Sunday, January 30, 2011

Dr. Cinta dah keluar this February! Novel patut beli.


berapa ramai yang dok nanti novel Dr. Cinta? Ramai aku rasa. Dan salah sorang yang dok menanti sekian lama tu ialah AKU!
Tadi singgah kedai buku, pergi book novel tu lah. Siap booking lagi tu, nanti novel sampai, pihak kedai terus call. Diaorang kata minggu depan akan sampai kat kedai diorang. Bagus tak perkhidmatan kedai Muda Osman ni? Cayalah... lagi bagus kalau dia order bebanyak buku coz grenti la abis, sumber pembeli ada kat sekeliling tu, USM students, SMKKK1 pun dok sebelah tu je. Yang bagusnya kedai buku kat Kelantan ni, diorang takde kad ahli tau, semua orang yang nak beli novel, akan dapat je diskaun 10%. Diskaun 10% ni pulak memang sentiasa ada, tak pernah putus lah. Buku lain pun ada je diskaun, tapi ikut masa dia lah. Contohnya bulan ni (januari) diskaun kamus dwibahasa -harga asal RM14.95 jadi RM9.50 je. Yang kamus besar oxford english-english- malay pulak dijual harga RM 20.95 dari harga asal RM29.95.
Aku tiap kali nak beli novel, memang time aku balik kat kelantan je aku beli-kat muda osman & Pustaka Seri Intan. Tapi memang singgah Muda Osman dulu coz tu la kedai buku aku sejak dari kecik sebelum wujudnya Pustaka Seri Intan. Kedai-kedai ni memang sentiasa bagi diskaun 10% kat sesiapa saja yang beli novel melayu. Novel english, ada time promotion je ada diskaun. huhuhu sedih, kan bagus english novel pun ada diskaun sentiasa, coz ye lah, novel inggeris ni lagi mahal lah. aku beli yang betul-betul ramai recommended je. Cam Danielle Steel, Set twilight, harry potter and ada la sikit lagi yang best je tau.
Ok back to Dr. Cinta, ia jenis novel komedi cinta bagi aku, ada banyak lawak nak kasi hilang stress. So jom pakat beli novel ni ramai-ramai. Grenti korang suka sangat gan novel ni punya. Hehehe aku dok promote ni agak-agak dapat komisyen tak? Memang tak lah, tapi aku cadangkan korang beli lah novel ni, best bangat. nak baca sikit tak? nak tengok cara penyampaian dan penulisan dyadilla dalam Dr. Cinta? ok masuk blog dia ni : http://dyadila.blogspot.com/ . novel dia sumanya best-best. Aku harap novel Kerana Kau pulak bakal terbit. try la baca, novel tu memang best, lain terus cara jalan cerita and penyampaian dia tau.
kalau 'Dr. Cinta', novel jenis romantik kelakar nak gelak sampai terguling-guling. Yang novel 'Kerana Kau' pulak jenis cerita konflik, cara ulasan yang menarik. Masa aku baca novel ni, coz novel ni pun sentiasa je di update dengan novel 'Dr. Cinta', aku terpikir macam mana la dyadila ni boleh tulis 2 konsep novel yang berbeza terus dalam satu-satu masa. Sekali tengok macam ada 2 orang yang tulis je. Coz cara olahan yang berbeza terus. Ok maksud aku, cuba tengok penulis lain; Norhayati Brahim yang paling banyak tulis novel kan, dia ada gaya yang sama, corak bahasa yang sama, sampai memang boleh hafal/faham corak penulisan dia; yang perempuan grenti tenang giler, cool semendang kata Nurul Aini Abu Bakar, hehehe dan corak dialog dia yang hampir sama. Aku memang boleh agak dia punya buku even kulit dia dibalut based on language style je. Memang banyak dah aku baca novel Norhayati Brahim ni, so macam dah biasa dengan corak dia.
Akhir ulasan, kenalilah novel 'Dr. Cinta' dan 'Kerana Kau' yang ditulis oleh Dyadilla. Anda boleh tengok perbezaan dia. Masuk je website dia kat link tu ye. 'Kerana Kau' tak tau bakal terbit bila, tapi ada je permulaan cerita novel ni dalam website Dyadilla. Semoga 'Kerana Kau' pun boleh diterbitkan..amin....

best nye tak sabar nak baca Dr. Cinta..lalalala

No comments: