Friday, March 16, 2012

Buat biskut oat dan nestum

Ini bukan cerita sebenar, cerita sebenar ada di bawah....
ini bukan baju polka dot aku ya, ini biskut yang sedang tunggu giliran untuk dibakar
Hari ni jumaat, cuti kat kelantan. Mak aku pun dah ke Langkawi, sesaja mencuci mata, kawan mak aku ajak. Bet, she will buy something even kata tak nak beli. Jauh tu pergi, grenti punya beli something. 
Aku pulak, hari ni macam biasa la, balik kampung menjenguk nenek kesayangan aku tu. Bawak mee goreng yang agak pedas. huhuhu entah la, cili kering aku tu pedas sikit dari biasa. Makcik aku pun ada yang balik sempena cuti sekolah ni. So, memandangkan aku balik sorang ni, lama la sikit aku duduk umah nenek aku, kalau mak aku, selalunya dia lagi suka solat kat rumah sendiri. Aku balik pukul 6petang dah tadi. Jalan jammed jugak, biasa la cuti sekolah, kan.
Malam. Ha ni yang cerita sebenar, tadi tu ranting dan daun kering saja. MALAM...aku buat biskut...aku janji gan ayah aku nak buat biskut oat. Malas rasanya membazir banyak sangat duit kat kedai semata-mata nak beli biskut tu (poyo, macam rajin buat, kan) So, ari ni aku rajinkan diri buat biskut oat.
biskut yang siap dibakar, sama besar dengan biskut yang dalam paket- munchy, IKO. Lawa tak?hehe
Aku, kalau bab biskut ni, hehe memang la favourite aku. Sebab main campak-campak je bahan kemudian uli-uli buat dough, grenti je menjadi, (takde la kes macam kek, terbantut la...terlebih itu la, ini la). cuma bab malas sikit (agak menyampah) pasal kena buat bentuk kecik-kecik. 

Nak respi? Er..boleh..boleh saja...aku rasa sesiapa pun boleh buat kalau setakat campak-campak bahan cam aku ni. asalkan tahu basic je. Ini basic nak buat biskut yang aku sentiasa pakai selama ni:=
  • untuk buat biskut yang tak manis kiraan bahan asas dia ini----> mentega : gula = 4:1(guna cawan je lah! tak payah nak skema sangat sampai nak sukat-sukat! buang masa je.)
  • bagi yang suka manis pulak ----> mentega: gula = 3:1
  • pastikan ada tepung gandum, TAK PAYAH SUKAT.
  • telur tak payah la korang nak membazir letak dalam tu. Jawabnya... TAK PAYAH LETAK!
  • bahan lain sesuka hati korang nak letak apa, TAK PAYAH SUKAT! letakkan bahan(tepung, oat, nestum) selagi ia melekat kat tepi bekas adunan korang tu. Asalkan boleh uli nak buat dough je.
  • letak dalam oven, korang kena pastikan biskut tu bertukar ke warna gold sikit.(rangup)
Respi dari saya-bukan-budak-skema = me = yong)
-----
ok since aku berniat nak buat biskut oat + nestum, jadi bahan-bahan ni la aku gabung sekali dengan tepung gandum. ikut suka korang nak letak banyak mana oat, nestum ni gan gandum. tapi asalkan tak la sampai dough tu terlebih bahan-bahan ni. Kalau terlebih bahan, nanti dough tu berderai macam nasi/beras pulak.
nak repair boleh saja, TAMBAH JE MENTEGA, UNTUK BENTUK DOUGH TU SEMULA.

tadi aku tambah vanila sikit.(memang buat sesuka hati aku je), korang boleh je letak kismis dalam dough tu..
aku tadi takde kismis. or maybe boleh letak chocolate chips.

BEST!, Tak payah membazir sampai RM8 untuk satu paket biskut oat+nestum+kismis= biskut kesihatan.


ni la muka dekat biskut aku. hehe rasa macam raya pulak nak buat biskut bagai-ji cakap.
Hasilnya:

No comments: