Monday, March 30, 2009

Dah tak tahan sakit dah, baru aku jumpa doktor. Doktor kat Malaysia tak cukup.

Hari Ahad, sekolah aku cuti awal sehari tuk Birthday Sultan Kelantan. So aku cuti direct 4 hari la. Bagus gak, tangan aku dah sakit + kebas + lenguh + banyak lagi la. Tak tahan dah, nak tido malam pun susah, asyik le terjaga sebab TANGAN!

So ahad aku serbu le hospital. Kuar memang la lambat sikit, dalam pukul 8.15 pagi. So sampai kat USM dalam kul 8.25 pagi. Tapi orang yang berbaris sampai keluar pintu dah!!! Huhuhu ramai giler, memang doktor tak cukup nih. Apo boleh buat, aku lak jenis perangai suma nak cepat je. Malas le aku berbaris pepanjang lagu tu. Grenti kalo aku join perbarisan tu, aku dapat no beratus-ratus dah and grenti aku boleh jumpa doktor dalam kul 12 tengahari. So you see, memang doktor tak cukup la.

Aku pun terus drive pegi hospital kota baru la pulak. Eh bukan hospital, tapi klinik kota bharu. Hari tu aku dah pegi kat klinik ni, dia refer ke othopedik gak, tapi lambat sangat tarikh jumpa pakar othopedik dah la time tu aku keja kat KL, so aku skip je la. Ha, nak jadikan cerita, aku kena la mengadap doktor yang sama, apa lagi membebel la dia. Kata aku suka bagi alasan, bengang gak la, tapi aku dah tak tahan sakit so aku tadah je la telinga. Aku cakap la aku keja kat KL time tu, dia tanya aku keja apa? Bila aku cakap cikgu, terus le dia kata aku pakai wayar apa sampai dapat masuk kelantan cepat sangat. Ye la tak sampai setahun mengajar dah dapat balik kampung nih. Ces sesuka je tuduh aku pakai orang dalam, macam la perangai aku teruk cam ’orang-orang yang memang suka pakai orang dalam’. Aku pun cakap le aku baru dapat keja kat sekolah swasta kat sini. Laser tul la mulut doktor nih, aku grenti kalo orang jumpa dia ada darah tinggi, grenti naik punya darah tinggi orang tu. Dia kata kalo aku tak pegi kali ni, dia dah tak nak bagi surat dah (surat rujuk ke othopedik). Hmm can’t blame her, ye la kekadang orang suka ambik kesempatan.

So pastu terpaksa la aku pegi pulak ke jabatan othopedik. Hmm memang banyak kali gak la aku kena queue ari nih. Tadi kat klinik masa nak wat pembayaran, pastu masa nak tunggu jumpa doktor. Sekarang kat othopedik lak depan jabatan tu tuk dibahgikan ke bilik doktor yang ada ruang boleh mencelah, bila dah kena panggil, kena nanti kat depan bilik doktor lak. Lepas jumpa doktor, doktor mintak aku ke tempat x-tray lak. Lagi, aku kena queue tuk x-tray. Lepas tu kena nanti result x-tray lak. Total queue = 6. Jumpa balik doktor tadi, kena amik darah, ukur tinggi, berat and sambung sesi soal siasat, tekejut nurse tu bila aku kata aku dah lama ada tanda nih sejak 9 tahun lepas lagi, masa aku form3!. bab amik darah le paling aku tak gemo sesangat, sebab aku takut jarum, tapi boleh la lagi aku jahit baju, tapi jangan cucuk aku gan jarum. Huhuhu... (ha tapi kan aku boleh je derma darah, bukan macam dalam iklan tu, yang orang bagi alasan takut jarum, asal ada semangat nak tolong orang, grenti boleh buat punya) Sumanya abis dekat kul 1 gak la. Tu pun lom wat operation lagi tu, so kena datang lagi la nanti, aku punya ketumbuhan dah besar dah nih, sakit oooo. Doktor tu cakap kejap je operation tu, dalam sejam je, tapi kena puasa la dulu.

Pastu aku kena nanti hujan reda lak,baru boleh pegi ke tempat kereta. Lebat pulak hujan ari nih, tadi masa aku datang, terang –bederang takdak pulak tanda nak hujan.

4 comments:

Si Gadis Yang Mahu Petik Bintang Itu said...

yong,,tangan hang dah ok ka?

Yong said...

hmm aku lom wat operation lagi nih. bila time hujan dia sakit la.. huhuhu sian gan aku. kekadang aku pk nak amik pisau kat dapur tuh, wat operation sediri. wat style cina wat gaya kungfu pedang tu, belah je sediri. hahaha.
tah la,org hospital lom col tuk temujanji. kekadang aku nih bendul la sikit, tak reti nak belakon. so memang tak reti pura2 tangan dah teruk. selalunya selagi aku boleh tahan, aku tahan je la. sian kan kat aku yang comei nih. hahaha

Si Gadis Yang Mahu Petik Bintang Itu said...

ish2..ang jgn la ambil pisau..aku sarankan amik je pedang samurai ker..kapak ke...hahahaha...ushh Yong..jgn main2 bab2 sakit ni...macam ne nak jadik happy go lucky lagi..kalo asyik sakit je..siannyar ang...pa pun..ang jgn lengah2kan tau..take care bebeh

Yong said...

pedang samurai aku boleh terima lagi,asal dia tak potong dua tgn aku.klo kapak aku rasa tak sesuaiiiiii..hehehe. hmm aku pun xnak lengahkan tp doktor tu yg lengahkan..huhuhu