Sunday, January 30, 2011

bola..ooo..bola...tahniah pasukan Kelantan.


bola..oooo bola....
Kelantan menang lagi.. hahaha happynye kat Pemain Kelantan yang sekali lagi mengharumkan nama Kelantan. Congrats guys! Alhamdulillah, persembahan cemerlang tu. Semoga terus success. Tengok! even ada 5 orang keluar dari pasukan Kelantan, Kelantan tetap unggul. hehehe berlagak kejap( astaghfirullahalazim mintak jauh).
So semoga korang terus unggul ye, Kelantan Cemerlang, gemilang, terbilang. Amin...

Dr. Cinta dah keluar this February! Novel patut beli.


berapa ramai yang dok nanti novel Dr. Cinta? Ramai aku rasa. Dan salah sorang yang dok menanti sekian lama tu ialah AKU!
Tadi singgah kedai buku, pergi book novel tu lah. Siap booking lagi tu, nanti novel sampai, pihak kedai terus call. Diaorang kata minggu depan akan sampai kat kedai diorang. Bagus tak perkhidmatan kedai Muda Osman ni? Cayalah... lagi bagus kalau dia order bebanyak buku coz grenti la abis, sumber pembeli ada kat sekeliling tu, USM students, SMKKK1 pun dok sebelah tu je. Yang bagusnya kedai buku kat Kelantan ni, diorang takde kad ahli tau, semua orang yang nak beli novel, akan dapat je diskaun 10%. Diskaun 10% ni pulak memang sentiasa ada, tak pernah putus lah. Buku lain pun ada je diskaun, tapi ikut masa dia lah. Contohnya bulan ni (januari) diskaun kamus dwibahasa -harga asal RM14.95 jadi RM9.50 je. Yang kamus besar oxford english-english- malay pulak dijual harga RM 20.95 dari harga asal RM29.95.
Aku tiap kali nak beli novel, memang time aku balik kat kelantan je aku beli-kat muda osman & Pustaka Seri Intan. Tapi memang singgah Muda Osman dulu coz tu la kedai buku aku sejak dari kecik sebelum wujudnya Pustaka Seri Intan. Kedai-kedai ni memang sentiasa bagi diskaun 10% kat sesiapa saja yang beli novel melayu. Novel english, ada time promotion je ada diskaun. huhuhu sedih, kan bagus english novel pun ada diskaun sentiasa, coz ye lah, novel inggeris ni lagi mahal lah. aku beli yang betul-betul ramai recommended je. Cam Danielle Steel, Set twilight, harry potter and ada la sikit lagi yang best je tau.
Ok back to Dr. Cinta, ia jenis novel komedi cinta bagi aku, ada banyak lawak nak kasi hilang stress. So jom pakat beli novel ni ramai-ramai. Grenti korang suka sangat gan novel ni punya. Hehehe aku dok promote ni agak-agak dapat komisyen tak? Memang tak lah, tapi aku cadangkan korang beli lah novel ni, best bangat. nak baca sikit tak? nak tengok cara penyampaian dan penulisan dyadilla dalam Dr. Cinta? ok masuk blog dia ni : http://dyadila.blogspot.com/ . novel dia sumanya best-best. Aku harap novel Kerana Kau pulak bakal terbit. try la baca, novel tu memang best, lain terus cara jalan cerita and penyampaian dia tau.
kalau 'Dr. Cinta', novel jenis romantik kelakar nak gelak sampai terguling-guling. Yang novel 'Kerana Kau' pulak jenis cerita konflik, cara ulasan yang menarik. Masa aku baca novel ni, coz novel ni pun sentiasa je di update dengan novel 'Dr. Cinta', aku terpikir macam mana la dyadila ni boleh tulis 2 konsep novel yang berbeza terus dalam satu-satu masa. Sekali tengok macam ada 2 orang yang tulis je. Coz cara olahan yang berbeza terus. Ok maksud aku, cuba tengok penulis lain; Norhayati Brahim yang paling banyak tulis novel kan, dia ada gaya yang sama, corak bahasa yang sama, sampai memang boleh hafal/faham corak penulisan dia; yang perempuan grenti tenang giler, cool semendang kata Nurul Aini Abu Bakar, hehehe dan corak dialog dia yang hampir sama. Aku memang boleh agak dia punya buku even kulit dia dibalut based on language style je. Memang banyak dah aku baca novel Norhayati Brahim ni, so macam dah biasa dengan corak dia.
Akhir ulasan, kenalilah novel 'Dr. Cinta' dan 'Kerana Kau' yang ditulis oleh Dyadilla. Anda boleh tengok perbezaan dia. Masuk je website dia kat link tu ye. 'Kerana Kau' tak tau bakal terbit bila, tapi ada je permulaan cerita novel ni dalam website Dyadilla. Semoga 'Kerana Kau' pun boleh diterbitkan..amin....

best nye tak sabar nak baca Dr. Cinta..lalalala

Monday, January 24, 2011

flashback...




tetiba aku buat flashback even now I'm lil bit busy with all the reports need to be settled before end of this week.
tengok balik apa aku tulis kat blog ni, yang mana isu best, kelakar, jenaka tak ingat dunia. Macam la aku banyak sangat masa. i totally agree with one of the blogger yang ada mengatakan yang menangguh kerja ni adalah seorang pencuri masa jugak. time sekarang ni pun dah lewat, pukul 1.30 pagi. belum tidur pun lagi, sok nak bangun awal jugak, kerja...
kekadang nak je aku ponteng kerja, tapi takkan la kot aku nak buat onar dengan tabur pasir dalam periuk sendiri.
baca komen dari seorang blogger, dia kata tak paham apa yang aku tulis coz aku tulis guna melayu penuh. lama dah aku tak praktik aku punya english semoga still melekat la. risau jugak aku, coz lama tak praktik nih. dah la aku sekarang ni dok kat sini susah nak jumpa orang yang boleh dilawan bercakap dalam bahasa inggeris. habis aku kali ni..!@#$%
comel dia tidur, cam aku je
kurang mengantuk coz petang tadi dah tidur sejam lebih jugak la. masa keja kelmarin, rasa mengantuk yang amat. so balik aku terus tidur. tak peduli dah pasal makan, mata aku asyik imagine bantal je.

Friday, January 21, 2011

40 000 ekor ketam dan 100tan matrik ikan yang menjadi makanan burung turut mati


SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.


FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.

Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .

Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. - Agensi

cadangan otak sengal-bagi burung tinggal dalam bangunan yang pasang heater jugak lah.hehehe grenti hidup selesa-tak payah bagi fur coat kat burung-burung coz depa dah ada.

dicopy terus dari KOSMO dunia.


Teori serangan UFO keatas burung


burung yang jatuh dari langit?

Pada malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).

Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.

Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.

Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.

Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.

"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.

Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.

Kiamat

"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.

Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.

Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.

Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.

Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.

Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.

Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.

Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.

Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.

Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.

Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.

Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.

Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.

Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.

Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.

Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.

Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.

Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.

"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?

"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.

Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.

Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.

Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.

Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.

- KOSMO!

Thursday, January 20, 2011

payah nak comment nih..hehehe


to mizah..huhuhu jadi cmni la tiap kali nak post comment kat hang. kita boleh nampak word verification tapi box nak type perkataan tu tak de. lepas habis usaha baru dapat..main bantai tekan anak panah kiri kanan bwh atas segala. bila dah keluar box tu. nak tekan post/publish comment pulak takde. yg tu part yang paling payah. nampaknya hang kena adjust la kat setting kot kasi panjang sikit tempat nak comment tu or terus separate kan terus dari page ang. lagi mudah kot.
apa-apa pun happy belated birthday ye.

Wednesday, January 12, 2011

Minyak masak tak cukup?

Minyak masak tak cukup? Memang dah agak basi cerita ni. Mula-mula dengar pasal minyak masak tak cukup ni, rasa macam kelakar je. Apa tak nye, minyak masak? Sejak bila kita buat air manis pakai minyak masak ye?Or isi minyak keta pakai minyak masak since minyak petrol dah naik harga?

Or sekarang semua dah main goreng je sebab santan dah naik harga? Agak-agak kejap lagi harga minyak masak pun naik.

Macam tak de alternative lain dah nak memasak sampai minyak masak pulak tak cukup. Dulu minyak petrol tak cukup now dah berjangkit ke minyak masak jangan kejap lagi kata minyak berurut pulak tak cukup dah le. Kot la nanti banyak sangat rumah urut dibuka sampai abis minyak urut pulak.

Memang la masak sup pun pakai minyak masak, goreng apatah lagi, lagi banyak pakai minyak masak tapi kurangkan la minyak tu kan. Cuba la pulak masak pakai stim-stew ke pulak. Rebus-rebus ke. Hehehe.

Aku jenis tak suka makan yang goreng, kalau aku masak ayam masak pedas pun aku rebus ayam dulu, tak goreng dah ayam tu, biar ayam tu empuk/masak dengan cara rebus. Kecuali makan tu nak hidang kat orang baru aku goreng. Aku suka yang soft, mudah nak mengunyah makanan ni. So aku cadangkan kat semua orang, tak payah la nak masak paprik ke ayam/daging pedas ke pakai ayam/daging goreng, buat rebus cam aku ni dulu. Kemudian nanti nak buat gravy dia memang pakai minyak, tapi guna sikit je lah. Takde lah banyak=(tahap parah/kritikal minyak banyak) sangat guna minyak tu. Setakat tumis bawang je kasi naik bau.

Makan banyak minyak, muka pun banyak minyak. [Jangan pula perangai naik minyak pun ada sebab banyak sangat telan minyak. Kot la organ dalaman mudah terbakar, kalau organ dalaman mudah terbakar=termasuk hati jugak kan.=marah(naik minyak+amok) hehehe (merapu kejap)]

Saturday, January 8, 2011

banjir dalam mimpi?

Sambungan entry kat bawah-saja nak banyakkan entry.. ( ^_^”)7 *icon garu/gosok kepala.

tinggi pun kena bah jugak!

Agak-agaknya kat area rumah aku yang memang kawasan tanah tinggi ni banjir jugak ke? Hehehe alamatnya time tu separuh daripada kelantan dah tenggelam kecuali area bukit cam gua musang(area atas bukit) yang tak tenggelam= baru la rumah aku ni banjir(maksudnya area rumah aku ni kawasan tinggi jugak). Hurm tapikan aku pernah mimpi yang kawasan rumah aku ni naik air/banjir ada la paras betis/calf jugak. Dalam mimpi tu best je main air, pastu ada banyak la benda yang dalam sungai tu naik ke darat jugak=ikan hehehe(agak-agak ada tak dolphin, tak ingat dah hehehe).

kapal tarik rumah

Bila aku sedar dari mimpi tu, aku imagine sendiri kalau la banjir tahap tu grenti ada buaya, ular species yang merbahaya kot kena kejar jerung hahaha. Pastu kalau tetiba tengah syok main tu, tetiba aku terberlari kearah tebing sungai yang curam tu? Jatuh dalam sungai yang grenti time tu dalam yang mampu/membolehkan kapal dagang kat selat melaka pun boleh lalu/ kapal titanic ke? Selamat ke aku?bila dibawa arus laju, air yang dalam? Seram sejuk je rasa time aku imagine tu.

best main air-kejar dia!

But on the bright side dalam mimpi tu, aku yang pengemar main air ni memang bermuka happy je dalam mimpi tu sebab rasa cam main kat tepi pantai je(sebab dalam mimpi aku tu, aku tengah berlari-lari gan kawan-kawan aku sebab ombak kecil dari sungai datang) hehehe. Sayang jugak aku terjaga awal, tak tau apa motif mimpi tu or apa konflik dia(yang kalau konflik/klimak dia banjir memang tak menjadi la kat aku sebab konflik banjir bagi aku bukan konflik bagi pengemar main air macam aku ni).

Tapikan, apa makna mimpi tu? Mimpi tu masa aku form 1 kot or form 2 or maybe year 6 tapi aku rasa macam masa aku form 1 je.

Tetiba sentuh topic banjir ni mengingatkan aku pada mimpi tu.

Few other dreams/nightmares that I still can remember. Nanti la aku share lain kali. Termasuk la kisah aku dengan 2 giants. Hehehe. Mimpi ni berulang banyak sangat time aku demam masa aku kecik dulu. Hingga aku darjah 4-demam terakhir aku masa sekolah rendah. Aku jenis payah demam. Dari yang darjah 4 tu, aku tak demam hingga aku form 5. bayangkan lama tak lama sampai aku tak tau macam mana rasa demam. Hingga la aku rasa sejuk terketar-ketar cam duduk atas iceberg kat kutub utara or cam kena kurung dalam peti sejuk, and kawan aku tengok aku. Dia tegur aku kata aku demam, yang time tu aku tak tau pun, yang aku tau mata aku mengantuk tahap tak ingat, dan duduk bawah kipas menyebabkan aku sejuk.

-cara nak hilang kan demam =aku Cuma perlu telan 1biji je ubat.--------

=takut ubat ke?

=>takde lah, cuma tak suka makan ubat je hehehe tak best pahit. kategori apa kah itu? kategori tak suka la kan hehehe,

---------------------. pastu sihat dah. Hahaha

=tu kira jenis antibody kebal jugak la, Cuma perlu 1 ubat je.

=>betul,betul,betul

Friday, January 7, 2011

Pernah main air banjir?





Soklan tu memang special time musim hujan ni kan. Kat kelantan baru start banjir. Melepas cousin aku nak bawak anak dia main air banjir. Selalu dia memang excited bab banjir ni.

So, korang pernah main air banjir tak? Aku DENGAN BANGGA,CONFIDENT CONFFESS KAT KORANG YANG AKU BANGGA AKU PERNAH MAIN AIR BANJIR! (^_^) Best woo main air banjir ni, siap main rakit buluh lagi aku dulu.

Dulu kala, masa aku still kat sekolah rendah, rumah nenek aku still rumah papan yang ada tangga tu, time tu every year banjir kalau aku tak silap.

Kerja aku adik beradik+cousin aku = main air+rakit buluh sampai tak ingat naik rumah, sampai kena marah main dalam air je keja. Lintah+ pacat kitaorang tak peduli pun. Tak takut pun. Kalau nampak menatang tu, main pijak je pun.

Best tak dengar ceter ni? Jom ramai-ramai main air banjir! Tapi jangan pulak korang main kat tempat arus deras or dalam sangat, takut hanyut pulak nanti.

Bila besar ni,malu pulak nak pegi main air ni. Hehehe kalo tak ingat dah besar, gamaknye aku pun pergi main air.

Kalau kat rumah aku yang tak pernah banjir ni pulak, aku suka main hujan dengan kengkawan. Sama je gaya dia, tak ingat rumah la kalau jumpa air, terjerit-jerit mak aku panggil balik sebelum ayah aku balik kerja. Hahaha. Memang la..ingat kisah dulu memang best siot. Best kalau aku still budak, grenti aku pun main air lagi.

Cuba korang bayangkan….hujan lebat, air penuh kat padang depan rumah(anggap je korang yang takde padang tu, korang dok main kat padang kat rumah aku ni)korang sebagai budak,ada kengkawan(kawan aku dulu siap datang rumah panggil main hujan , tak pun diorang call, set nak main hujan time tu.) hehehe. SO APA LAGI…JOM LA MENGELONGSOR KAT TENGAH PADANG TU MACAM PEMAIN BOLA PROFESIONAL BARU LEPAS JARING GOLLLLL!!!!!!!!!! Hehehe best tu, pastu main kejar-kejar. Pegi kat umah orang/kosong, tadah kepada kat tempat corong yang kuar air hujan dari bumbung rumah korang. Besttttttttttttttttttttt. Those were the days….miss it so much….

Hujan oh hujan










tengok!tengok!memang jalan raya pun penuh air!



7 januari 2011, jumaat

Hujan belum berhenti dalam 2hari ni..hari ni pun hujan. mak aku punya la dok mintak hujan jangan berhenti lagi… excited yang amat pulak dia nak mintak banjir. Apa la mak aku ni, mentang-mentang kami duduk kat kawasan tinggi, boleh pulak dia mintak banjir. Sesetengah kawasan dah banjir dah. Dengar dalam berita tadi cakap dah 800 lebih yang terlibat banjir.



rumah ni selamat buat tinggi-aku tengok trus imagine pulau di tengah-tengah lautan...terputus..tapi boleh main sampan or bot(main je keja ye)dekat dengan sungai. utama yang akan bawa arus ke sungai kelantan, bahaya kalau nak main




selamat lepas lagi tuk aku balik rumah! kalau tak, mati kereta dalam air tu.






Tadi aku balik kampong, kampong aku tak banjir ye, sejak nenek aku wat rumah baru ni lom pernah lagi banjir. Masa aku kecik dulu pernah la.

Semalam kawan aku message Tanya kawasan aku naik air tak, lupa gamaknye si Nadia tu yang area rumah aku ni tinggi. Aku cakap kat dia, kalau kawasan rumah aku banjir, kira cam dah ½ kelantan dah banjir.



warna awan lebih kurang sama dengan bangunan kelabu ni jugak!





Thursday, January 6, 2011

Blog strolling...ter'strolling' masuk blog lama...


Sejak dua tiga hari ni or sejak 2 minggu ni aku buat blog strolling hehehe asyik le dengar blogger lain sebut blog walking je. meh aku guna blog strolling(meh tiru aku guna perkataan ni pulak, tak pun cakap sauntering ke), coz aku memang strolling je ni. boring punya pasal...so I stroll from blog to blog. Banyak yang menarik. Tapi kebanyakkan dah 2 3 hari tak update.
Aku memang suka melepak kat p2u tapi tu la, dia novel yang dia letak banyak yang baru. aku yang jenuh nak baca. ye la, baca separuh-separuh je, eh bukan separuh pun..dikit-dikit je. Memang tak boleh salahkan pihak p2u, sebab dia nak tolong orang yang nak berkarya. Tapi tu la, aku jadi pening-bayangkan aku baca hari ni 5 cerita yang separuh-separuh. Lepas tu esok ada 6 lagi cerita sekerat-sekarat yang title dia memang lain dari yang aku baca 5 kelmarin. pastu macam tu la yang seterus harinya. sehingga la, minggu depan baru dapat baca sambungan minggu ni. So tok nenek (dah malas nak pakai bapak) banyak keliru aku-otak macam dah sengal-sengal dah, nak kena picit-picit pulak, takut rosak otak aku ni. konon nak kasi baik sebab tu nak picit, kang jadi lempeng, bukan setakat sengal-sengal aku dapat. tapi terus tak rasa apa-apa sebab dah mati. hehehe.
Stroll punya stroll, memang aku dah boring jugak dengan acara santai nih. So aku masuk blog lama-berkulat-rahsia-hati aku. aku masuk muka depan je la, rindu nak baca cerita lama, diari aku jugak la blog ni. tetiba aku rasa nak buat entry kat blog tu. TAPI! .......MASALAH BESAR! sebab............... aku rasa korang pun dapat agak and tahu................
AKU TAK INGAT!diulang...AKU TAK INGAT EMAIL EVEN PASSWORD!@#$% memang sengal terlebih dah otak aku nih. korang bayangkan..... E-MAIL SENDIRI, INGAT-INGAT LUPA=GUNA PERKATAAN 'LUPA' JE TERUS! PASSWORD INGAT-INGAT LUPA=MEMANG 'TAK INGAT' LA TU!(tak payah bagi ayat penyedap ingat-ingat lupa dah) jadi apa yang ada- memang bukan setakat sengal dah aku rasa-giler dah ni. aku nak mis-match menatang apa dengan apa, coz memang tak nampak, tak ada apa-apa dah. kacau+kecewa+lalai+lupa=KACAWALI(KECUALI) bukti yang blog tu memang aku ada dan memang ada di alam cyber nih, tu je la aku ada sebagai bukti aku pernah menulis kisah hidup aku kat situ, macam best je blog tu, picture dia...kata-kata yang memang menyentuh jiwa lah, penuh dengan phalsampah(falsafah@philosophy). Suma blog(5blog) suma best je ayat dia-puji diri sendiri coz memang takdak orang dah nak puji. (*J*)
Agak-agak macam mana aku nak masuk ye. Aku rasa macam pengidap amnesia dah pulak, tergagau mencari identiti diri(password n email) or mencari diari hilang untuk disambung kisah kehidupan yang pernah hilang dulu dengan kisah kini, kira cam update kisah terkini lah lepas lama tak menulis sebab diari hilang or aku sendiri hilang(padahal aku ada je). huhuhu.-AYAT PENING-PENING LALAT.

Yong: a tangled tale!@#$%& (T_T)














Yong: a tangled tale?
Best tak title dia? Sound cam sengal je kan? Memang otak tengah kebas-kebas, sengal-sengal sikit nih. Tangle dia cam gambar sebelah ni la. huhuhu
(T_T) celaru lagi hidup aku even dah hari ke enam tahun baru. jadual tak menentu lagi, aku ni macam tak tau nak urus jadual diri sendiri pulak dah. Hampeh tul la, tak best la. Camne eh? Kebiasaan yang sentiasa aku buat, aku tak buat. Selalu aku tampal memo kat purse aku, yang grenti aku akan lihat sentiasa. Tapi tahun ni tak buat la pulak.
Lagi satu problem=malas.!@#$% tak leh nak kata apa dah la kat diri sendiri kalau diri dah malas kan.

Tuesday, January 4, 2011

Tentang Dajjal-wajib untuk umat Islam ketahui

Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wa ta’ala, shalawat dan salam semoga tetap tercurahkan kepada baginda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, dan aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan -Nya.

Amma Ba’du:

Di antara fitnah besar yang diperingatkan oleh Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada umatnya dan akan terjadi diakhir zaman adalah fitnah Dajjal. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahih mereka berdua dari Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan para shahabatnya, lalu beliau memuji Allah subhanahu wa ta’ala dengan pujian yang agung, kemudian beliau menyebut fitnah Dajjal dan bersabda: Sesungguhnya aku telah memperingatkan kepada kalian tentang perkara ini, dan tidaklah seorang nabi pun kecuali dia telah memperingatkan kaumnya dengan perkara ini, Nuh telah memperingatkan kaumnya dengan perkara ini, akan tetapi aku akan mengatakan sesuatu kepada kalian suatu perkataan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya, kalian harus mengetahui bahwa dia bermata juling, dan Allah tidak juling”.[1]

Al-Imam Al-Safarayini rahimhullah berkata: Seyogyanya bagi setiap orang yang alim untuk menyebarkan hadits-hadits tentang Dajjal di antara anak-anak, para wanita dan pria, terlebih pada zaman kita ini, zaman fitnah yang merajalela, bencana banyak terjadi, syi’ar-syi’ar sunnah telah memudar, sehingga perkara sunnah seakan menjadi bid’ah, sementara perkara bid’ah sebagai syari’at yang harus diikuti, tiada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung”.[2]

Dajjal adalah seorang keturunan anak Adam, dia memiliki sifat yang banyak, banyak hadits-hadits yang menjelaskan kepada manusia tentang dajjal dan hadits-hadits yang memperingatkan tentang keburukannya, sehingga pada saat dia keluar maka orang-orang yang beriman akan segera mengenalnya dan tidak terfitnah dengannya. Di antara sifatnya adalah bahwa dia lelaki berkulit merah, pendek, congkak, berambut keriting, buta pada bagian mata sebelah kanan, seakan anggur yang mengambang di atas air, pada mata sebelah kirinya terdapat daging keras, yaitu daging yang tumbuh pada bagian permuakaan mata, di antara kedua matanya terdapat tulisan kafir, setiap orang mu’min pasti bisa membacanya baik dia bisa menulis atau tidak bisa menulis, dia mandul tidak bisa berketurunan.

Dajjal akan datang dari arah timur di negeri Khurasan, dia akan diikuti oleh tujuhpuluh ribu orang dari Yahudi Ashbahan. Ibnu Katsir berkata: Maka dia akan muncul pertama kali di Ashfahan dari sebuah perkampungan bernama Al-Yahudiyah, dan dia akan diiringi oleh tujuh puluh ribu penduduk kampung tersebut, mereka memiliki senjata dan berjubah sijan, yaitu jubah berwarna hijau, selain itu dia dibela oleh tujuh puluh ribu tentara tatar dan banyak orang dari bangsa Khurasan. Tahap pertama dia muncul sebagai raja yang dictator, kemudian dia mengaku diri sebagai Nabi kemudian dia mengaku dirinya sebagai Tuhan yang memiliki sifat rububiyah. Maka diapun diikuti oleh mereka yang bodoh dari keturunan anak Adam dan orang gembel dari para pengembala dan orang awam. Dan dia akan dilawan oleh hamba-hamba Allah subhanahu wa ta’ala yang shaleh yang diberi petunjuk oleh -Nya, dan tentara Allah subhanahu wa ta’ala yang bertaqwa. Manusia berlari menjauhinya menuju gunung-gunung, dan berkelana di atas bumi menghindarinya, maka dia tidak meninggalkan sebuah negeripun kecuali dia memasukinya kecuali Mekkah dan Madinah, maka Allah subhanahu wa ta’ala mengharamkannya memasuki kedua wilayah tersebut, sebab para malaikat tetap siaga menjaga kedua wilayah tersebut”.[3]

Dan fitnah Dajjal adalah fitnah yang paling besar sejak Allah subhanahu wa ta’ala menciptakan Nabi Adam alaihis salam, hal itu disebabkan karena Allah subhanahu wa ta’ala memberikan kemampuan baginya untuk menampilkan perkara yang luar biasa dan diluar jangkuan manusia, yaitu perkara yang membuat akal menjadi terkagum-kagum dan membuat pikiran menjadi bingung. Di sebutkan bahwa bersamanya surga dan neraka, surga yang dibawanya sebenarnya adalah neraka dan neraka yang ikut bersamanya pada hakekatnya adalah surga, dia juga memiliki sungai dari air, roti bergunung-gunung, dia memeritahkan langit untuk menurunkan hujan maka terjadilah hujan dan dia juga memrintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman maka tanamanpun tumbuh dan harta perbendaharaan bumi setia mengikutinya.

Dia berjalan menempuh jarak yang jauh dengan kecepatan yang tinggi, sama seperti kecepatan hujan, angin mengikutinya dari belakang dan banyak lagi peristiwa luar bisa yang terjadi pada dirinya. Semua yang terjadi di atas telah disebutkan di dalam hadits yang shahih sebagai ujian dan cobaan dari Allah, agar orang yang ragu-ragu menjadi binasa dan orang-orang yang bertaqwa menjadi selamat. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Hudzaifah RA berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sungguh aku lebih mengetahui dari diri Dajjal sendiri tentang apa-apa yang dibawanya, dia akan membawa dua sungai yang mengalir, salah satunya bisa disaksikan oleh mata, yaitu air yang putih bening dan yang lain dengan pandangan mata akan terlihat api yang menyala-nyala. Jika salah seorang mendapatkan hal itu maka hendaklah dia mendatangi sungai yang terlihat seperti api, hendaklah dia memejamkan matanya kemudian menundukkan kepalanya dan hendaklah dia minum darinya, sebab sesungguhnya hal itu adalah air segar dan Dajjal adalah seorang yang buta sebelah matanya, pada permukaannya terdapat daging yang keras, tertulis “KAFIR” di antara kedua matanya itu, dia akan bisa dibaca oleh setiap orang yang beriman baik dia pandai menulis atau tidak”.[4]

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Nawwas bin Sam’an tentang Dajjal bahwa para shahabat berkata: Wahai Rasulullah, berapa lamakah dia akan tinggal di bumi ini? Rasulullah Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Empat puluh hari, satu hari seperti satu tahun, satu hari seperti satu bulan, dan satu hari seperti satu jum’at dan seluruh hari-harinya seperti hari-hari kalian”. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, hari yang seperti satu tahun apakah cukup padanya shalat satu hari?. Rasulullah Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tidak, akan tetapi ukurlah dengan ukurannya. Wahai Rasulullah berapakah keceptannya di atas bumi?. Rasulullah Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Seperti hujan yang diikuti angin, dia mendatangi suatu kaum maka dia menyeru kaum tersebut dan mereka percaya kepadanya dan memenuhi seruannya, dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan maka turunlah hujan, dan dia memerintahkan bumi untuk tumbuh maka bumipun menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, maka para pengembala pun akan menempuh jarak yang sangat jauh mengikuti padang rumput , dan puting-putting susu gembalaan mereka penuh dengan air susu dan badannya gemuk dan subur. Kemudian dia mendatangi suatu kaum lalu dia menyeru mereka agar beriman kepadanya, maka kaum itu menolak seruannya, maka diapun meninggalkan mereka, akibatnya kaum tersebut mengalami kegersangan tidak memiliki harta, lalu dia melewati tanah yang tandus dan dia berkata kepada tanah tersebut: Keluarkanlah segala apa yang tersimpan di dalam perutmu, maka semua yang ada di bumi mengikutinya seperti suara lebah. Lalu dia akan memanggil seorang lelaki yang muda belia dan menebasnya dengan pedang lalu pemuda tersebut terbelah menjadi dua bagian, dan meninggal dunia, kemudian dia memanggilnya dan pemuda itupun datang dan wajahnya bertahlil sambil tersenyum. Pada saat itulah Allah subhanahu wa ta’ala mengutus Al-Masih bin Maryam dan dia turun dari menara putih di Demaskus, dia meletakkan kedua telapak tangannya di atas sayap-sayap dua malaikat, apabila dia menundukkan kepalanya maka dia akan meneteskan air dan apabila dia menegakkan kepalanya maka rambutnya akan melandai seperti permata, maka tidaklah mendatangi orang kafir dan mendapatkan hembusan nafasnya kecuali dia akan mati, dan nafasnya akan berhembus sejauh pandangannya. Maka Nabi Isa pun mengejarnya sehingga mendapatkannya di sisi pintu Lud lalu kemudian membunuhnya, kemudia datang kepada Isa bin Maryam kaum yang dijaga oleh Allah subhanahu wa ta’ala dari fitnah Dajjal lalu Isa mengusap wajah mereka dan Dia memberitahukan kepada mereka tentang derajat mereka di dalam surga”.[5]

Adapun cara untuk menjaga diri dari fitnah Dajjal, maka Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan kepada umatnya bagiamana cara meraka dalam menjaga diri dari fitnah dajjal, di antara cara tersebut adalah:

Pertama: Berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah, serta memhami nama-nama Allah subhanahu wa ta’ala yang mulia dan sifat-sifat -Nya yang tinggi, yaitu sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh seorangpun selain Allah subhanahu wa ta’ala. Dengan memahami sifat ini maka dia mengetahui bahwa Dajjal adalah manusia biasa yang membutuhkan makan dan minum dan Allah subhanahu wa ta’ala suci dari sifat-sifa tersebut, Dajjal orang yang buta sebelah matanya, dan Allah subhanahu wa ta’ala tidak buta pada salah satu matanya, tidak ada seorang pun yang bisa melihat Tuhannya sehingga dia mati, sementara Dajjal disaksikan oleh seluruh manusia pada saat dia keluar ke hadapan masyarakat baik yang beriman atau yang kafir.

Kedua: Berlindung kepada Allah subhanahu wa ta’ala dari fitnah Dajjal, khususnya pada saat shalat, dan telah diriwayatkan di dalam sebuah hadits yang shahih oleh Imam Muslim dari Abi Hurairah RA bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila salah seorang di antara kalian melakukan tasyahhud maka hendaklah dia berlindung kepada Allah subhanahu wa ta’ala dari siksa neraka Jahannam, dan dari siksa kubur, serta dari fitnah hidup dan mati, juga berlindung dari keburukan fitnah al-masihud dajjal”.[6]

Ketiga: Mengetahui hadits-hadits yang menerangkan tentang sifat-sifat Dajjal, waktu keluarnya, tempat munculnya dan cara agar selamat darinya. Aku telah menyebutkan sebagiannya dan barangsiapa yang ingin memperjelas masalah ini secara panjang lebar maka hendaklah dia membaca kitab Al-biadyah Wan Nihayah, karangan Ibnu Katsir, atau kitab Ittihaful jama’ah, karangan syekh Al-Tuwaijiri atau kitab Al-Asyartus Sa’ah karangan syekh Al-Wabil dan yang lainnya.

Keempat: Menghafal ayat-ayat surat Al-Kahfi. Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan untuk membaca pembukaan surat Al-Kahfi agar terhindar dari fitnah dajjal dan pada sebagian riwayat membaca ayat-ayat penutup surat Al-Kahfi. Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Darda’ bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka dia akan terjaga dari fitnah Dajjal”.[7] Dan di dalam sebuh riwayat: “Dari akhir surat Al-Kahfi”.[8]

Imam Nawawi berkata: Sebab hal yang demikian itu adalah karena pada pembukaan ayat surat Al-Kahfi tersebut terdapat perkara-perkara yang menakjubkan dan barangsiapa yang memahaminya maka dia akan terhindar dari fitnah Dajjal, begitu pula dengan akhir surat Al-Kahfi. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba -Ku menjadi penolong selain Aku?? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir. (QS. Al-Kahfi: 102)

Kelima: Berlari menjauh dari Dajjal dan yang lebih utama adalah bertempat tinggal di Makkah dan Madinah, sebab Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitahukan bahwa dia tidak akan bisa memasuki Mekkah dan Madinah. Maka hendaklah bagi seorang muslim untuk menghindarinya pada saat dia keluar, sebab Allah telah memberikan kemampuan baginya untuk mempertontonkan perkara yang luar biasa sebagai fitnah bagi manusia, sebab seorang lelaki mendatanginya dan dia menyangka bahwa dirinya memiliki iman dan keteguhan namun dia terjebak menjadi pengikut Dajjal. Diriwyatkan oleh Abu Dawud di dalam kitab sunannya dari Imron bin Hushain bahwa Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang mendengar tentang Dajjal maka hendaklah dia menjauh darinya, demi Allah sesungguhnya seseorang akan mendatanginya dan dia menyangka bahwa dirinya beriman namun akhirnya terjebak mengikutinya karena berbagai syubhat yang yang ada padanya saat dibangkitkan atau kerena berbagai syubhat yang menjadi sebab dibangkitkannya, seperti inilah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda”.[9]

Kita memohon kepada Allah subhanahu wa ta’ala agar Dia melindungi kita dan seluruh kaum muslimin dari fitnah Dajjal.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad dan kepada keluarga, shahabat serta seluruh pengikut beliau.

by Dr. Amin bin Abdullah asy-Syaqawi

[1] Al-Bukhari: 6175 dan Muslim: 169
[2] Lawami’ul Anharil Bahiyah: 2/106-107

[3] Al-Bidayah Wan Nihayah: 19/205

[4] HR. Muslim: no: 2934

[5] HR. Muslim: no: 2937

[6] HR. Muslim: no: 588

[7] HR. Muslim: no: 809

[8] HR. Muslim: no: 809

[9] HR. Abu Dawud: no: 4319

Reference: http://youngxie-bgdream.blogspot.com/

Tasik ‘darah’ ditemui di Sumatera Selatan


Sumatera Selatan – Merah bak darah! Itulah warna permukaan sebuah tasik seluas enam hektar yang ditemui sekumpulan penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam di sini, lapor akhbar Kompas semalam.

“Kami bersama rombongan 21 orang melakukan ekspedisi di kawasan Rimbacandi dengan menyusuri tebing, hutan, dan bukit bukau selama dua hari untuk sampai ke lokasi tasik merah itu,” kata Asmidi, seorang penduduk tempatan.

Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.

“Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan,” kata Asmidi.

Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya. – Agensi

[Sumber: Kosmo]

http://utusanharian.com/2010/12/05/tasik-%E2%80%98darah%E2%80%99-ditemui-di-sumatera-selatan/

Penjaga gol dapat rumah sebijik!



Wow best giler kan kalau dapat rumah sebijik. tanpa perlu bayar apa-apa dah. tak perlu kena potong gaji pun. takdak gaji jadi sikit sebab kena potong nak bayar rumah, kereta, hutang ptptn lagi. Untung penjaga bola malaysia Khairul Fahmi, dapat rumah sebijik, percuma, dari kerajaan negeri Kelantan sebab mengharumkan nama negara. best giler!!!!
kekadang best je berangan kalau aku dapat hadiah sebiji kereta Mercedes kemudian aku jual, aku wat beli rumah sebijik and wat pergi haji and umrah with my parents, beli kereta baru cikai tapi selesa asal boleh bergerak je, bayar ptptn sampai habis. pastu boleh hidup aman damai tanpa hutang setinggi bukit.
ni tak, abis je belajar kena pikir hutang ptptn pulak, pastu tambah hutang kereta. Dan semestinya aku nak pikir pasal haji jugak, taknak la bila dah tua baru nak pergi Mekah ni, Kalau boleh nak bawak mak n ayah aku jugak. So, huhuhu banyak tu nak kena selesaikan. Really hope aku dapat habiskan suma hutang dengan cepat lah. Pun aku terpikir nak beli rumah lagi. Gaji banyak mana pun cam sesak jugak nafas aku ni tuk capai matlamat aku melangsaikan hutang segala nih.

Monday, January 3, 2011

Happy Birthday Ji!


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Azizi...
Allah selamatkan kamu...
So tu la kisah ari ni, birthday abang sulung aku ni. Aku dah wish even tak la awal sangat. tau-tau la ari pertama persekolahan kan. Haru-biru lagi kehidupan ni. Dengan letak banyak jawatan, almaklum la cikgu baru posting kan. best je kena buli kaw-kaw kat orang besar nih. Dah la tu, aku lupa ari ni ari isnin, aku dok pk hari ahad so aku dok la follow jadual hari ahad, memang hampeh bila dah lepas rehat baru la clash gan cikgu lain nak masuk kelas sama baru aku tau ari ni hari ISNIN! huhuhu. apa saja la.
So aku just sekadar wish birthday je kat dia, nak beli kek, grenti la wife abang aku yang beli. Dia pun lorat nak balik rumah in-law dia. biaq pi lah. hehehe. Aku just beli kek kat orang bujang and my parents je kalau tiba bab birthday ni. So jangan kata aku pilih kasih naa.. coz aku selalu je beli kek tuk adik aku a.k.a si bujang lagi. hehehe.

Happy New Year!



lambat aku wish new year kan. tah la langsung takde semangat new year pun. Selamba je aku jalani 1.1.2011@1.1.11@1 januari 2011 ni. hari yang jatuh pada hari sabtu.
Kena jugak pergi sekolah, budak nak daftar, aku kena urus kelas 1A ganti aku punya colleague yang kena daftar anak dia masuk sekolah asrama. Takde la kerja sangat pun. 1A yang daftar pun 8orang je, almaklum la kelas budak pandai, ada dalam senarai sampai 56 orang yang nampak batang hidung 8 orang je, tu pun 8 orang ni dok tunggu rayuan nak ke sekolah berasrama penuh jugak. kelas budak 5A suma la katakan. Sekarang budak-budak mudah je dapat 5A kan. kalau takde A tu macam pelik semacam je tengok.
So ada aku terasa new year ke? memang tak la kan. Just tetiba aku rindukan aku punya favorite lecturer kat ukm dulu. Memang selalu je aku ingat dia, tapi tu la, malu kot nak message dia. So ari ni aku message dia. happy je bila dia reply message aku. biasa la kan..hehehe. Selain tu? My very best friend jugak, lama tak dengar kabar Sharifah Noorkhalida tu..sian dia ye kena Melaka. Bukan melaka tu teruk, tapi dia lebih suka duduk gan mak dia. Best je dia mengajar 14masa je seminggu. hahaha cam pangkat orang besar dah tu. Guru kanan bahasa pun still kena mengajar 17 masa, dia dapat 14 masa je. ok la tu, kena tendang keluar penang pun still syok je melancong kat melaka tu.
So masa call dia, dia gtau member lain punya cerita lah. Asma n Diana dah beli kereta jugak Myvi putih-macam aku jugak. agak-agaknye memang batch ukm ni memang peminat myvi putih, boleh wat club nih.
Diana dah pernah drive dari melaka ke Penang-so surprise lah, aku siap imagine lagi si kecik,katik cam didi yang grenti sekali tengok body cam budak darjah 6 tak pun tingkatan 1 or 2 tu drive keta yang agak besar tuh. hahaha. pastu agak-agak kalau polis saman grenti dorang confuse je tengok budak kecik bawak keta jauh-jauh. hahaha.