Tuesday, May 26, 2009

Haji? Rukun Islam ke-5. kenapa kita perlu pergi dan buat haji? Sebab Kaabah enggan bergerak...(baca la kalau nak tahu)

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....

Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..silakanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

*got this via e-mail from Ida, my course mate.

Sakitttttttttttttttttttttt

Tangan aku sakit giler hari ni. Huhuhu. Well boleh kata exaggerating gak la nih hehehe. Hmm bagi aku macam exaggerate je coz bagi aku ada lagi sakit yang lebih sakit daripada ni.

Hmm macam mana rasa sakit ni?

Rasa sakit yang menyucuk, macam kena cucuk dengan jarum yang tajam kat tangan tanpa ubat bius.

Hoaaa... lagi?

Tambah dengan rasa lenguh + sengal + kebas = sakit!@#$.

Ada lagi... kalau rasa lenguh, grenti, kita rasa nak berkalih, in case with my hand, aku kena baring nak kasi lenguh ni hilang, kira nak ampu tangan aku la kan. Tapi problem nye tangan aku ni tak boleh sentuh, sakit ooooo. Even tersentuh dengan badan aku sendiri dah rasa sakit oooo0o0o0o. Sakit yang digabung ni semua yang rasa aku sebut tu dia jadi = sakit kepala sebab tahan sakit. Tangan sakit aku ni tangan kiri so now aku rasa sakit kat kepala bahagian kiri. Aku bertahan dari masa pagi tadi lagi ni. Huhuhu mana tak sakit kepala, berdenyut-denyut kepala aku. Sampai ada student aku kata aku look severe hahaha coz selalunya aku senyum je(exaggerate lagi !@#$ dia just kata look mad je).

Hypothesis aku?

Hypothesis pertama aku : Hmm maybe banyak sangat orang terlanggar + tertampar tangan aku + peluk aku.

Satu lagi hypothesis aku : sebab benda ni nak tumbuh lagi kot. Huhuhu

boleh pakai ke hypothesis ni? Aku pun tak tau tah la betul ke tak.

Solution : hmm makan la ubat Ponstan (Beafemic) blue capsule. But before that I need to take food. It cannot eat with empty stomach.

Applied : So I ate burger. Hahaha kenyang aku. Baru bantai ubat nih.

*tetiba rajin je aku wat report sains macam masa belajar kat sekolah menengah dulu. Why? Because this morning I invigilated Science exam for form 1.

Monday, May 25, 2009

Mampukah Bahasa Melayu?(topik interview KPLI and DPLI)

*esei yang telah lama saya tulis, cuma sekarang saya sediakan di sini untuk bacaan semua. Mungkin ada yang bakal ditemuduga untuk DPLI dan KPLI. Topik ini sentiasa hangat diperkatakan dalam bilik temuduga. Terutama sekali bagi guru mata pelajaran Sains 'Stream' dan guru bahasa tidak kira ianya bahasa Melayu atau Inggeris.*

Ini menjadi perdebatan hangat dikalangan masyarakat kita pada masa kini. Isu yang sentiasa hangat diperkatakan sejak timbulnya pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Ramai pihak cuba mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan dalam pembelajaran subjek sains dan matematik.

Ya, bahasa melayu bahasa ibunda, bahasa yang melambangkan bangsa kita sebagai bangsa melayu. Ada yang cuba melakukan perarakan bagi membantah subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Menghantar memorandum kepada kerajaan bagi membantah apa yang telah kerajaan tukar. Bagi golongan ini, mereka beranggapan bahasa melayu yang selama ini telah menjadi bahasa penghantar bagi subjek ini tidak perlu ditukar kerana bahasa melayu juga mampu untuk mendidik anak bangsa kita dalam bidang ini. Ya memang benar, ramai pelajar berjaya dalam subjek ini walau diajar dalam bahasa melayu.

Tetapi sedarkah mereka, dalam dunia yang semakin pesat membangun, bahasa melayu tidak mampu untuk mengejar kepesatan kemajuan sains dan teknologi? Sedangkan segala bentuk peralatan sains dan teknologi yang sentiasa berkembang memerlukan istilah baru untuk diberi nama. Hatta penyakit yang baru ditemui sekalipun perlu diberikan nama baru bagi menjelaskannya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, bahasa melayu amat mudah untuk dipelajari. Perkara ini tidak mampu untuk dinafikan. Jika dibandingkan dengan bahasa inggeris dan bahasa cina, bahasa melayu cuma perlu mengambil masa selama dua tahun untuk dikuasai. Amat mudah!

Debat Perdana di TV9 yang menampilkan calon ketua pemuda UMNO iaitu Mukhriz dan ------- turut memberikan pendapat mereka dalam perkara ini; subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. pada pendapat saya, calon ------ yang cuba mengembalikan subjek sains dan matematik dalam bahasa melayu akan membuat kesilapan besar jika kembali ingin mengubahnya. Memandangkan pelajar dan guru sudah mengadaptasikan bahasa inggeris dalam subjek terbabit. Ini akan menambahkan kekeliruan pada guru dan pelajar. Seelok-eloknya kekallah dengan sesuatu keputusan. Pada pemerhatian saya, mukhriz amat menyokong subjek ini diajar dalam bahasa inggeris walaupun beliau berkata perkara tersebut boleh dipertimbangkan semula seolah-olah beliau tidak setuju jika subjek ini diajar dalam bahasa melayu apabila beliau tidak ingin mengulas lanjut tentang perkara ini.

Ahli politik dan para cendikiawan, mereka telah dan amat sedar walau mereka juga ingin mempertahankan bahasa melayu tetapi mereka amat jelas bahawa bahasa melayu tidak dapat menyampaikan segala ilmu dalam bidang sains kepada masyarakat. Buktinya, buku-buku ilmiah di universiti sendiri banyak yang terdiri dalam bahasa inggeris. apatah lagi untuk subjek sains. Buku-buku yang menjadi rujukan di universiti adalah dalam bahasa inggeris.

Mereka harus sedar bahawa, bahasa inggeris amat penting bagi mengembangkan pengetahuan kerana bahasa inggeris adalah bahasa perantaraan dan bahasa dunia. Para pembangkang terutamanya sentiasa cuba membangkitkan isu ini. Janganlah cuba menyembunyikan hakikat yang sebenar kepada masyarakat terutama sekali golongan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, mereka tidak mengetahui hakikat yang bahasa yang menjadi rujukan di universiti adalah bahasa inggeris. apa yang mereka tahu adalah menyalahkan kerajaan yang telah menukarkan subjek tersebut dalam bahasa inggeris apabila anak mereka tidak berjaya dalam subjek itu. Jadi disini saya ingin menyeru kepada semua terutama ahli politik yang sentiasa menjadikan isu ini sebagai bahan perdebatan mereka untuk meraih undi, jangan hancurkan bangsa sendiri. Kita perlu membangun dan bersaing dengan bangsa lain di dunia. Tidak salah untuk mempelajari ilmu dalam bahasa inggeris. kenapa tidak kita mencontohi India? Untuk bangkit dan berjaya masyarakat di India perlu berbahasa Inggeris, ia seolah-olah bahasa wajib mereka selain bahasa tamil sendiri.

- Bahasa Melayu adalah bahasa pengantaraan di rumah dan di mana-mana sahaja jadi pelajar sudah mahir berbahasa Melayu. Mereka perlukan latihan yang lebih dalam bahasa Inggeris. Waktu yang ada bagi subjek tersebut tidak memadai untuk mereka menguasai bahasa Inggeris. Jadi dengan penambahan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, memberikan mereka lebih masa untuk mendengar, bertutur, menulis dan berfikir untuk memahami bahasa ini.

Saturday, May 23, 2009

Tema hari guru 1972 - 2009

A little help to whom seeks for tema hari guru:

My purpose is to help my friends who will go to DPLI's interview. Hope these tema would ease some 'burden' hahaha.
Ooo ya, one thing, Teacher's day is on 16th May every year. Tahun ni, kita sambut kat Pulau Wan Man, Terengganu di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam or Islamic Civilization Park.
Happy belated teacher's day to all teacher!!!!!!

*wikipedia resource

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Berikut disenaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2009;

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Tuesday, May 19, 2009

TIPS MENANGANI STRESS YANG PALING MUDAH...

1.Banyakkan sujud...kasi banyak oksigen pergi ke otak...kasik ”tuning” balik...banyakkan munajat...banyakkan zikir...(perkasakan pertahanan aura diri agar tidak mudah diceroboh oleh spesis bertanduk dgn bersedih, berdukacita , keliru, konflik dsbgnya)

2. Banyakkan bertaubat & BERDOALAH... kerana apa...”KETENANGAN ITU MILIK ALLAH” so bagaimana nak capai tenang kenalaa merayu pada EMPUNYA PEMILIK KETENANGAN ITU!!!...InsyaAllah bila ketenangan hadir doa juga akan lebih pantas diterima.

3. Dan banyakkan TERSENYUM LEBAR...nikmati senyuman manis anda..rasakan emosi gembira walau pun bersedih so carilah komik ker bahan bacaan...infact laugh is one of the best medicine in this world....

4. Baby Theraphy ~ kalau ada baby kecil, tak kisahlaa anak sendiri ker, anak jiran, anak kawan...belajar- belajar berborak bahasa ’mereka’ ~ bayi @ anak kecil...insyaAllah terubat stress.

5. Cermin diri selalu~ pandang cermin & TERSENYUMLAA. ...KATAKAN PADA DIRI ANDA BAHAWA ANDA SANGAT SAYANGKAN DIRI "I LOVE & ACCEPT MY SELF COMPLETELY" bayangkan senyuman itu masuk ke dalam diri anda melalui 7 kelenjar organ utama anda @ chakra system anda.

Tak lupa AIR SIFATNYA AGEN MERAKAM DOA YG SANGAT HEBAT...

6.TIP MENANGANI STRESS...AIR AGEN AJAIB!!!
Sifat air dijadikan Allah memiliki mukjizat & kuasa PENAWAR...ianya juga agen PERAKAM DOA YANG SANGAT HEBAT...Bagi yang dilanda gundah-gulana, bingung, buntu, sedih, kecewa, marah, geram..keliru. ..mudah shj...Kembali kpd apa yg disyariatkan. ..BERDOALAH PADA DIA DIATAS SANA...
Solat hajat....baca Yassin...zikir dsbgnya (letakkan air di hadapan anda)...LONTARKANLA H HAJAT ANDA...berdoalaa. ..dan kemudiannya jadikanlah air tadi PENAWAR...moga hati lebih tenang, fikiran lebih fokus dan kesihatan dan kesejahteraan diri terpelihara. ..
Dan pastinya tak lupa MOGA DIBERIKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK...Emm, jangan pula mengadap rezeki...makanan mahupun minuman...hati, minda bersedih....kesal. ..marah (rosak nanti molekul airtu langsung jadi YEASYT a.k.a PEMANGKIN BLOCKAGE ANDA...bertambah berat beban emosi yg dilalui)...
60% of our body contain water...lontaran minda/emosi kita boleh mengubah molekul air MAKA fikirlah bagaimana AIR JUGA BOLEH MENJADI AGEN PENYEMBUHAN /TRANSFORMASI AJAIB untuk anda...Disamping itu juga kalau stress ada baiknya usahakan MINUM AIR KOSONG LEBIH...dan SERTAILAA DGN NIAT & DOA.... insyaAllah ianya juga berupaya membantu menyingkirkan segala toksin & keasidan tubuh yg meningkat kesan stress yg dialami.
Moga tips ini membantu buat yg sedang berjuang!
Selamat Mencuba...
Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapis t
Nur Qudrah Holistic Solution
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362
Laman blog : http://kliniksukses.blogspot.com/

Saturday, May 16, 2009

Reckless all over again...

Reckless all over again..

What did I do when I happen to be in stress mood? Most time I like to do something out of my habit. Again, reckless happened to me. I felt stuck and I am suck! I hate this feeling. I felt helpless… no, better to choose hopeless. I don’t know why.

In that reckless day… I drove to Pasir Mas, I just thought to visit my grandmother and aunt there. Not a real visit actually but I need to drive, to drive away from my hopeless feeling (so I just gave my self a reason to drive north to use the highway). Half way in highway, I stopped my car. My mind worked out a bit, think it already 6.15p.m. It is not nice to visit at this time. At least, I need to come a bit early. Just listened to CD for a while.

I tuned the volume loud enough to deafen my own ears, not to mention other cars nearby when I stopped at traffic light. They must think’ what a crazy girl I am’. But I don’t care about people around me, I just sang along with the song. Well you know, listen to My Chemical Romance – Famous Last Words and Lee Ann Rimes – Life goes on, how these would deafen your ears.


I waited there, wait nothing actually with no purpose at all. I took a few pictures of the padi field. It looks nice green. Well it looks like 5 o’clock, but it actually already 6 something, it happened because of the summer season now. Not that Malaysia has a real summer but I hot and the sun still as it is at 5 o’clock (everybody complaint about the hot and humid now especially Russian and Korean who live in no-humid climate). I watched sun that almost set. It is a beautiful view.

After my sense came back on my head (well not really came back, but at least, I can think better). I drove my self home, I met my father on the way home. My hopeless and helpless touched my heart again... sometimes, I think I had had enough of this that i can run away and do something to work everything to a greater good... but why he like to make things difficult? I just wanna help? Is it wrong to help my parents? the reason I got in my head is that my father loves me so much to lose me... I love you too ayah but you don't have to be difficult and absurd(not really absurd actually).


Saturday, May 9, 2009

I'm not going.....

Wish I can go to Yemen but it seems a wrong thing to do now. I got a lot of objection from people who close to me, not to mention my best ever father who put a good show (like I can’t put up my show too). Of course he want the best thing to me but I hope he understand me better.

My aunt (Mak Ngah) who spent her adolescence years in Arabic world told me, it not a good decision to make. She knew Yemen people, how their behavior toward other races or even their own race. They are rough and criminal rate are high in Yemen. It is near Somalia, where all the pirate earn huge amount of money from kidnapping Malaysian mariner. Succinctly, they are bad people. They kidnap and rape women because it hard to get married if the cost is high.

If I choose to accept the offer, every time I wanna go out, I need a man to be with me. I need to enter a car after my male company enters it first and I need to get out of car first before my male friend because they (driver) like to kidnap women.

Not to mention my friend from Iran, he told me about ‘searly’ meant Yemen is a very hot place to go. Hmm but I think the temperature and the weather just like Mecca.

What so ever, so many objection, so I’m not going. Hope get another opportunity to go to other country, maybe Japan or Aussie or London or and or…..

Friday, May 8, 2009

Obsess....but don't call me fanatic

You must be thinking what I’m doing back then, when I’m not posted even a single journal in my blog last month. I’m quite busy (like what I said before) with books. Not academic book actually. I’m a tad lazy to read that kind of books. So I end up reading novel, of course. Hehehe.

Of course you know these books. I crush onto these books like I did to Harry Potter books. I had read them for more than 10 times. Believe it or not? Believe it. Even now, I still reading it. Crazy eh? Yeah kinda crazy for books it seems to me. Wish I have my own library. Like what I said, I tad of crazy in books. Last month, I end up spent RM 200.00 not that matter for someone rich. But for someone who earns a very small amount a month, it causes me a fortune (I’m good at exaggerate story ;-)). End up, I used my saving for my next big project.

Look at these books, familiar aren’t them? these books cost nearly RM 200.oo. Twilight 39.90, New Moon RM 39.90, Eclipse RM 39.90 and Breaking dawn RM 49.00.


It looks like everybody holding them at school. Very fascinating surrounding. Hahaha, they hook up with these books, read them like they will coming up in exam paper.

These books about vampire who fall in love to a human. In a nutshell, they fall in love into each other heart. Edward; a vampire and Bella; a slightly weird human. Lastly a very happy ending story, Bella and Edward get married and has a daughter.

Can't wait to read stephenie's fifth book; midnight sun- this book is about Edward's point of view in book 1;twilight. (Interview the author, already read a bit of it).

Twilight already on cinema last year; November 2008 if I'm not mistaken.

Wednesday, May 6, 2009

Nilailah dirimu, wahai teman....'Orang yang menuntut ilmu...'

1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.*Ini adalah golongan yang mabuk ilmu*.

2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta.*Ini lah golongan yang menggunakan ilmu
untuk meraih kekayaan*.

3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu.*Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.*

4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.Agar orang kata dia intelek.*Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.*

5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan.Agar dia tidak di pandang hina.*Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina*.

6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.*Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme. *

7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah.Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan.*Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa*.

Tuesday, May 5, 2009

Reckless

Reckless as I am now… what did I do? Something that out of my habit of course la. Memang aku cari penyakit. Tah kenapa aku rasa stress giler-giler. Pagi tu aku bangun awal la jugak. Kelas ari ni kurang sikit, I mean ada lagi gap tuk aku rehat ‘bout 1 hour. So nak dijadikan cerita, aku feel bored, tension, stress + all bad-feel-coming-to-me sort of like that. So aku pun apa lagi, tengah dok wat lesson plan, report budak terbuka atas meja, dengan meja bersepah-sepah tahap kandang lembu, kemas lagi kot kandang lembu kalau tuan lembu tu suka jaga lembu dengan bersih la kan.

Aku terfikir ‘ kalau stress, apa yang aku buat?’ Sort of that kind of thinking coming up my head.

Apa jawapan aku? Aku jawab ’hmm aku selalu bantai makan time stress’. Bila makan, cam fikir aku gigit or makan masalah tu je, macam bite masalah tu kasi lunyai. Hahaha.

So aku ambik handbag aku and blah tanpa report kat orang office yang aku blah pergi makan kat luar. Lagipun sapa yang nak datang cari aku kan? Hahaha. So aku pun drive ke KFC, yang tu la fast food restaurant yang paling dekat dengan tempat kejadian (tempat kerja aku). Dengan selesanya aku bantai makan sesorang, menikmati burger and ayam yang ada.

Pastu.... alomak!@#$% run out of time la pulak. Terpaksa la aku telan dengan cepat. Huhuhu, nih aku malas nak keluar time kerja nih, makan cam ada hantu nak rebut makanan gan aku je. Ye la aku kalau makan yang x-meal grenti ambik masa sejam, nih aku ada 40 minit je? Mana la cukup kan, tak dapat menikmati makanan dengan nikmatnya...

Lagu tu la reckless aku pada hari tu...

bila ayah aku merajuk....

Alomak, huhuhu ayah aku merajuk dah. Dia siap ugut nak hancurkan rumah nih lagi. Huhuhu. Dia kata nak pecahkan dinding rumah nak wat satu bilik tido je tuk dia and mak aku, pastu satu bilik stor je. Kecik hati gan aku la tu sebab aku accept offer yang aku dapat kat Yemen tu.

Pastu lagu mana aku nak ke Yemen nih? Aku dah puas pujuk dah orang tua nih. Hmm kalau dengan mak aku mudah je coz mak aku selalu bagi and setuju je dengan apa aku or abang-abang aku nak. Kalau tak bagi pun, asal pujuk grenti boleh punya. Ayah aku bit hard to convince sikit. Tu la yang payah dengan dia nih.

Nak tau aku ayat apa kat mak and ayah aku suh bagi aku pegi Yemen? Aku cakap la, kat sana gaji lagi mahal, lagi pun bila lagi aku boleh melancong and menjelajah dunia luar sana. Dapat pegi percuma lagi tu, dapat tiket pegi balik 2 kali setahun lagi. Dekat pulak tu gan Mekah, kalau drive kereta just 4 jam je ( aku dah rancang tuk pergi umrah bila kat sana nanti, maybe I could make hajj too, who knows. Hehehe) Boleh wat pahala.

Most important thing, yang menjadi target aku tuk cari duit bebanyak ialah tuk membolehkan aku simpan duit tuk hantar mak and ayah aku pergi haji. Dah lama impian aku nak hantar orang tua aku pergi haji ni. Pastu aku bertambah tekad sejak tahun akhir kat university lagi. Lepas aku tengok ayah aku yang selalu spoiled aku dengan pamper aku gan segala benda yang aku nak dan kesusahan mak aku. Mak aku tak kerja, so tak mungkin la dapat simpan duit tuk pergi haji kalau tak bergantung gan ayah aku kan. Sebagai hadiah buat depa la kan, yang dah banyak susah sebab nak besarkan aku adik beradik. Coz aku tahu, jasa mereka tak dapat aku balas, dan apa yang aku nak bagi tu nilai dia tak sampai sebesar hama jika dibandingkan pengorbanan mak and ayah aku untuk aku and adik beradik. I love you mak and ayah.....

Please....restuilah pemergian anak kesayanganmu ini (perasan la pulak anak kesayangan) hmm tuk ayah aku la, memang dia lebihkan aku dalam banyak benda. So memang aku anak kesayangan dia la kan sebab aku anak perempuan tunggal. Tuk mak aku pulak, dia lebih adil dengan adik beradik aku.

Please kengkawan bagi aku idea... hmmm patut ke aku jadi anak derhaka? macam mana nak pujuk ayah aku ni? aku tak nak jadi anak derhaka...huhuhuhu

Bila harus memilih....

Why we need to choose between two things that we really love or need? It always happens to me. Now it starts all over again. I need to choose my career prospect. Well, hmm better I try new one but I need to choose??? If I ask you, which opportunity you will choose? Of course you will say ‘something that already confirms it is yours’ right? Yeah, of course I agree with that one.

I got interview this coming Thursday for KPLI. Lot of my friends got KPLI interview. Well, lucky for us coz we took English literature as our course in university. Since government thinks that we don’t have enough English teachers, so it is our job to fill that job vacancies. Hahaha.

Unfortunately, for me at the very least (or even consider it as lucky too. hehehe) I got another offer. Well actually (secretly) for me, I consider it as a good offer (not a good one for my parents) to work abroad. Who wouldn’t? A very confirming job waiting for me out there but I need to consider the KPLI too. It is a government job so of course it always better for old parents like my parents for their only daughter work in government that reassure my life and also their worried of get-the-job-with-government hahahaha. They ask me to consider it…

Forgot to say earlier, I got offer to work in Yemen. Believe it or not? Believe it… contract for two year, teaching field (sort of lecturer post), I will be provided with ‘home’ to live, everyday-free-food, free from burden of water and electric bill too(kinda lazy girl to take care these chores) . And the last one but of course not least, I think this one is important to a crazy girl like me; car. hahaha. So would you reject this?

Furthermore, KPLI still out of my grip (not confirm I will get that job la) not over my control. Hmm so now I need to give my passport number to confirm it. O Allah, please bless me….

Need to write (type) resignation letter too.