Monday, May 25, 2009

Mampukah Bahasa Melayu?(topik interview KPLI and DPLI)

*esei yang telah lama saya tulis, cuma sekarang saya sediakan di sini untuk bacaan semua. Mungkin ada yang bakal ditemuduga untuk DPLI dan KPLI. Topik ini sentiasa hangat diperkatakan dalam bilik temuduga. Terutama sekali bagi guru mata pelajaran Sains 'Stream' dan guru bahasa tidak kira ianya bahasa Melayu atau Inggeris.*

Ini menjadi perdebatan hangat dikalangan masyarakat kita pada masa kini. Isu yang sentiasa hangat diperkatakan sejak timbulnya pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Ramai pihak cuba mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan dalam pembelajaran subjek sains dan matematik.

Ya, bahasa melayu bahasa ibunda, bahasa yang melambangkan bangsa kita sebagai bangsa melayu. Ada yang cuba melakukan perarakan bagi membantah subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Menghantar memorandum kepada kerajaan bagi membantah apa yang telah kerajaan tukar. Bagi golongan ini, mereka beranggapan bahasa melayu yang selama ini telah menjadi bahasa penghantar bagi subjek ini tidak perlu ditukar kerana bahasa melayu juga mampu untuk mendidik anak bangsa kita dalam bidang ini. Ya memang benar, ramai pelajar berjaya dalam subjek ini walau diajar dalam bahasa melayu.

Tetapi sedarkah mereka, dalam dunia yang semakin pesat membangun, bahasa melayu tidak mampu untuk mengejar kepesatan kemajuan sains dan teknologi? Sedangkan segala bentuk peralatan sains dan teknologi yang sentiasa berkembang memerlukan istilah baru untuk diberi nama. Hatta penyakit yang baru ditemui sekalipun perlu diberikan nama baru bagi menjelaskannya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, bahasa melayu amat mudah untuk dipelajari. Perkara ini tidak mampu untuk dinafikan. Jika dibandingkan dengan bahasa inggeris dan bahasa cina, bahasa melayu cuma perlu mengambil masa selama dua tahun untuk dikuasai. Amat mudah!

Debat Perdana di TV9 yang menampilkan calon ketua pemuda UMNO iaitu Mukhriz dan ------- turut memberikan pendapat mereka dalam perkara ini; subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. pada pendapat saya, calon ------ yang cuba mengembalikan subjek sains dan matematik dalam bahasa melayu akan membuat kesilapan besar jika kembali ingin mengubahnya. Memandangkan pelajar dan guru sudah mengadaptasikan bahasa inggeris dalam subjek terbabit. Ini akan menambahkan kekeliruan pada guru dan pelajar. Seelok-eloknya kekallah dengan sesuatu keputusan. Pada pemerhatian saya, mukhriz amat menyokong subjek ini diajar dalam bahasa inggeris walaupun beliau berkata perkara tersebut boleh dipertimbangkan semula seolah-olah beliau tidak setuju jika subjek ini diajar dalam bahasa melayu apabila beliau tidak ingin mengulas lanjut tentang perkara ini.

Ahli politik dan para cendikiawan, mereka telah dan amat sedar walau mereka juga ingin mempertahankan bahasa melayu tetapi mereka amat jelas bahawa bahasa melayu tidak dapat menyampaikan segala ilmu dalam bidang sains kepada masyarakat. Buktinya, buku-buku ilmiah di universiti sendiri banyak yang terdiri dalam bahasa inggeris. apatah lagi untuk subjek sains. Buku-buku yang menjadi rujukan di universiti adalah dalam bahasa inggeris.

Mereka harus sedar bahawa, bahasa inggeris amat penting bagi mengembangkan pengetahuan kerana bahasa inggeris adalah bahasa perantaraan dan bahasa dunia. Para pembangkang terutamanya sentiasa cuba membangkitkan isu ini. Janganlah cuba menyembunyikan hakikat yang sebenar kepada masyarakat terutama sekali golongan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, mereka tidak mengetahui hakikat yang bahasa yang menjadi rujukan di universiti adalah bahasa inggeris. apa yang mereka tahu adalah menyalahkan kerajaan yang telah menukarkan subjek tersebut dalam bahasa inggeris apabila anak mereka tidak berjaya dalam subjek itu. Jadi disini saya ingin menyeru kepada semua terutama ahli politik yang sentiasa menjadikan isu ini sebagai bahan perdebatan mereka untuk meraih undi, jangan hancurkan bangsa sendiri. Kita perlu membangun dan bersaing dengan bangsa lain di dunia. Tidak salah untuk mempelajari ilmu dalam bahasa inggeris. kenapa tidak kita mencontohi India? Untuk bangkit dan berjaya masyarakat di India perlu berbahasa Inggeris, ia seolah-olah bahasa wajib mereka selain bahasa tamil sendiri.

- Bahasa Melayu adalah bahasa pengantaraan di rumah dan di mana-mana sahaja jadi pelajar sudah mahir berbahasa Melayu. Mereka perlukan latihan yang lebih dalam bahasa Inggeris. Waktu yang ada bagi subjek tersebut tidak memadai untuk mereka menguasai bahasa Inggeris. Jadi dengan penambahan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, memberikan mereka lebih masa untuk mendengar, bertutur, menulis dan berfikir untuk memahami bahasa ini.

No comments: