang ada tuk buang sampah tu. Bebudak kecik tu, latihkan diorang tuk buang sampah dalam poket diorang dulu kalau tak jumpa cari tong sampah. Baru la tak perlu kita guna terlalu banyak pekerja asing tuk jadi tukang kutip sampah kat tepi jalan. So, kos yang perlu ditanggung kerajaan dapat dikurangkan. Boleh la kerajaan gunakan wang tu untuk benda lain, tapi jangan la gunakan wang dengan cara yang salah pulak. Melakukan pembaziran ni boleh la kita samakan dengan gaya hidup yang digalakkan oleh syaitan. Hah korang nak ikut perangai Syaitan atau yang aku suka singkatkan jadi setan? nak ? nak? Mesti korang tak nak kan. Bagus so elakkan pembaziran la ye. Kerajaan patut catu la sikit duit tu, coz banyak aku dengar lebihan dalam peruntukan sampaikan geng yang dapat peruntukan ni boleh joli sakan lagi.

Musim tengkujuh dah hampir tiba, hope longkang yang tersumbat dah dipulihkan. Kalau tak nanti ada la yang banjir. Banjir akan mengakibatkan banyak kerugian kerana banyak harta benda musnah. Termasuk la lembu, kambing and ayam akan menjadi mangsa lemas. kesian... Untuk manusia pulak, gerenti la tenaga diperlukan untuk mengangkut harta benda ke tempat selamat. Hmm macam mana la pulak nasib kereta-kereta yang terperangkap dalam banjir nih ye? Agaknya boleh jadi habitat ikan dak? hehehe.

Ingat masa aku kecik-kecik dulu bila dok kat rumah nenek aku time musim hujan, gerenti la best main banjir dari pagi sampai petang. Siap atuk aku wat rakit buluh lagi kat kitaorang. huahaha. Best... kena gigit kat pacat and lintah pun best ke hah? hahaha gerenti tak best coz akan gatal la tempat kena gigit pacat nih. Ha nanti kalau aku ada masa aku kongsi pengetahuan tentang pacat and lintah lak ye. Binatang-binatang ni ada kegunaan yang berfaedah untuk kehidupan kita jugak tau.

Monday, October 20, 2008

Apa kaitan nama artis and kehidupan dia ye

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang Haji........ .KUMPULAN BAJI
2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan
ayat... TITEK PUSPA
3) Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN
5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)
7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)
8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)
10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA
12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL
13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND
14) Kumpulan yang mudah berpecah
KRISTAL
15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED
16) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)
17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI
18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT
19) Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH
20) Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI
21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY
22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA
23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C
24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW
25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET
26) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE
27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK
28) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM
29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE
30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER
31) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA
32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ
33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya
KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)
34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER
35) Kumpulan berani mati..
KAMIKAZE
36) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC


Sebenarnya nih dicipta oleh cik Anne kita semasa dia boring dok kat lab. Thanks cik Anne coz menghiburkan hati aku. Ha so aku nak kongsikan la lawak diorang nih gan hangpa suma semoga pakat boleh sengih and gelak ketawa memana budak-budak yang boring giler tuh ye.

Anne Saad
PDCC lab,USM
11800 usm
, Penang

Er.. tapi ada sesiapa ada idea pasal nape la c David Backham minat kat Ct Sarah ye? Aku tak dapat tangkap lawak yang tuh.

Pastu kot ada artis-artis yang nama dia tersenarai dalam senarai nih, jangan la marah. Ini hanya untuk menghiburkan hati saje. Maaf kalo terasa ye (betul-betul mintak maaf nih tau). Hope boleh tumpang sengih gan lawak nih ye.

Sunday, October 19, 2008

BACA DAN FIKIRKANLAH.....

Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet. Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah.

Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet.

Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu.

Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut.

Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.

Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.

Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu:

"Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"

Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah.

Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu.

Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi:

"Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"

Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang.

Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.

Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan.

Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya.

Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat.

Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana?

Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam

Kisah aku dan laptop aku


Melekat lagi aku kat rumah nih. Semangat yang kuat untuk melepak kat KLCC terbantut coz hari nih rumah sebelah ada kenduri kahwin anak angkat dia. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari, jadi aku mengikut pepatah ni la. Malas nak cari musuh dan dalam nak save duit nih better aku makan free je kat sebelah rumah. Sambil menanti masa untuk makan tengahari kat rumah sebelah, aku menghabiskan masa aku kat depan laptop (lagiii!!). Apa lagi yang aku boleh buat selain mengadap laptop aku nih. Sampai kawan aku kata aku nih memang parah coz takleh berpisah gan laptop aku. Asal lepas mandi and breakfast, aku terus on laptop aku and mengadap macam tak hingat dunia dah. Memang parah kan?? Tapi itu lah seorang aku kalo korang nak kenal. Bagi aku pula, perangai macam aku nih biasa je la coz ramai lagi kengkawan aku yang lebih parah dari aku.

Mesti ramai tertanya apa yang dibuat oleh orang-orang yang sespesis gan aku nih kan? Hmm kalo korang tanya aku, aku akan jawab yang dalam laptop aku nih ada macam-macam yang mampu menarik minat aku untuk terus membuang masa yang ada depan laptop nih apatah lagi apabila ada internet, lagi lah aku ralit (lagi layan/kusyuk sampai tak hingat dunia la). Korang nak tahu apa ada dalam laptop aku tak? Dalam laptop nih ada lagu yang aku suka la cam lagu Groove Coverage, Jem, Bewitched, Ella, Enya dan banyak la lagi. Lagi apa yang ada? Ada novel kegemaran aku la terutamanya Harry Potter dalam bentuk PDF. Novel nih aku selalu la ulang. Tapi korang jangan risau aku pun ada yang hard copy gak selain PDF ni. Tetapi semua buku Harry Potter aku ada kat kampung. Novel Cik Aini pun ada gak aku copy nih (jangan la marah Aini ye, hehehe) Don’t worry, kalo hang publishkan novel tu nanti aku comfirm beli punya, kalo boleh nak yang ada tandatangan hang lagi lah. Kenapa aku copy novel nih? Hmm sebab dia best and takut la time aku nak ulang baca novel nih, internet takdak pulak, kang jadi satu hal la pulak aku kempunan. Selain tu aku pun ada novel PDF Danielle Steel and Jean Webster gak. Novel melayu takdak bentuk PDF nih so aku tak dapat nak cari novel lain la bagi novel melayu. Orang Melayu nih aku rasa sedikit malas and tak suka sangat benda canggih cam gini. Tapi bukan aku dan geng-geng kaki komputer yang lain yang suka berkongsi benda yang dia minat dengan suma orang.

Apa lagi yang ada selain ni suma? Ada lagi, ada games yang best la jugak cam Tumblebugs, Luxor, pikachu pun ada. Video pun ada dalam laptop nih, cerita bersiri jepun tajuk hanazakari-no-kimi-tachi and citer korea Save the last dance.

So kesimpulannya cerita ini adalah laptop or computer orang cam aku nih (memang kaki computer) ada macam-macam sebab tu tak leh nak berpisah. Bagi yang ada awek or pakwe tu lagi la dorang siap savekan picture lover masing-masing dalam nih, tapi tak termasuk aku ye coz aku still solo lagi. So sesapa nak tackle aku, aku available huahaha. Ha yang masih study or yang memang kerja dia mengadap laptop pun sama la, grenti la komputer memasing tak leh nak berengang walau sehari gan tuan dia kan..kan..kan..

SMT Mahkota Addicted

Aku ulang lagi citer SMT Mahkota. Cerita nih memang berhantu la, kasi aku addicted je gan novel nih. Aini memang ada banyak idea and cara dia olah cerita memang ceria, lain dari yang lain. Dah lama dah tak kena penangan cam ni (ulang baca novel). Novel ni memang lain dari yang lain kerana ia berunsur semangat berpasukan, semangat untuk berusaha, perasaan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, ada unsur pengajaran, pelajaran, ilmu yang berguna, siap boleh belajar bahasa jepun lagi ni. So, tuk sesiapa yang terbaca blog aku, aku paksa korang tuk baca novel SMT Mahkota ni. Semoga korang boleh join sebagai SMT Mahkota addict hahaha.. Daripada dok la baca novel cinta yang hanya main putar belit tempat sama yang dah naik muak dah aku baca, ada baiknya korang try penangan novel SMT Mahkota hasil karya Nurul Aini Bakar di blogspot beliau http://nurulainibakar.blogspot.com/ (aku dah siap boleh hafal dia punya url link lagi). Asal buka je internet, antara yang paling awal aku masuk adalah webpage beliau. hehehe semestinya 1st page aku buka e-mail aku, no 2 baru la dia punya page. Aku jenis tak suka serabutkan e-mail box aku so memang aku baca suma yang patut baca and delete mana patut delete hasilnya box aku memang bersih/clean.

Sekarang kalo korang perasan (yang mana orang awal penah masuk and baca post aku akan perasan yang aku dah ubah page nih. Ada la yang aku add sesikit memandangkan aku dalam pengkajian camne nak cantikkan blog aku nih. Wes ok la guys, aku pun nak tido dulu la dah kul 1.30 pagi dah nih. hmm perancangan esok???(dok pikir) Aku ajat nak kuar tenangkan otak kat KLCC. Haaaa!!! bukan kat dalam bangunan la, apa kes aku nak tengok konkrit lagi coz kat keliling rumah aku pun konkrit jugak nih. Aku ajat nak lepak kat taman KLCC tu sesorang, cari ketenangan jiwa, dah lama aku tak wat lagu tu. Nak muhasabah diri la kejap. hahaha

Saturday, October 18, 2008

ISU MASJID AL-AQSA

Ari nih takdak apa-apa yang aku buat selain membuta since aku tak mengadap laptop aku. Pikir-pikir, memang malas nak tulis apa-apa ari nih. Tapi aku ada la terbaca blog seorang Rahman yang suka berkongsi cerita and berita. Sudah memang hobi aku membaca blog orang tapi masih belum mengkaji camne nak link kan dorang pya blog gan blog aku nih. So aku copy paste la apa yang aku baca dari blog dia nih.


Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam


Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

Nak baca banyak lagi Ilmu berkaitan pasal agama boleh la p melawat blog: http://rahman.yoll.net/

Friday, October 17, 2008

cam wajib la pulak

Tak tau nak post apa kat blog aku nih. Hehehe. Blog lama aku dulu aku post time aku ada idea je. Tapi tuk blog nih kalo boleh aku nak post hari-hari la. Semalam tak dapat post coz kengkawan aku pakai internet sampai tak ingat kat aku. So aku tido gan kempunan nak postkan cerita aku semalam. Sedey gak bila harta kita cam bukan harta kita nih. Tapi dah kawan kan, lagi pun aku nih jenis tak cakap banyak la. Bila aku cakap sekali dorang still nak pakai, aku terus diam je la. Korang dah besaq panjang dah, malas aku nak tegur sampai 10kali nih. Cam sindir je nih ye dak. Hehehe. Tak la sindir tapi nak lepaskan frust d hati je. Nak kata aku marah tak la tapi aku merajuk je gan diorang nih gan tido awal (awal apanya bila aku tido pun dah kul 1 pagi lebih dah coz dok nanti nak pakai internet nih). Eh bengang gan marah nih benda yang sama ke hah? Coz aku bengang gak la bila orang pakai internet time aku nak wat keja aku semata-mata dia nak chating je. Tak pepasal aku pun dok kena tunggu giliran nak pakai. Sudahnye lepas sahur aku terus buka internet. Nak lepas gian coz seharian kelmarin aku tak dapat guna internet. Tapi selamat gak la aku buka pagi tu, kalo aku buka malam grenti la aku tak dapat tido punya coz dok pikir pasal novel SMT Mahkota yang asik la kena tunggu sambungan dia disaat yang mendebarkan. Pandai Aini nih kasi aku berdebar and tak sabar-sabar. Selalu kena tunggu dia post tuk tahu and nak redakan tanda tanya yang penuh kat minda aku nih. Nowadays, aku kalo buka je laptop grenti takdak page lain dah yang aku terkam dulu selain blog page dia.

Wednesday, October 15, 2008

BLOGGER BLOGSPOT

Hehehe baru aku nak belajar guna blogspot nih. Dulu aku slalu pakai yang blog, tapi asik tengok orang pakai blogspot je so aku pun nak join the club lah. Mudah le ckit aku nak post comment aku kat geng blogspot cam Tun Dr. Mahathir ka, kat kengkawan ke. Selalu je aku download lagu kat geng blogspot cam lagu top masa kini(muaturun.blogspot.com) and ini aku punya citer (akusape.blogspot.com) dengan bangganye tertulis blogspot tuh. So aku nak join le reramai blog nih.

Tengah pagi buta nih(12.56a.m) tangan aku nih rajin je nak merapu cam diaorang yang kaki merapu. biasa la...

Aku ni jenis tak cakap banyak walau sebenarnye banyak aku nak kata, so ni adalah antara cara untuk hati aku berkata-kata. Jenis malas nak buka mulut nih susah gak kan..kan..kan.. Tapi bagusnye orang cam aku nih tak suka mengata orang lah coz nak buka mulut pun malas (buka mulut nak cakap banyak or repeat ayat sama tapi bab makan aku still laju je. hahaha)
Aku pun bukan spesis burung hantu (owl) or kelawar (bat) atau yang sekeluarga gan kelawar yang dikenali sebagai batman yang glamour masuk tv tuh. Aku nih low profile la sikit (cet prasan le tuh low profile).

Okes lah, aku rasa cukup le dulu aku posting nih sebagai permulaan. Lagipun aku kena la gak prove yang aku memang bukan dari spesis batman or owlman nih. Better sleep.. ada orang kata nak berjaya kena tido so aku pun nak berjaya gak nih. So sesama la kita wat taik mata huahahaha. (Dipetik dari ayat: semua kejayaan berasal dari mimpi, untuk bermimpi kita mesti tido, jadi...jom tidooooo"versi aku le nih") Yang asal aku rasa lagi best tapi aku lupa daaaa, kalo aku dah ingat aku tulis le nanti. Sekarang mata aku dah mengantuk, malas nak pikir banyak dah..soo t-dooooo

Tapi sebelum tdo tu basuh la kaki kalo tak kang ada yang menigau kang and assalamualaikum....