Monday, November 9, 2009

Pakai kad kredit, salah ke?!@#$

Salahkah aku menggunakan kad kredit? Bukan aku nak menunjuk aku ni anak orang kaya, just lebih selamat dari carry duit yang banyak kat tangan. Ayah aku risau kalau aku bawak duit banyak, so dia buatkan aku kad kredit. Lagipun ayah aku tahu aku bukan seorang yang boros dalam berbelanja, inikan pula boros dengan harta orang, walaupun orang tu ayah aku. Aku pun tahu susah nak mencari duit jugak. Aku pernah bekerja, jadi tukang fotostat, salesgirl, cikgu, pensyarah, dah banyak tempat aku kerja. Aku dah rasa susah nak dapat duit.
Jangan la nak tuduh aku suka hati. Macam la aku tak tanggung/tolong family langsung. Takkan aku nak tayang kat orang kalau aku tolong family macam ’dia’. Beli barang dapur pun nak kecoh ke? Aku ni bukan setakat mak bapak aku bagi, adik aku pun aku bagi jugak, abang aku pun aku tolong mana patut. Ada aku kecoh nak menayang kat ’dia’? bagi seratus kat mak pun kecoh ke?
Walaupun ayah aku berkerja, aku still la ada rasa nak tolong dia walau dia ada gaji sendiri yang sentiasa lebih untuk boleh disimpan.
Mentang-mentang aku pakai kad kredit, ingat aku tak bayar ke? Takkan la aku nak bayar kad kredit pun kena report dengan dia kot? Bayar PTPTN pun nak kena report kat dia? Apa nak kecoh-kecoh?!@#$%. Orang bukan nak dengar sangat kisah sedih ni, macam orang selalu kata kawan senang, senang la nak cari, kawan susah, memang susah nak dapat. So buat apa nak cerita semua kedukaan kita? Cari la seseorang yang lebih memahami. So yang sentiasa menjadi tempat aku mengadu, mesti la the most best friend aku; shery. Sebab dia pendengar yang paling baik bagi aku dan selalu bagi idea yang baik. Seorang yang akan menasihat bila dia rasa perlu menasihat aku, atau bila aku bertanya pendapat. Sherry jenis tahu bila aku perlu dibasuh atau bila patut aku dibiarkan bersendirian. Setakat aku kenal sherry, aku belum jumpa perkara yang menyakitkan hati aku.
Aku jenis tak berkira la sangat bab duit, ada duit lebih boleh aku tolong member. Setakat share or pinjamkan mana patut tu, aku no hal. Tapi tu tak bermakna aku ni KAYA! Aku pun dapat duit macam yang lain jugak, duit elaun. Just aku tahu nak guna buat apa. Bagi aku kalau aku share, aku dapat tolong orang, dapat pahala, rezeki aku pun bertambah. Lagipun aku mana ada tanggungan, setakat hulur sikit kat family, no hal lah. Harta boleh dicari, family mana boleh dibeli kasih sayang mereka dan jasa parents yang sejak kecil membesarkan aku nih.
Aku rasa tak salah kalau aku cakap ‘duit aku yang lepas pun aku belum habis guna, dah masuk duit baru.’ Tu bukan bermakna aku ni anak orang kaya yang duit sentiasa dilimpahkan macam hujan oleh mak bapak aku. Don’t judge a book by it’s cover lah. Dah tempat aku asal ’KELANTAN’ kos hidup rendah, so kalau aku shopping pun bukan abis banyak mana sangat walau dapat banyak barang. Lagipun aku mana ada pakwe, nak jadi tempat pembaziran berlaku. Dia ada pakwe, so duit habis sebab nak wat topup kredit handphone yang kalau call rasanya lebih lama dari dok dengar lecturer bercakap berjam-jam kat kelas, jalan-jalan gan pakwe. Aku ni pakai telefon line family, so kalau call family mana la kena cas, boyfriend tak dak. So kos aku bukan la banyak sangat.
Memang terasa hati giler aku gan dia nih. Aku pakai ayat duit elaun lepas lom habis sebab aku takut duit masuk awal bulan 11, karang hujung bulan dah kering, kena nanti duit masuk hujung bulan 12 pulak (kot la duit masuk lambat bulan depan).

No comments: