Monday, March 19, 2012

Aku anak Malaysia!

Keluarga Yong yang patriotik! -bendera ni sentiasa ada kat bumbung rumah, tak pernah diturunkan. Cuma akan diganti yang baru apabila dah rosak.-me proud of it!
Aku anak Malaysia!! huh memang patriotik betul kan bunyinya jeritan tu. hehe memang! aku memang bangga dan bersyukur jadi anak Malaysia.
Aku harap korang pun macam aku jugak, bangga jadi rakyat Malaysia.
Kenapa isu ni keluar hari ni?
Ok, sebenarnya, hehe minggu hati aku untuk berpatriotik lebih dari biasa. Sebab aku rasa bertuah jadi rakyat Malaysia (ulangan perkara yang sama menggunakan ayat yang berbeza tapi bermaksud yang sama saja). Sebenarnya, aku dengar cerita sepupu aku. Well, korang pun tau kan, minggu lepas cuti sekolah. So, cousin aku ni pun balik la ke kampung dia kat Thailand, lebih precise lagi, kat Pattani or selalunya kitaorang panggil Tani saja. Jumaat baru dorang balik ke Malaysia semula. kiranya diorang pergi seminggu la balik kampung di sana.
Jumaat lepas kan,aku balik kampung (macam biasa), so sepupu aku pun cerita la, kat kampung dia belah sana, peristiwa ni berlaku hari khamis or hari rabu, sebelum diorang balik ke Malaysia. Jarak dari rumah nenek sepupu aku ni pun dalam 700 meter dari tempat kejadian. Kes biasa kat Selatan Thai, korang pun boleh teka punya..
Kes Bom.
Sepupu aku cakap memang boleh rasa la bunyi gan bergegar tu dari jarak pekan kecik ke rumah nenek dia tu.
Siapa kena?
credit to: http://www.dailyinterestingfacts.com. Awat aku rasa cam asap tu gaya orang laughing/ ketawa ya? or clown?
Kita tengok siapa yang kena.....(ayat dalam Ali Baba dan 40 penyamun oleh Ibrahim Pendek), ORANG AWAM! Selamat la sorang saja yang mati (pun still la kehilangan nyawa, tak selamat jugak sebab mati...). Target bom tu bukan untuk orang awam, tapi askar yang meronda kawasan tu dengan trak mereka. Bom tu diletakkan kat sebuah motor, dan diletupkan ketika trak tu lalu. Tapi malangnya, masa trak tu lalu, seorang awam melalui tempat letak motor yang ada bom tu. So macam orang tu yang berkecai, askar pulak selamat.
Cousin aku pun tak tau kenapa pengebom ni tak puas hati dengan askar-askar tu. Kesian kan, rasa cam marahkan nyamuk, kelambu dibakar (er ada kaitan ke?sesuai tak? entah la, tau-tau la aku lemah bab bahasa ini) marahkan tentera, tapi orang awam yang kena bom.
Tak masuk berita pun makcik aku cakap, sebab berlaku kat kawasan kampung saja, dan benda cengini dah biasa berlaku dah pun kat sana,dah kebal/lali dah.
Kalau tak puas hati patut guna cara diplomasi bukan bom sesuka hati, tak pun hantar wakil kat kementerian kan. petition ke,apa ke. bukan pakai bom. Apa pun tak dapat, membazir tenaga, duit dan masa buat bom tu, kalau la duit tu untuk tolong orang susah, masa tu guna untuk ibadah or buat benda yang mendatangkan hasil, tenaga tu boleh buat kerja yang mendatangkan duit, kan lagi bagus.
So sebab tu la, aku rasa bersyukur sangat, aku lahir kat Malaysia yang aman bahagia, tenang, takde bencana alam yang melampau-setakat banjir n kemarau yang tak serius. Syukur sangat.
Korang pulak macam mana? apa rasa?
So, don't take things for granted. Jadi la rakyat yang tau bersyukur dan membalasnya dengan usaha menjadikan malaysia negara yang lebih bagus dan bahagia. Seperti kata J.F Kennedy 'ask not what your country can do for you, but ask what you can do for your country'. Siap hafal lagi, sebab selalu je dengar dalam kempen pilihan raya. Rasa-rasa korang pun tau aku ni orang parti mana 

(dah nak pilihan raya ni, hehe antara kempen pilihan raya tak berbayar dari salah seorang rakyat yang tahu menghargai dan sayang kan country)  hehe.

4 comments:

ch000tz said...

Proud to be Malaysian :)

Yong said...

HIDUP MALAYSIA!!HEHEHE really proud-me.

Mak Wardah said...

Yong, salam perkenalan. Proud knowing your blog. Auntie really appreciate.

Yong said...

Salam perkenalan tuk auntie jugak, thanks sebab sudi jengah blog saya. happy gan pujian auntie. hilang ngantuk saya ni. hehe.