Wednesday, March 21, 2012

SPM 2012 keluar pada 21 Mac 2012, hari ni.

hehe bukan aku pun yang amik SPM this year, tapi just want to congratulate SPM 2012 candidates.
So congrats to you yang berjaya! Tahniah!Tahniah!
Tahun ni result meningkat naik. Syabas!
Bagi yang gagal tu, hehe korang pun tau kan kenapa korang gagal. Sama ada tak sedar diri time nak exam tu, atau pun jenis yang spot soklan dan soklan yang di spot tu tak masuk. atau memang jenis study tapi tak melekat kat otak. hehe
Aku punya SPM? Toksah la tanya ya. hehe. Yang berjaya tu, grenti boleh menayang sakan. Bangga gan result SPM diorang.
Zaman aku dulu, dapat 5 kredit dah boleh masuk U dah.
Zaman la ni, kena ada 6 kredit dah, baru boleh nak mintak masuk mana-mana tempat kat IPTA or institusi pengajian kemahiran.
Selamat memohon dan semoga berjaya ya!

Teringat time aku dulu. Aku dulu berdebar gila nanti result keluar. Korang punya feeling masa menanti kat sekolah time nak amik exam tu camne?ingat lagi tak? Grenti sama kan...

Tuesday, March 20, 2012

Aku langgar janji-novel lagi!!!

Ok, korang tahu I cannot resist novels! Sumpah! Payah betul aku nak obey. huh..
Jadi ni koleksi terbaru aku...
hehe diskaun 20%-30% rambang mata aku. pastu kan, tanpa aku sedari aku dah grab dekat RM300!
Mula-mula tu aku shopping kat Popular, tak nampak pulak yang Muda Osman (MO) ada buat promosi. Lepas aku dah grab quite a lot dah kat Popular, aku pun nak bayar, masa tu budget dalam RM100 je lah. Sebab diskaun banyak! Buku yang harga RM80 boleh jadi RM 19.90! mana tak rambang mata kan?
novel beli kat Popular Mac 2012 habis dalam RM178
novel beli kat Muda Osman bagi Mac 2012 diskaun RM30%

Pastu...ops! hari sabtu hari tanpa plastik, aku pun pergi kat kereta semula, amik shopping bag aku. Kedai Buku Muda Osman (MO) gan Popular ni dekat saja, jiran. Sambil lalu nak masuk Popular semula tu, aku terpandang... 30%! di MO apa lagi, tak jadi masuk Popular, aku g MO pulak. Dia longgok kat satu ruang je yang diskaun 30% diskaun, ada buku baru dan lama..ushar...
novel yong yang banyak! baru lagi tu!
Lepas kat MO, aku g bayar buku aku kat Popular pulak! So, total habis RM290! Ni pun aku dok merancang nak g beli lagi. huhuhu. Mabuk buku betul aku ni.

Oh sekarang aku tambah lagi 15, saja bagitau kalau korang malas nak kira! So bertambah novel yang aku tak baca!

Monday, March 19, 2012

Aku anak Malaysia!

Keluarga Yong yang patriotik! -bendera ni sentiasa ada kat bumbung rumah, tak pernah diturunkan. Cuma akan diganti yang baru apabila dah rosak.-me proud of it!
Aku anak Malaysia!! huh memang patriotik betul kan bunyinya jeritan tu. hehe memang! aku memang bangga dan bersyukur jadi anak Malaysia.
Aku harap korang pun macam aku jugak, bangga jadi rakyat Malaysia.
Kenapa isu ni keluar hari ni?
Ok, sebenarnya, hehe minggu hati aku untuk berpatriotik lebih dari biasa. Sebab aku rasa bertuah jadi rakyat Malaysia (ulangan perkara yang sama menggunakan ayat yang berbeza tapi bermaksud yang sama saja). Sebenarnya, aku dengar cerita sepupu aku. Well, korang pun tau kan, minggu lepas cuti sekolah. So, cousin aku ni pun balik la ke kampung dia kat Thailand, lebih precise lagi, kat Pattani or selalunya kitaorang panggil Tani saja. Jumaat baru dorang balik ke Malaysia semula. kiranya diorang pergi seminggu la balik kampung di sana.
Jumaat lepas kan,aku balik kampung (macam biasa), so sepupu aku pun cerita la, kat kampung dia belah sana, peristiwa ni berlaku hari khamis or hari rabu, sebelum diorang balik ke Malaysia. Jarak dari rumah nenek sepupu aku ni pun dalam 700 meter dari tempat kejadian. Kes biasa kat Selatan Thai, korang pun boleh teka punya..
Kes Bom.
Sepupu aku cakap memang boleh rasa la bunyi gan bergegar tu dari jarak pekan kecik ke rumah nenek dia tu.
Siapa kena?
credit to: http://www.dailyinterestingfacts.com. Awat aku rasa cam asap tu gaya orang laughing/ ketawa ya? or clown?
Kita tengok siapa yang kena.....(ayat dalam Ali Baba dan 40 penyamun oleh Ibrahim Pendek), ORANG AWAM! Selamat la sorang saja yang mati (pun still la kehilangan nyawa, tak selamat jugak sebab mati...). Target bom tu bukan untuk orang awam, tapi askar yang meronda kawasan tu dengan trak mereka. Bom tu diletakkan kat sebuah motor, dan diletupkan ketika trak tu lalu. Tapi malangnya, masa trak tu lalu, seorang awam melalui tempat letak motor yang ada bom tu. So macam orang tu yang berkecai, askar pulak selamat.
Cousin aku pun tak tau kenapa pengebom ni tak puas hati dengan askar-askar tu. Kesian kan, rasa cam marahkan nyamuk, kelambu dibakar (er ada kaitan ke?sesuai tak? entah la, tau-tau la aku lemah bab bahasa ini) marahkan tentera, tapi orang awam yang kena bom.
Tak masuk berita pun makcik aku cakap, sebab berlaku kat kawasan kampung saja, dan benda cengini dah biasa berlaku dah pun kat sana,dah kebal/lali dah.
Kalau tak puas hati patut guna cara diplomasi bukan bom sesuka hati, tak pun hantar wakil kat kementerian kan. petition ke,apa ke. bukan pakai bom. Apa pun tak dapat, membazir tenaga, duit dan masa buat bom tu, kalau la duit tu untuk tolong orang susah, masa tu guna untuk ibadah or buat benda yang mendatangkan hasil, tenaga tu boleh buat kerja yang mendatangkan duit, kan lagi bagus.
So sebab tu la, aku rasa bersyukur sangat, aku lahir kat Malaysia yang aman bahagia, tenang, takde bencana alam yang melampau-setakat banjir n kemarau yang tak serius. Syukur sangat.
Korang pulak macam mana? apa rasa?
So, don't take things for granted. Jadi la rakyat yang tau bersyukur dan membalasnya dengan usaha menjadikan malaysia negara yang lebih bagus dan bahagia. Seperti kata J.F Kennedy 'ask not what your country can do for you, but ask what you can do for your country'. Siap hafal lagi, sebab selalu je dengar dalam kempen pilihan raya. Rasa-rasa korang pun tau aku ni orang parti mana 

(dah nak pilihan raya ni, hehe antara kempen pilihan raya tak berbayar dari salah seorang rakyat yang tahu menghargai dan sayang kan country)  hehe.

Sunday, March 18, 2012

Bawa sampah keliling bandar langkau negeri

Pernah tak korang....
buat kerja cam aku ni. Kerja apa? Kerja tak berfaedah.
Kelmarin aku ke KB Mall, kononnya nak buang sampah yang dah penuh kat dalam tong sampah. Jadi aku pun bawak masuk la sampah-sampah tu dalam keta aku. Jangan risau, bukan sampah sisa makanan. Cuma sampah kering je. So selamat kereta aku dari bau yang tak menyenangkan.
Hokey, jalan nak pergi ke KB Mall tu takde tong sampah (bukan takde langsung, tapi ada kat seberang jalan). Hingga la ke KB Mall. Bila nak balik pulak, sebab takut jammed jalan. so aku drive dengan lajunya. Bila dah buka pagar, nak park kereta...er sampah sarap kat seat belakang tu tak buang lagi...hampeh betul kan. So, tak pasal-pasal aku terpaksa pergi buang sampah, padahal boleh je buat kerja sekali, tapi bila dapat kat aku kena jadi 2 kali.
Kisah abang aku lagi la menarik, one fine day, dia dapat arahan dari bos dia untuk kena outstation ke KL. Sampah dari rumah kat kelantan ni, dia angkut bersama dengan dia ke KL dan dibuang di tong sampah di KL(lebih tepat lagi, dekat dengan Syt. KRU yang berwarna oren! tak ke buang tenaga minyak kereta(walaupun tak banyak pun effect minyak). Memang honour punya sampah sampai kena buang di KL, jarak punya beratus km tu. Sampah tu dibuat berjalan-jalan makan angin sebelum dibuang.

Friday, March 16, 2012

Buat biskut oat dan nestum

Ini bukan cerita sebenar, cerita sebenar ada di bawah....
ini bukan baju polka dot aku ya, ini biskut yang sedang tunggu giliran untuk dibakar
Hari ni jumaat, cuti kat kelantan. Mak aku pun dah ke Langkawi, sesaja mencuci mata, kawan mak aku ajak. Bet, she will buy something even kata tak nak beli. Jauh tu pergi, grenti punya beli something. 
Aku pulak, hari ni macam biasa la, balik kampung menjenguk nenek kesayangan aku tu. Bawak mee goreng yang agak pedas. huhuhu entah la, cili kering aku tu pedas sikit dari biasa. Makcik aku pun ada yang balik sempena cuti sekolah ni. So, memandangkan aku balik sorang ni, lama la sikit aku duduk umah nenek aku, kalau mak aku, selalunya dia lagi suka solat kat rumah sendiri. Aku balik pukul 6petang dah tadi. Jalan jammed jugak, biasa la cuti sekolah, kan.
Malam. Ha ni yang cerita sebenar, tadi tu ranting dan daun kering saja. MALAM...aku buat biskut...aku janji gan ayah aku nak buat biskut oat. Malas rasanya membazir banyak sangat duit kat kedai semata-mata nak beli biskut tu (poyo, macam rajin buat, kan) So, ari ni aku rajinkan diri buat biskut oat.
biskut yang siap dibakar, sama besar dengan biskut yang dalam paket- munchy, IKO. Lawa tak?hehe
Aku, kalau bab biskut ni, hehe memang la favourite aku. Sebab main campak-campak je bahan kemudian uli-uli buat dough, grenti je menjadi, (takde la kes macam kek, terbantut la...terlebih itu la, ini la). cuma bab malas sikit (agak menyampah) pasal kena buat bentuk kecik-kecik. 

Nak respi? Er..boleh..boleh saja...aku rasa sesiapa pun boleh buat kalau setakat campak-campak bahan cam aku ni. asalkan tahu basic je. Ini basic nak buat biskut yang aku sentiasa pakai selama ni:=
  • untuk buat biskut yang tak manis kiraan bahan asas dia ini----> mentega : gula = 4:1(guna cawan je lah! tak payah nak skema sangat sampai nak sukat-sukat! buang masa je.)
  • bagi yang suka manis pulak ----> mentega: gula = 3:1
  • pastikan ada tepung gandum, TAK PAYAH SUKAT.
  • telur tak payah la korang nak membazir letak dalam tu. Jawabnya... TAK PAYAH LETAK!
  • bahan lain sesuka hati korang nak letak apa, TAK PAYAH SUKAT! letakkan bahan(tepung, oat, nestum) selagi ia melekat kat tepi bekas adunan korang tu. Asalkan boleh uli nak buat dough je.
  • letak dalam oven, korang kena pastikan biskut tu bertukar ke warna gold sikit.(rangup)
Respi dari saya-bukan-budak-skema = me = yong)
-----
ok since aku berniat nak buat biskut oat + nestum, jadi bahan-bahan ni la aku gabung sekali dengan tepung gandum. ikut suka korang nak letak banyak mana oat, nestum ni gan gandum. tapi asalkan tak la sampai dough tu terlebih bahan-bahan ni. Kalau terlebih bahan, nanti dough tu berderai macam nasi/beras pulak.
nak repair boleh saja, TAMBAH JE MENTEGA, UNTUK BENTUK DOUGH TU SEMULA.

tadi aku tambah vanila sikit.(memang buat sesuka hati aku je), korang boleh je letak kismis dalam dough tu..
aku tadi takde kismis. or maybe boleh letak chocolate chips.

BEST!, Tak payah membazir sampai RM8 untuk satu paket biskut oat+nestum+kismis= biskut kesihatan.


ni la muka dekat biskut aku. hehe rasa macam raya pulak nak buat biskut bagai-ji cakap.
Hasilnya:

Wednesday, March 14, 2012

Novel dan filem Pride and Prejudice

dari scenicreflections.com :pelakon Pride and Prejudice : Plain White for the Ball
hohoho seperti yang dijangka, aku hampir miss nak post entry hari ni. Nak tak nak, aku on la jugak laptop ni, sebab rasa macam bertanggungjawab untuk post entry hari ni kat blog. Macam yang dah aku bilang sebelum ni, bila saja aku dah buka buku, jawabnya laptop aku tertutup.
Hari ni aku buka buku Pride and Prejudice. Err..sebenarnya semalam lagi aku buka. Sebab tu la, entry yang sepatutnya aku post dalam pukul 1pagi tak dapat dibuat.
Nak suruh aku buat perbandingan pasal Pride and Prejudice ni ke?
FILEM!
gambar dikutip dari buzybunny.blogspot.com
Ayat mudah aku, dari korang nak baca sampai pagi, baik korang tengok je CD Pride and Prejudice tu (bagi yang tak berapa gemar membaca). Memang sama la gan buku dia ni. Cuma... ya la kan, novel gan Filem lain. Filem grenti dah akan dipendekkan. And yes, cerita filem Pride and Prejudice memang diringkaskan seperti kebanyakkan filem yang diadaptasi dari buku. But still, the setting in that film memang SUPERB; LAWA, macam balik ke zaman tu, cuma baju diorang memang plain Jane white (dan memang dalam cerita ni ada watak Jane). Pelakon dia, hehe boleh la tahan. Tapi memang sesuai dengan watak yang dilakonkan.
diambil dari austenprose.com : Rumah yang jadi tempat lakonan
Sebelum aku baca novel ni, aku tengok filem dia dulu sebenarnya. Sebelum ni,aku tak pernah buat cengitu. Aku sentiasa baca buku dulu sebelum tengok filem. Yang ni, sudah tukar la.
BUKU!
see! ada 4 novel yang sama daripada publisher yang berbeza. Harga yang warna hijau tu RM8.50 gila murah! 2 biji yang kat tengah tu RM19.90. dan besar tu RM29.90. bezanya saiz tulisan, kulit buku, jarak antara barisan tulisan.
buku yang aku pilih bawah HARPER Publisher RM 29.90 (ada 10% diskaun untuk ahli popular hehe, so jimat jugak duit aku sikit) Awat aku pilih yang ni? Sebab jarak line tulisan sedap mata nak tengok, tulisan besar, cover lawa. dan sama dengan Twilight Collection.
best mengikut masa dia la, aku letakkan diri aku baca novel tu time dia diterbitkan tahun 1813. Buku dia ada 472 muka surat. tapi tengok la jugak buku tu bawah publisher mana. yang aku beli ni HARPER punya. Novel lagi detail punya! (seperti biasa la kan). Bahasa dia...huh, er bahasa lama beb, but still la boleh baca, macam novel Hikyat Malim Deman punya la, bahasa puitis gaya inggeris. Perkataan yang aku tak pernah jumpa pun ada. Tapi memang dalam dictionary ada. cuma aku je bukan penghafal kamus. hehe.
KESIMPULAN:-
Filem - kelebihan terletak kepada pemandangan atau setting dia tu. memang gaya inggeris lama punya rumah. Paling aku suka tengok rumah Mr. Darcy! Superb sangat, besar dan cantik, lawa. hehe, korang nak tau, korang tengok la ya. Baru-baru ni ada kat ASTRO, diulangi! Baru-baru ni so bukan sekarang dah! Elok beli CD dia sebab kat ASTRO baru ni memang tak puas hati, sebab dipotong sesetengah scene, 2jam je kot. Ending pendek giler dia buat kat ASTRO tu. Kawan aku cakap ending dia panjang lagi. Cerita sebenar 3 jam. Pelakon sesuai dengan watak buku tu (ada hensem dan hodoh).
Buku - memang lagi detail. Aku suka yang detail. Bahasa - aku banyak jumpa perkataan baru. Kena belek kamus!. (memperlahankan kelajuan aku baca buku ni)
Contoh - assiduous (aku selalu pakai diligent je, bertapa biasanya bahasa aku),
           - iniquitous (extremely unfair / sangat tak adil). memang aku tak pernah guna!
Aku biasa baca - 'bla bla bla' she said/ Jane replied.
Dalam novel ni - 'bla bla bla' said she.
Bahasa sehabis sopan. dan tak ada langsung kependekkan perkataan seperti 'don't' atau 'couldn't'. semua jadi yang panjang 'do not' atau 'could not' (YANG MENAMBAHKAN LAGI KELAMBATAN AKU UNTUK MEMBACA DENGAN LAJU! sebab aku akan baca every single word!)

*Kalau nak suruh aku buat review lagi panjang pun boleh.hehe. Very glad to do that.

Tuesday, March 13, 2012

Sebab aku tak dapat nak berbloging...

Ok, ni la yang membuatkan aku stuck tak buat benda lain kalau ada masa lapang. huhuhu..kena abiskan semua ni. Semuanya ada 35biji. Aku dah baca 2 bijik daripada buku-buku tu(al maklum la, aku ambik gambar ni minggu lepas lagi) bila aku baca 2 biji, aku tambah lagi 2 biji yang baru. Hampeh! entah bila aku dapat abiskan semua ni..
Tapi tu la, memang payah kalau ni dah jadi habit kan. Mak aku memang membebel sakan dah pasal buku-buku aku ni. 'Suka sangat baca buku! kalau beli emas dah lama kaya'-antara ayat yang mak aku bagi.hehehe.
Hurm selalunya bila dah lama tinggal,aku akan lagi lama nak sentuh buku-buku ni. Selalunya aku akan buka buku baru beli. Even yang lama tu,dikira masih baru.
Err..sebenarnya masih ada dalam 40bijiknovel yang aku beli tahun lepas dan tak sempat baca. aku tak snap gambar yang tu. malas nak ambik dari rak. Aku buat double susun atas rak tu,sebab tak cukup tempat. kiranya masih ada dalam 70 novel belum baca. huhuhu
Hurm,aku berazam untuk tidak membeli novel terlalu banyak lagi....2 bijik setiap bulan. Boleh ke?(dalam otak ni dok terfikir koleksi novel jane austin yang ada offer kat Popular...oh tidak...sayangnya kalau tak dapat novel-novel tu....)
Penuh satu carpet kecik dengan buku-buku yang belum aku baca ni. 35 bijik suma, aku amik picture ni minggu lepas. so dah baca 2 bijik.
ni kalau kedudukan menegak. 15 melayu, 14 inggeris, 2 manga, 1 motivasi, 2 agama
menambah koleksi buku, padahal yang atas belum lagi abis baca. tapi hehe aku dah abis baca yang kiri tu, esok bukak yg kanan plk.
melayu punya, dah baca yang JODOH ITU MILIK KITA n VERSUS
inggeris punya-lom sempat baca.
ni bahan nak suruh clear otak  n jiwa aku ni sikit

Monday, March 12, 2012

Rindu aku tak?

hurm...er...(garu kepala)..
patahkan jari-jari(bukan patahkan betul-betul) kasi bunyi sikit, sebab nak menaip kat blog ni. lama tak menaip sampai bersawang, (memang la blog ni ada kat laman sesawang kan)
mula-mula...nak tanya, rindu aku tak? ada ke orang nak rindu ni? hehe
pastu...nak mintak maaf sebab lama menghilang..trade mark biasa bila menghilang, jeng, jeng, jeng- aku masih bernafas di muka bumi ni. tapi kalau nak sedekah al-fatihah or surah yassin dan doa untuk aku, memang la amat dialu-alukan. Supaya aku jadi lebih kuat, hebat, insaf diri,sihat dan tabah.
Maaf jugak sebab tak balas comment kat last entry, sebelum raya cina punya entry tu. jap lagi aku balas ya.
Banyak nak cerita (pun ayat ulangan yang biasa korang baca kat blog aku, kalau bab bagi alasan kan..) tapi malas sangat...(see memang la ayat sama).
muak kan korang nak baca? tapi rindu celoteh aku..(perasan tak hengat!)

Tapi, hehe aku memang rajin melawat blog korang, kan? hehe kalau bab membaca dan mengomen. memang aku no.1. Semangat tak hengat dunia (tapi ingat akhirat), panjang berjela sampai boleh la kalau nak bertanding kepanjangan entry orang yang post entry gan aku yang mengomen.walaupun kekadang korang post 2 hari lepas, aku tetap baca(kes aku jarang buka internet sekarang)
tapi kekadang aku komen sikit. tapi yang pasti, pasti lepas je aku baca, grenti aku akan mengomel dan mengomen. Biasa la, harimau mati meninggalkan belang, aku baca meninggalkan tulisan .er masuk tak aku punya peribahasa/simpulan bahasa/nada bahasa-ikut korang la nak pilih yang mana sesuai sebab aku tak tau peribahasa gan simpulan bahasa tu apa kebenda..bahasa melayu aku memang la lemau dan lemah.
Sebab kalau aku guna bahasa genti la bersimpul sampai aku pun kekadang tak paham. Antara sebab aku malas nak menaip-ayat berbelit ni lah. Tapi kalau dah start, memang la tak ingat dunia. membuatkan aku amik masa yang panjang nak siapkan satu entry. kekadang sampai sejam. pada hal bukan la panjang mana pun.
Lepas tu, aku akan mula merapu, mula-mula cerita depan gan tajuk letak pasal A, tapi bila dah mula menaip aku berakhir dengan cerita B pulak yang langsung takde kaitan gan tajuk A.
Kesimpulan:
Aku payah nak letak entry sebab:-
1-malas
2-bahasa berbelit
3-mula la nak merapu
4-ambil masa yang lama nak sudahkan satu entry.
so you see, aku mulakan tajuk 'rindu aku tak?' tapi berakhir pasal isu kenapa aku payah nak letak entry.
PEACE (^_^)Y
dan aku rindu korang sebab tu la aku rajin masuk blog korang kalau ada entry.