Wednesday, January 12, 2011

Minyak masak tak cukup?

Minyak masak tak cukup? Memang dah agak basi cerita ni. Mula-mula dengar pasal minyak masak tak cukup ni, rasa macam kelakar je. Apa tak nye, minyak masak? Sejak bila kita buat air manis pakai minyak masak ye?Or isi minyak keta pakai minyak masak since minyak petrol dah naik harga?

Or sekarang semua dah main goreng je sebab santan dah naik harga? Agak-agak kejap lagi harga minyak masak pun naik.

Macam tak de alternative lain dah nak memasak sampai minyak masak pulak tak cukup. Dulu minyak petrol tak cukup now dah berjangkit ke minyak masak jangan kejap lagi kata minyak berurut pulak tak cukup dah le. Kot la nanti banyak sangat rumah urut dibuka sampai abis minyak urut pulak.

Memang la masak sup pun pakai minyak masak, goreng apatah lagi, lagi banyak pakai minyak masak tapi kurangkan la minyak tu kan. Cuba la pulak masak pakai stim-stew ke pulak. Rebus-rebus ke. Hehehe.

Aku jenis tak suka makan yang goreng, kalau aku masak ayam masak pedas pun aku rebus ayam dulu, tak goreng dah ayam tu, biar ayam tu empuk/masak dengan cara rebus. Kecuali makan tu nak hidang kat orang baru aku goreng. Aku suka yang soft, mudah nak mengunyah makanan ni. So aku cadangkan kat semua orang, tak payah la nak masak paprik ke ayam/daging pedas ke pakai ayam/daging goreng, buat rebus cam aku ni dulu. Kemudian nanti nak buat gravy dia memang pakai minyak, tapi guna sikit je lah. Takde lah banyak=(tahap parah/kritikal minyak banyak) sangat guna minyak tu. Setakat tumis bawang je kasi naik bau.

Makan banyak minyak, muka pun banyak minyak. [Jangan pula perangai naik minyak pun ada sebab banyak sangat telan minyak. Kot la organ dalaman mudah terbakar, kalau organ dalaman mudah terbakar=termasuk hati jugak kan.=marah(naik minyak+amok) hehehe (merapu kejap)]

No comments: