Sunday, March 18, 2012

Bawa sampah keliling bandar langkau negeri

Pernah tak korang....
buat kerja cam aku ni. Kerja apa? Kerja tak berfaedah.
Kelmarin aku ke KB Mall, kononnya nak buang sampah yang dah penuh kat dalam tong sampah. Jadi aku pun bawak masuk la sampah-sampah tu dalam keta aku. Jangan risau, bukan sampah sisa makanan. Cuma sampah kering je. So selamat kereta aku dari bau yang tak menyenangkan.
Hokey, jalan nak pergi ke KB Mall tu takde tong sampah (bukan takde langsung, tapi ada kat seberang jalan). Hingga la ke KB Mall. Bila nak balik pulak, sebab takut jammed jalan. so aku drive dengan lajunya. Bila dah buka pagar, nak park kereta...er sampah sarap kat seat belakang tu tak buang lagi...hampeh betul kan. So, tak pasal-pasal aku terpaksa pergi buang sampah, padahal boleh je buat kerja sekali, tapi bila dapat kat aku kena jadi 2 kali.
Kisah abang aku lagi la menarik, one fine day, dia dapat arahan dari bos dia untuk kena outstation ke KL. Sampah dari rumah kat kelantan ni, dia angkut bersama dengan dia ke KL dan dibuang di tong sampah di KL(lebih tepat lagi, dekat dengan Syt. KRU yang berwarna oren! tak ke buang tenaga minyak kereta(walaupun tak banyak pun effect minyak). Memang honour punya sampah sampai kena buang di KL, jarak punya beratus km tu. Sampah tu dibuat berjalan-jalan makan angin sebelum dibuang.

2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

owh mesia mmg terkenal ngan sampah kot....jgn marah sebab ini reality ...sini japan susah nak jmpa tong sampah tapi kawasan nyer bersih jer sebab apa??? didikan dari kecil...x der buang sampah merata2

YONG JIAO XIU said...

yeah tu la, yong sentiasa kagum gan budaya jepun ni. suka gan style dorg yang mmg 1st class gitu.