Wednesday, March 14, 2012

Novel dan filem Pride and Prejudice

dari scenicreflections.com :pelakon Pride and Prejudice : Plain White for the Ball
hohoho seperti yang dijangka, aku hampir miss nak post entry hari ni. Nak tak nak, aku on la jugak laptop ni, sebab rasa macam bertanggungjawab untuk post entry hari ni kat blog. Macam yang dah aku bilang sebelum ni, bila saja aku dah buka buku, jawabnya laptop aku tertutup.
Hari ni aku buka buku Pride and Prejudice. Err..sebenarnya semalam lagi aku buka. Sebab tu la, entry yang sepatutnya aku post dalam pukul 1pagi tak dapat dibuat.
Nak suruh aku buat perbandingan pasal Pride and Prejudice ni ke?
FILEM!
gambar dikutip dari buzybunny.blogspot.com
Ayat mudah aku, dari korang nak baca sampai pagi, baik korang tengok je CD Pride and Prejudice tu (bagi yang tak berapa gemar membaca). Memang sama la gan buku dia ni. Cuma... ya la kan, novel gan Filem lain. Filem grenti dah akan dipendekkan. And yes, cerita filem Pride and Prejudice memang diringkaskan seperti kebanyakkan filem yang diadaptasi dari buku. But still, the setting in that film memang SUPERB; LAWA, macam balik ke zaman tu, cuma baju diorang memang plain Jane white (dan memang dalam cerita ni ada watak Jane). Pelakon dia, hehe boleh la tahan. Tapi memang sesuai dengan watak yang dilakonkan.
diambil dari austenprose.com : Rumah yang jadi tempat lakonan
Sebelum aku baca novel ni, aku tengok filem dia dulu sebenarnya. Sebelum ni,aku tak pernah buat cengitu. Aku sentiasa baca buku dulu sebelum tengok filem. Yang ni, sudah tukar la.
BUKU!
see! ada 4 novel yang sama daripada publisher yang berbeza. Harga yang warna hijau tu RM8.50 gila murah! 2 biji yang kat tengah tu RM19.90. dan besar tu RM29.90. bezanya saiz tulisan, kulit buku, jarak antara barisan tulisan.
buku yang aku pilih bawah HARPER Publisher RM 29.90 (ada 10% diskaun untuk ahli popular hehe, so jimat jugak duit aku sikit) Awat aku pilih yang ni? Sebab jarak line tulisan sedap mata nak tengok, tulisan besar, cover lawa. dan sama dengan Twilight Collection.
best mengikut masa dia la, aku letakkan diri aku baca novel tu time dia diterbitkan tahun 1813. Buku dia ada 472 muka surat. tapi tengok la jugak buku tu bawah publisher mana. yang aku beli ni HARPER punya. Novel lagi detail punya! (seperti biasa la kan). Bahasa dia...huh, er bahasa lama beb, but still la boleh baca, macam novel Hikyat Malim Deman punya la, bahasa puitis gaya inggeris. Perkataan yang aku tak pernah jumpa pun ada. Tapi memang dalam dictionary ada. cuma aku je bukan penghafal kamus. hehe.
KESIMPULAN:-
Filem - kelebihan terletak kepada pemandangan atau setting dia tu. memang gaya inggeris lama punya rumah. Paling aku suka tengok rumah Mr. Darcy! Superb sangat, besar dan cantik, lawa. hehe, korang nak tau, korang tengok la ya. Baru-baru ni ada kat ASTRO, diulangi! Baru-baru ni so bukan sekarang dah! Elok beli CD dia sebab kat ASTRO baru ni memang tak puas hati, sebab dipotong sesetengah scene, 2jam je kot. Ending pendek giler dia buat kat ASTRO tu. Kawan aku cakap ending dia panjang lagi. Cerita sebenar 3 jam. Pelakon sesuai dengan watak buku tu (ada hensem dan hodoh).
Buku - memang lagi detail. Aku suka yang detail. Bahasa - aku banyak jumpa perkataan baru. Kena belek kamus!. (memperlahankan kelajuan aku baca buku ni)
Contoh - assiduous (aku selalu pakai diligent je, bertapa biasanya bahasa aku),
           - iniquitous (extremely unfair / sangat tak adil). memang aku tak pernah guna!
Aku biasa baca - 'bla bla bla' she said/ Jane replied.
Dalam novel ni - 'bla bla bla' said she.
Bahasa sehabis sopan. dan tak ada langsung kependekkan perkataan seperti 'don't' atau 'couldn't'. semua jadi yang panjang 'do not' atau 'could not' (YANG MENAMBAHKAN LAGI KELAMBATAN AKU UNTUK MEMBACA DENGAN LAJU! sebab aku akan baca every single word!)

*Kalau nak suruh aku buat review lagi panjang pun boleh.hehe. Very glad to do that.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

review yg sangat bagus
boley jadi part time reporter review novel or movie ni....
rasa x tgk lagik pride n prejudice tue nanty cari kat torrentz.com la

YONG JIAO XIU said...

hehe cari,jgn tak cari. yong pun nak cari jugak ni. sebab tak puas hati kat tv punya pendek.